Bab 68

4K 387 17
                                    


    Ryna menarik nafas panjang sambil matanya tepat memandang ke hadapan. Tangannya menggenggam erat beg bagasinya.  

    Dalam keberanian yang membuak dalam dirinya, ada juga rasa ragu-ragu yang mengulit.

    Betul kah pilihan yang dia buat ni?

    " Ryn, you sure about this?" Soalan Lisa membuatkan Ryna bertambah ragu. Masuk akal juga soalan Lisa itu. Mampu kah dia lakukan semua ini?

    " Kalau bukan sekarang, bila lagi semua ni nak selesai? Lebih-lebih lagi..." Kini giliran Rianna pula mencelah. Matanya kini mengerling memandang Khairul yang berdiri tidak jauh dari mereka.

    Nampaknya apa yang telah diceritakan oleh Khairul kepada mereka benar-benar mengejutkan semua. Termasuk Rianna sendiri.

    Dan kini, setelah 2 bulan berlalu, Rianna mengambil keputusan untuk bertemu Farish. Setelah 2 bulan tidak berjumpa, setelah 2 bulan tidak bersua muka, segala perasaan mula bercampur baur.

    Dia gembira kerana dia akal bertemu Farish kembali. Namun dia juga marah dengan lelaki itu kerana meninggalkannya begitu saja. 

    Tapi, perasaan takut juga tidak ketinggalan. Bagaimana kalau kehadirannya tidak dialu-alukan oleh Farish?

    Semua yang bermain di fikirannya ini membuatkannya serabut. Dia seolah-olah tidak yakin dengan perasaannya kini. Dia mula ragui keputusannya untuk berjumpa Farish.

    " Riann..." Tangan Rianna dicapai lembut. " Apa kata... Kalau kita cancel?"

    " And teruskan lari dari masalah you yang tak tahu bila boleh selesai ni? Sampai bila? Sampai satu saat nanti, you akan rasa menyesal sebab tak selesai semua ni lebih awal lagi?"

    " Ta-tapi macam mana kalau-"

    " Tak ada 'kalau'. No but! 'Kalau kalau' semua tu boleh tolak ketepi. Sekarang ni I nak tanya you, you wanna meet Farish or not?"

    Ryna tersentak lalu terdiam seketika. Sudah hampir lima bulan dia mengenali Rianna. Mulut gadis ini memang tak makan saman, seperti apa yang Adam pernah beritahunya, namun hatinya baik. Sangat baik sehinggakan dia sanggup menjadi orang yang mahu temankan Ryna ke Perancis untuk berjumpa Farish.

    Dan apa yang dikatakan oleh Rianna sememangnya betul.

    Dia mahu menyelesaikan semua ini. Dia mahu penjelasan dari Farish.

    Dia mahu bertemu Farish.

    Genganggman tangan Ryna semakin kuat memegang Rianna. Terima kasih atas sokongan sahabatnya, dia ini nekad untuk menyelesaikan segala.

    " Better now or never." 

*****

     Matanya termenung memandang ke luar tingkap sambil melihat hujan yang turut membasahi jalan. Seperti biasa, tiada apa yang lebih dia gemari berbanding melihat hujan sambil menikmati secawan susu panas.

    Namun semua itu sudah tidak sama lagi, memandangkan dia sudah terbiasa menikmati minuman ini sambil melihat hujan bersama seseorang.

    Bersama Ryna.

    Sekali lagi, dia menghembus nafas panjang. Walaupun sudah dua bulan meninggalkan Malaysia dan Ryna, dia masih lagi tidak boleh melupakan gadis itu.

    Lebih-lebih lagi, setiap kali dia memandang telefon bimbitnya. 

    Telefon bimbit berlogokan epal berwarna merah yang dibeli bersama-sama Ryna. Sumpah, telefon inilah yang paling membuatkan dia merindui gadis itu.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now