Bab 20

5.4K 451 11
                                    

    Nafasnya sekali lagi tercungap-cungap. Badannya pula bermandikan peluh. Matanya meliar memandang kawasan sekeliling dan tidak terkecuali juga...

    Matanya kini bergenang dengan air mata.

    Tak kira berapa kali pun Farish bermimpi akan kemalangan tragik itu, ianya tetap membutanya mengangis dalam tidur. Penghancur angin baiknya sepanjang hari jika bermimpikan mimpi tersebut.

    Pernah sampai satu tahap, dirinya tidak tahan lagi dengan semua ini. Nasib baik saja Ariffin ada untuk menasihatinya, kalau tidak, mungkin saja dia sudah menjadi salah seorang penghuni hospital sakit jiwa kini.

    Farish mengucap panjag di dalam hatinya. Zikir tidak lelakng dari mulutnya. Dia harus menenangkan irinya terlebih dahulu. Dia tidak boleh berterusan begini. 

   " Perempuan tu..."

   " Cantik?" Dani mengeliat kecil tatkala terjaga dari tidurnya. " Kau ni dah selalu sangat ni terjaga malam. You sure you okay?"

    Farish tidak menjawab soalan Dani, bahkan hanya membiarkan soalan itu tergantung. Dirinya masih tidak dapat tenang denagn sepenuhnya lagi. Dia tidak mahu melayan sesiapa pun pada masa ini.

    " Aku boleh buat air untuk kau."

    Masih lagi tiada jawapan balas dari Farish. Nasib baik saja Dani sudah faham benar dengan perangai lelaki itu. Namun pada malam ini, Farish kelihatan berbeza dari biasa. Tidak seperti dirinya yang selalu.

    Melihat saja keadaan Farish begitu, Dani mula rasa simpati. Dia tidak mahu melihat Farish dalam keadaan begitu. Cukuplah pada waktu 'itu' sahaja Farish begini. 

    Lama Dani mendiamkan diri, perlahan-lahan, dia mula bersuara. " Pergi jumpa mak aku..."

    Dalam keresahannya yang masih belum reda, Farish dengan rasa terkejutnya menoleh memandang Dani. Walaupun wajahnya poker, namun hatinya sedikit tersentak kecil. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Dani akan sukarelanya menyebut tentang ibnya sendiri. " Don't mess with me."

    " Aku tak bergurau. Dalam keadaan macam ni pun tahu yang mak aku je yang boleh tolong kau kan?!"

    " But-"

    " Aku tak kira, kau kena pergi jugak. Walau apa pun yang terjadi!"

    Belum sempat Farish hendak membalas apa-apa, Dni trus bangun lalu beredar dari bilik itu. Farish masih lagi dalam keadaan keliru, dan terima kasih juga pada Dani, akibat terkeutnya yang melampau, panik Farish terhadap mimpinya terus hilang serta merta. " What the..."

    " It's okay, Far." Kini, pandangan Farish beralih kepada Danish yang sebenarnya sudah terjaga disaat abangnya Dani terjaga. " Aku tahu apa yang aku nak buat denagn abang aku tu nanti."

    " We are talking about your mom here..."

    " And we are talking about your health. Kesihatan kau, keselesaan kau. Pasal Dani kau jangan risau. Aku boleh slow talk dengan dia nanti. Aku kan adik dia yang berjiwa matang." Danish tersengih kecil. " Tapi betul cakap Dani, mak aku yang boleh tolong kau sekarang ni."

    Farish memang bukan seperti dirinya yang selalu sekarang ini. Dia tidak boleh berfikir lurus. Keputusan Dani untknya berjumpa dengan ibu mereka membuatkan dirinya bertambah buntu. Bukannya dia tidak tahu, menyebut soal ibu mereka di hadapan Dani dan Danish adalah perkara terlarang. 

    Ini pula, mereka sendiri yang menyebut tentang ibu mereka. Mahu tidak terkejut Farish dibuatnya. Tambahan pula, sejak kejadian 'itu'... Lupakan.

    Farish sekali lagi mengeluh kecil. Dia sedar, semenjak dua menjak ini dia banyak mengeluh. Namun dia tidak dapat nafikan bahawa mak pasangan kembar tersebut mungkin saja dapat membantunya. 

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now