Bab 33

4.7K 426 13
                                    


     Lama Ryna berdiri di pagar masuk utama kolej, namun bayang Lisa masih lagi tidak kelihatan. Sudah dua hari mereka tidak berjumpa, telefon pun tidak, whatsapp pun tidak berbalas.

    Apa salahnya terhadap gadis ceria itu sehinggakan Ryna dipulaukan sebegini?

    Sesekali, kedengaran nafas berat dihela Ryna. 

   " Ryn okay?"

    Ryna lantas memandangkan ke hadapan apabila namanya dipanggil. Hanya senyuman yang mampu dia beri buat Ariffin yang kini sedang tersengih di hadapannya. " Hai Finn. Ryn okay je."

    " Mengeluh panjang tadi. Kenapa?"

    Dia ingin meluahkan, namun dia mengambil keputusan untuk simpan di dalam hati. Pelik juga dia rasa apabila dia senang saja mahu berkongsi segala masalah dengan Ariffin dan Farish walaupun pada hakikatnya, dengan keluarganya sendiri pun dia susah hendak meluahkan perasaan. " Nothing."

    Kalah dengan senyuman Ryna yang dia tahu hanya buatan semata-mata, Ariffin hanya mampu akur dengan jawapan gadis itu. Mungkin dia tidak selasa apabila masalahnya dikongsi bersama. " Okay then kalau macam tu. Ermm... Nak Finn hantar balik? Tak nampak pun kereta Ryn?"

    " Boleh ke? Sebab ingatkan nak balik dengan Lisa. Tapi..."

    " Batang hidung dia pun tak nampak kan?" Sambung Ariffin selamba sambil mengeluh kecil. " Menahan rindu lagilah dia nampaknya..."

    " Siapa menahan?" Lantas mendengar bisikan Ariffin yang kurang didengari, Ryna menoleh memandang lelaki itu sambil menyoal selamba. " Finn, nak pergi tandas ke?"

    " N-no, no! Bukan tu maksud Finn." Demi menutup prasangka Ryna terhadap dirinya, Ariffin hanya mampu mempamerkan senyuman seperti selalu dia lakukan. " Ka-kalau tak ada apa-apa lagi, jomlah. Finn hantar Ryn balik."

    Tanpa berfikir panjang, Ryna terus bersetuju, memandangkan hari pun sudah hampir senja. Takut pula dia tunggu lama-lama di kawasan kolej ini.

    Al maklumlah, ramai orang kata kebanyakan tapak persekolahan dan universiti dahulunya adalah tapak hospital dan kawasan penanaman mayat pada zaman penjajahan Jepun dahulu. Ini sejarah yang masih tidak sahih lagi, jangan diikutkan sangat.

    Tanpa mereka sedari, dari jauh, sepasang mata mula memerhati. Pandangannya tajam. Hatinya dibuak oleh kemarahan yang melampau. Sudah banyak perkara yang dibuatnya, namun gadis itu nampaknya maish belum sedar agar niat jahat dirinya.

    " Budak ni kenapa lurus bendul sangat?!" Ketap Lisa sambil tangannya dibukukan menjadi penumbuk. " Kau nak aku buat apa lagi untuk kau sedar yang aku tak suka dekat kau?!"

    Farish yang baru saja keluar dari pejabat pensyarah kini menguap kecil sambil mengusap Kuro yang berada di tanganya. Nampaknya Sir Loke berjaya menemukannya di tempat persembunyiannya apabila Farish ponteng kelas toeri muziknya.

    Nasib baik saja Farish ini jenis masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kalau dikatakan pada kawannya yang lain, pasti sudah bernanah telinga mereka.

    Sedang dia melangkah menuju ke tempat kegemarannya, matanya tertangkap bayangan Lisa yang kini bersembunyi disebalik pohon sambil memandang ke satu arah.

    Namun apa yang dilakukan oleh gadis itu, sama sekali bukannya masalahnya. Tapi, bukannya dia tidak tahu.

    Dia tahu bahawa Lisa mempunyai niat jahat. Jika ianya terhadap orang lain, Farish sama sekali tidak mahu ambil peduli. Bahkan dia tidak mahu tahu.

    Tapi jika ianya berkaitan dengan Ryna, dia tidak boleh berdiam diri.

    Sedang matanya memandang kosong bayangan Lisa dari belakang, dia mula berbisik kecil. " Aku akan bagi apa yang kau nak." 

*****

    Syafiq mengeluh kecil sambil termenung memandang ke luar tingkap. Langit yang dipenuhi bintang selalunya menjadi kegemarannya, namun pada malam ini, dia langsung tidak dapat menikmati keindahan itu.

    Sekali lagi, helaan panjang dilepaskan.

    " Far."

    Lelaki yang kini sedang duduk di atas meja belajarnya dipanggil. Namun seperti biasa, sahutannya tidak berbalas. 

    " Far, aku rasa, dah sampai masa untuk aku betulkan keadaan. Aku dah terlalu lama mendiamkan diri. Aku rasa..." 

    " Shut."

    Zap! 

    Hati Syafiq tersentap seketika mendengar balasan Farish. Tiba-tiba saja dirinya disuruh diam apabila sedang berbicara, betul-betul menyakitkan. Tiba-tiba, amarahnya naik. " Kau ni. Cuba lah dengar luahan hati kawan kau ni! Bukannya selalu aku nak luahkan perasaan."

    " Aku tak cakap pun aku nak dengar."

    Sekali lagi, hati Syafiq hancur seribu.

    " Dah lah, aku pun tak-"

    " You really should do something."

    Syafiq serta merta menghentikan bicaranya sambil menoleh memandang Farish yang membelakanginya. Nampaknya tangan lelaki itu masih lagi sedang mencatat benda. Tapi apa ynag dicatatnya, dia sendiri tidak tahu.

    " Apa maksud kau?" Soal Syafiq kembali. 

    Farish meletakkan pen nya ketepi lalu perlahan-lahan menghembus nafas panjang. Namun, wajahnya masih lagi tidak menoleh kebelakang. " Someone else might get hurt if you don't do something quick."

    Syafiq terdiam seketika. Apa yang dikatakan Farish itu memang benar. Jika dia tidak selesaikan semua ini dengan segera, jika dia tidak luahkan perasaannya dengan segera, banyak pihak yang akan tersakit kerana perbuatannya ini.

    Lebih-lebih lagi, 'dia'.

    " Tapi, macam mana?"  Matanya lemah memandang ke lantai. Terasa dirinya tidak berguna jika masalah begini pun dia tidak dapat selesaikan. 

    Farish mula menoleh sedikit sambil mengerling memandang Syafiq. Dia faham perasaan sahabatnya itu. Dia faham perasaan dimana kita sukar untuk mengungkapkan perasaan sebenar.

    Namun lebih sakit jika kita tidak sempat mengungkapnya sebelum seseorang yang kita sayang pergi selamanya.

    Farish termenung kecil sebelum kembali berbicara. " Aku tak pandai nak berayat. Tapi, kalau 'dia' betul-betul sayang kau, mesti dia faham perasaan kau."

    Hanya seringkas itu jawapan Farish, namun Syafiq sudah mula menyedari sesuatu. Benar kata dia. Jika 'dia' benar-benar sayangkannya, pasti 'dia' faham.

    Pasti 'dia' akan terima semuanya.

    Wajah Farish dipandang sekali lagi sambil tersenyum kecil. " Okay! Kau nak air apa? Aku buatkan."

    " Kopi."

    " Woi." Baru saja dia hendak berasa seronok, tiba-tiba permintaan Farish menghancurnya suasana nyaman yang dicipta. " Kau ni dah kenapa?"

    Tanpa membalas soalan Syafiq, Farish menggaru kepalanya yang tidak gatal, dengan wajahnya yang tidak berekspresi, dia berfikir sendirian.

    Syafiq sudah berazam untuk meluahkan apa yang berada di dalam hati. Ingin menyelesaikan masalahnya.

    Sedangkan dirinya sendiri?

    Sedaya upaya untuk melarikan diri daripada masalah. Tidak ingin meluahkan apa yang ada di dalam hati. Tidak ingin menyelesaikan masalah walaupun banyak cara yang ada.

    Tidak mahu melupakan masa lepas, dan masih lagi terikat dalam kegelapan.

    Farish mengeluh kecil. Jika dia dapat secawan kopi, pasti dia akan tenang. " Aku nak kopi."

    " Never! Kau jangan nak buat hal sekarang! Dah lah Ariffin, satu-satunya orang yang boleh tenangkan kau lepas kau minum kopi tengah tido mati dekat atas tu. Sat gi aku yang kene tanggung semua."

    " Apa yang jadi lepas aku minum kopi?"

    " Disaster!" 


Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now