" Yang korang ni menangis dah kenapa?"
" Ke-kenapa... awak tak pernah bagitahu?!"
" Lain kali bagi-bagitahu lah awal-awal. Tak adalah Lis kena bermusuh dengan Ryna!"
" Uwahhh!"
Syafiq mula buntu lalu belakang kepalanya digaru kuat walaupun tidak terasa gatal. Bagaimana dia mahu memujuk dua orang gadis sedangkan hati Lisa pun dia tidak pernah jaga?
Kini, perlahan-lahan, kepala Lisa diusap lembut. Syafiq mengalihkan wajahnya ke arah lain. Kemungkinan tidak mahu Lisa melihat wajah merahnya kini. " Sorry."
Satu senyuman terukir kecil di bibirnya. Lisa terasa sedikit gembira. Kini, dia sedikit demi sedikit mula mengenali Syafiq. " Jadi... Lis dengan Fiq... Masih lagi..."
" Aku tak pernah ada niat nak lepaskan kau pun."
Serentak dengan itu, habis merah wajah Lisa. Tak sangka, semacho itu cara Syafiq mengungkapkan cintanya.
Jika gadis lain, pasti sudah terpisah jantung dari badan- Tak, main-main je.
Melihat keserasian Syafiq dan Lisa mula merapat, Ryna hanya mampu tersenyum kecil. Rasa puas hati memenuhi ruangan hatinya.
Dia gembira.
Apabila kawannya baiknya telah menemukan cinta sejatinya.
" Saya harap awak berdua bahagia, selamanya!"
" Awak dengan Farish macam mana pula?"
Soalan Lisa serentak membuat Syafiq dan Ryna diam. Statik dan mata mereka hanya mampu memandang sesama sendiri.
" Kau ada apa-apa dengan Far ke?"
" Saya ada apa-apa dengan Far ke?"
" Seriously korang tak sedar?"
Syafiq dan Ryna hanya mampu menggelengkan kepala.
Lisa hanya mampu mengeluh kecil. Namun dia tidak salahkan mereka berdua, dia salahkan Farish.
Kerana terlalu tidak beremosi dan susah unguk dibaca.
*****
Dani meemerhati sekeliling ruangan apartmentnya yang telah lama ditinggalkan. Mungkin hampir 5 bulan dia dan adiknya tidak ke mari.
Nasib baik saja tidak dihuni makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Satu keluhan kecil dilepaskan serentak oleh Danid an Danish. Mereka bercadang hendak bermalam di apartmentnya ini namun...
Kesunyian yang melampau ini tidak dapat mereka tangani.
" Nak balik rumah Far?"
Dani mengangguk kecil. " Nak."
" Tapi kau yang nak balik sanagt dekat rumah ni." Ujar Danish lagi sambil mengerling memandang abangnya sambil tangannya sibuk bermain PSP.
" Suka hati akulah." Malas hendak menjawab kesemua soalan adiknya, Dani menghempaskan dirinya ke atas katil. Kalau hendak dikira, sudah hampir 12 tahun mereka duduk di rumah ini.
Bersendirian.
Segala tugasan rumah selalunya diuruskan oleh Danish. Memandangkan sifat keibuan tiba-tiba terturun pada adiknya itu. Dan dirinya pula, hanya bersifatkan kanak-kanak riang yang sering brgantung pada Danish.
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
HumorFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...