Bab 30

4.4K 389 3
                                    

    Petikan gitar mula kedengaran. Pukulan dram dengan iringan bass sudah mula beraksi. Kini, suara yang ditunggu-tunggu, suara yang menggamit hati setiap pendengar mula menjalankan tugasnya.

    Dengan gaya dan rentak masing-masing, The Noizers berjaya mengambil perhatian kesemua pengunjung pada minit pertama persembahan pembukaan mereka bermula.

    Suara Vince sememangnya menjadi igauan setipa pendengar. Suaranya yang lunak namun kuat dan bertenaga, jelas dan tegas bunyi membuatkan setiap lagu yang dia nyanyikan menjadi unik dan seolah-olah hidup.

    Ryna yang kini mendengar dari tempat duduk VIP mula terpukau. Namun sesekali, sakit di kepalanya menjengah. 

    Beberapa kali juga dia memegang kepalanya. Ditambah lagi denagn sorakan dan pekikan peminat di sekeliling, Ryna bertambah tidak selesa.

    " Aku patut dengan cakap mama..." Bisiknya perlahan.

    Masih dia ingat lagi apa yang dipesan oleh Puan Sofea terhadap dirinya. 

' Ryn tu kan tak sihat sangat. Tak payah lah pergi ke tempat macam tu. Lagipun mama tak percaya sangat lah walaupun Lisa yang bawak Ryn. Mama... Ishh, kalau boleh jangan lah pergi ya, Ryn?'

    Jika dia dengar kata Puan Sofea, pasti dia selamat berada di rumah, berguling di atas katilnya bersama makanan ringan sambil menonton Live Streaming di Youtube persembahan The Noizers pada malam ini.

    Berbanding denagn sekarang, dia sedikit pun berasa tidak selesa. Jika diikutkan, dia mahu pulang sekarang. " Nak balik-"

' Did you hear? '

     Serentak dengan perubahan lagu yang dinyanyikan Vince, Ryna menghentikan langkahnya. Matanye perlahan-lahan menoleh ke arah pentas, dimana Vince kini sedang berdiri di tengah-tengah, dengan matanya yang tertutup.

    Seolah-olah membiarkan dirinya dihanyut dek bait-bait lirik lagu yang diciptanya.

' The humming song that seems to be familiar.
Strong yet gentle, cold but warm.
We sleep soundly surround by the rythms.

' Let's turn this world into a fairy tale! '
Happily as it reaches the end.
Waiting for the golden time of sunset,
Watching the night that full of glitters.
Along with those dreams, it disappears.
Ever since you're no longer by my side.

As the silver drops of rain falls
Crushing the tiny bits of the earth like there is no end.
It sounds that echo across the horizon,
As they're crying along upon you.
And washing away all my pains.

Its hard to forget someone that gave you so much to remember.
How could you,
Leaving me with these scars,
With these pains and sorrows,
That will never heal.
As I left my love at a place that I can never go back.

As the night lay down its curtain,
Along with the moon that is shaded with greys,
I'll be coming along
To the place where you are now.

So please hold on to it,
Until the time comes,
Until that rain stops,
I will be there by your side.
By then, we'll make our fairy tale a reality. '

    Tanpa dia sedari, kini matanya dibasahi air mata. Pekikan dan jeritan para peminat kini bukan lagi masalah buat Ryna. Fikirannya hanyut mendengar lirik-lirik dan alunan yang dinyanyikan Vince. 

    Sememangnya merdu, namun disebalik kerancakan lagu tersebut, Ryna terkesan dengan lirik yang dinyanyikan.

    Seolah-olah, diri lelaki itu sendiri berada di dalam situasi tersebut. Situasi dimana dirinya ditinggalkan.

    Situasi dimana saat-saat indahnya kini hanya tinggal memori yang menyakitkan hati.

    Situasi dimana dirinya seolah-olah telah berputus asa dengan ketiadaan insan yang istimewa.

    Sedang ahli yang lain melayani para penonton yang hadir dengan berborak sesama sendiri di atas pentas, Vince yang dari tadi hanya memerhati dan melihat sekeliling kini terkunci matanya apabila melihat Ryna.

    Lambat Ryna sedari, kini mata biru keungguan dan mata miliknya yang berwarna hazel bertentangan antara satu sama lain.

    Masing-masing terpaku. Masing-masing terpesona dek keindahan yang ada pada diri mereka.

    Vince sedikit terkejut melihat air mata yang mengalir dari mata gadis itu. Pelbagai spekulasi mula meliar di fikirannya.

    Kenapa denagan dia?

    Dia sakit ke?

    Dia tak selesa?

    Ataupun...

    " Dia nangis dengar lagu aku..." Bisik Vince perlahan.

    Belum sempat Vince menatap lebih lama, kelihatan kelibat Ryna tiada lagi dihadapannya. Nampak gayanya gadis itu telah pun keluar daripada kawasan pentas. 

    " Where-"

    " Vince." Bisikan yang dilakukan oleh Prince sedikit sebanyak menyedarkan Vince akan situasi yang kini dia berada. " Kau okay tak ni?"

    Vince yang sedikit terpinga-pinga hanya mampu mengangguk mengiakan walaupun sebenarnya dia tidak berapa faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Prince. " I'm fine."

    " Diorang semua nakkan kau."

    Dengar saja bicara Prince, kini Vince menoleh memandang kesemua peminatnya yang kini sedang menunggu keindahan suaranya dari bawah pentas. Perlahan-lahan, microphone didekatkan di bibirnya. " Hai."

    " Kyaaaaa!!!!"

    Hanya sepatah yang disebut Vince, bagai nak gila kesemuanya peminatnya menjerit. Tersentak seketika ahli The noizers yang lain apabila Vince menerima sorakan yang lebih dari mereka sebentar tadi.

    " Wow, nampaknya Vince once again dah overshadow kitaorang ni." Ujar Danial sambil tergelak kecil.

    " Ke sebab korang semua minat dekat dia je?" Kini, Darwin dan Damian keduanya membuat muka kasihan. 

    " Mana ada!" 

    Dengar saja sorakan peminat, kedua pasangan pemain gitar itu kembali tersenyum. " Sayang korang!"

    Dalam keriuhan, Vince sesekali menoleh memandang ke arah pintu keluar. Tidak tahu mengapa, gadis tadi berjaya menarik perhatiannya.

    Sesekali kali, dia berbisik kecil.

    " She's cute."

    " So, seperti yang kitaorang janjikan! Siapa yang dapat kejar Vince sampai dapat malam ni, dia akan dapat hadiah istimewa dari Vince sendiri!"

    " Huh?" Ujar Vince kecil lalu menoleh memandang Prince.

    " Let the game begin!"


Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now