Syafiq menarik nafas panjang setelah mengambil keputusan untuk berlari ke sebuah banglo. Salah pak cik jaga itu juga kerana terlalu degil dan bertegas tidak membenarkan dia masuk walaupun dia mengatakan bahawa terdapat kawannya di dalam.
Tentang lebam di wajah pak cik jaga tu, dia akan pastikan bahawa pak cik tersebut mendapat rawatan yang sempurna.
Maaf pak cik, tabiat suka bertumbuk ni tiba-tiba je datang balik.
" Dani! Danish! Aku-"
Ayat Syafiq serta merta mati tatkaal matanya tertangkap satu bayanganya yang tidak dikenali.
Dani dan Danish erentak mendongak memandang Syafiq yang kini dibasahi peluh. Tak sangka pula dia akan datang secepat ini. " Fiq..."
" Apa... yang jadi ni?"
Kini, Dani dan Danish saling berpandangan. Apa yang harus mereka katakan dengan Syafiq?
Bagaimana dia harus terangkan keadaan ini pada Ariffin dan Farish nanti?
Bagaimana dia hendak beritahu bahawa Diana mengambil keputusan untuk keluar dari rumah denagn mereka sekali?
Diana menarik kecil hujung lengan Dani sambil menyorokkan wajahnya. Mungkin malu, segan dan takut kerana ini merupakan kali pertama dia bertemu Syafiq. " Si-siapa tu..?"
" Ahh, Dian. Ni Syafiq, salah satu kawan baik kitaorang. Fiq, ni adik aku Diana, satu-satunya adik comel kitaorang dan..."
" Dia ambil keputusan untuk keluar rumah denagn kitaorang."
" What?!" Lantas dengan jeritan itu, ketiga-tiga beradik tersebut menekup telinga mereka. Jeritan Beast ini boleh tahan kuatnya. Sama seperti apabila dia ingin mengejutkan si Sleeping Beauty, Ariffin. " Korang sedar tak apa yang korang buat ni?!"
" Masalahnya kitaorang-"
" Korang langsung tak fikir risiko dia ke?"
" Fiq, dengarlah dulu. Kitaorang-"
" Syafiq!"
Pergerakkan Syafiq terhenti seketika. Perlahan-lahan, dia menoleh memandang kebelakang. Badannya seolah-olah menggigil. Hanya seorang saja yang akan memanggilnya dengan nama penuh.
Tiada siapa yang pernah memanggilnya dengan nama Syafiq kecuali ibunya.
Dna juga seorang lagi.
Dan nama ini hanya akan digunakan jika dia sedang marah.
Orang ini sangat jarang marah...
" Finn..."
Dani dan Danish meneguk air liur kelat. Manakala Diana terpaku seketika. Dia seolah-olah berjumpa bidadara yang turun dari khayalan.
Walaupun pada hakikatnya, wajah Ariffin kini sedang berang menahan marah sambil menyenseng lengan bajunya. " Apa yang kau buat dengan pak cik jaga depan tu?!"
" A-aku-"
" Kau buat apa, Fiq?" Kini, pasangan kembar yang tadinya bicara asyik disekat oleh Syafiq menyoal serentak sambil tersengih kecil.
Padan muka kau, buat Ariffin marah.
" Aku-" Bagaikan cacing kepanasan, Syafiq mula menggelabah. Dia juga meminta Dani dan Danish untuk membantunya namun, dendam melebihi segala-galanya.
Sepatutnya dia dengar saja penjelasan emrekaberdua, bukannya asyik mencelah.
" Aku tanya kau buat apa dekat pak guard dekat depan tu?!"
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
HumorFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...