Bab 10

6.3K 541 38
                                    


    " So, Ryn macam mana hari ni?" Ariffin menongkat dagu sambil tersenyum memandang Ryna yang kini berada di hadapannya. Duduk sambil menikmati teh lemonnya walaupun wajah gadis itu jelas sekali mempamerkan muka serius. " What with that face? Ketatnya muka."

    Perlahan-lahan, Ryna menarik senyuman tawar. Senyuman buat-buat. Hanya mahu menjaga hati Ariffin yang sudah payah ( sebenarnya agak memaksanya ) ajak untuk minum bersama. Bertambah malang lagi apabila kelas budak law dan budak muzik bertembung. Nasib badan. " Mana yang lain?"

    Selamba, Ariffin hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Senyumannya masih tidak pudar memandang wajah Ryna yang kini sedikit sebanyak membuatkan Ryna tidak selesa. " Ryn sihat?"

    Nampak gayanya Ariffin cuba untuk berbalik pada soalan yang adinya tergantung. " Okay je. Finn pulak?"

    " Okay! Sangat okay!" 

    Ryna bertambah takut apabila tiba-tiba saja lelaki ini bersemangat menjawab soalannya sambil mengangkat kedua tanganyya ke langit. Ryna perlahan-lahan menarik badannya kebelakang. " O-okay.... Ermm... Farish mana?"

    " Tak tau." Jawabnya ringkas sambil menyedut airnya. " Dia tak datang kelas hari ni." 

    " Yang lain?"

    " Ada family matter. Dah balik."

    ' Awak tak balik?"

    " Nanti saya tak ada benda buat dekat rumah. Bosan." Jawab Arifin lagi.

    " Awak tak ada family matter?"

   " Saya mana ada family."

    Ryna tersentak seketik. Dia kaku memandang Ariffin yang masih lagi berkelakuan bersahaja dihadapannya. Sepertinya soalan itu sedikitpun tidak memberi kesan buat dirinya. " Ma-mana family Finn?"

    " Tak tahu. Tak kenal."

    Sekali lagi, Ryna kehilangan kata-kata. " Finn, saya..."

    " Ohh, dah lambat! Ryn nak balik dah kan? Sebab..." Ariffin bangun dari tempat duduknya, mengeluarkan sekumtum bunga ros dari poket lalu dihulurkan pada Ryna dengan senyuman manis di wajah. " Ryn macam tak suka duduk dengan Finn."

    Belum sempat gadis itu berkata apa-apa lagi, Ariffin lantas beredar dari situ. Mata Ryna tepat memandang lelaki itu, sehingga bayangannya hilang dari mata. " Tak kenal keluarga sendiri?" Bisiknya perlahan.

*****

    " Kenapa monyok je anak mama ni?" Puan Sri Sofea memuncung bibir apabila melihat anak daranya kini temenung menatap televisyen. " Daripada tadi tak nak bercakap dengan mama?"

    Toleh saja dia memandang ke arah Puan Sri Sofea, Ryna tersenyum kecil. " Mana adalah ma. Biasa je."

    " But anak mama yang biasa tu tak monyok je macam ni." Perlahan-lahan, tangan anaknya dicapai lembut. " Come, tell me. Whats wrong?"

    Lama wajah mamanya ditatap. Hatinya terasa serba salah. Dan kerana serba salah ini, dia sedikit malu untuk mengatakan apa yang telah dia lakukan pda lelaki yang sebenarnya berniat baik namun telah disalah ertikan olehnya. " Ma, apa mama rasa kalau... Mama tak pernah berjumpa dengan keluarga mama sendiri?"

    Puan Sri Sofea lantas terdiam seketika sambil mata bundar dan bulat milik anaknya itu ditatap lama. " A-apa yang Ryna cakap ni?"

    " No, it just... Ry nak sakitkan hati seseorang. And, Ryn tak sangka pun orang yang happy go lucky macam dia tu, yang selalu baik and lembut macam dia ada... dark past inside of him." Ryna mengeluh kecil. " Ryn ingat dia tu gatal..."

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now