Bab 70

3.8K 414 19
                                    


    Diana mengepal-ngepal jari dan tangannya tatkala dia mula berasa gelisah. Ibunya, Doktor Yana kini betul-betul sedang berborak dengan Puan Sofea di bawah. Sudah lama dia tidak berjumpa ibunya.

    Sudah pasti dia sangat merindui belaian ibunya.

    " Kalau macam tak ada apa-apa, saya mintak diri-"

    " Assalamialaikum, aunty!"

    " Waalaikumsalam." Serentak, Puan Sofea dan Doktor Yana menyambut salam yang diberi oleh seseorang dari luar pagar. " Siapa pula tu?" Tanpa berlengah, Puan Sofia bangun dari duduknya, ingin melihat siapa yang datang. " Ohh, Syafiq, masuk lah!"

    Syafiq tersenyum kecil lalu melangkah masuk ke perkarangan rumah. Namun sebaik saja dia terlihat wajah Doktor Yana, senyum di wajahnya lantas pudar, bahkan berubah pucat. Sudahlah dia datang ke sini untuk bertemu Diana.

    Isyarat mata mula diberikan pada Puan Sofea. Pada mulanya wanita 40-an itu tidak sedar akan perkara itu, namun apabila dia melihat isyarat mata pelik yang diberikan oleh Syafiq yang matanya asyik-asyik merngerling ke tingkat atas yang merupakan bilik Diana, Puan Sofea turut sama berubah pucat. " Ahh, Fiq datang sini kenapa? Apa apa-apa yang aunty boleh tolong ke?"

    " Ohh tak, cu-cuma yang ini." Satu bungkusan dihulurkan pada Puan Sofea. " Bungkusan ni-" Tiba-tiba, kata-katanya bagaikan terhenti tatkala wajah Doktor Yana dipandang sekilas.

   Jelas kelihatan bahawa wanita itu tidak mempunyai rehat yang secukupnya. Mempunyai lingkaran mata hitam yang jelas kelihatan dan juga matanya yang sembab, pasti dia banyak memikirkan tentang kerjanya.

    Dan juga anak-anaknya.

    Sampai bila pergaduhan anak beranak ini bakal berterusan? Sampai bila dia hendak menyalahkan kedua anak kembarnya atas kesalahan yang mereka buat? Dan sampai bila Dani dan Danish perlu terpinggir dari keluarga mereka sendiri?

    Huluran tangan Syafiq semakin jauh dari capaian Puan Sofea sejurus membuatkan wanita itu berasa hairan. " Fiq?"

    " Saya yang akan tamatkan semua ni." Tanpa menunggu balasan dari Puan Sofea, Syafiq melangkah masuk ke dalam rumah lalu berdiri betul-betul di hadapan Doktor Yana yang sedang berkemas untuk beredar. " Aunty."

    " Hmmm? May I help you?"

    " Not but, but your sons."

    Mata Puan Sofea terbeliak.

    Diana yang meningtai dari tingkat atas bagaikan hendak pengsan.

    Manakala wajah Doktor Yana pula berubah. " What do you mean by 'my sons'? I only have-"

    " Jadi kau memang tak nak mengaku dah yang Dani dan Dani sebagai anak kau? Comfirm? Sebab lepas ni, walau apa pun yang terjadi dekat diorang, tak kira hidup atau mati diorang, aku tak nak tengok muka kau masuk campur dalam urusan tu nanti." Belum sempat Doktor Yana membuka mulutnya, Syafiq meletakkan sebuah diary di atas meja. " Baca ni, dan jangan menyesal lepas ni kalau sampai satu saat, kau tak akan dapat jumpa diorang lagi."

*****

     Ryna menarik nafas panjang sambil memandang ke kiri dan kanan. Kakinya tidak berhenti berlari, lorong demi lorong dia membelok, berusaha mencari di mana Farish berada.

    Hatinya berdebar laju. Mungkin merupakan masa yang tepat baginya untuk bertemu Farish. Jika tidak, bila lagi?

    Akan tetapi...

    Bagaimana dia hendak bertemu Farish?

    Bagaimana dia hendak bertemu dengan Farish jika...

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now