Bab 12

5.4K 511 5
                                    


     Ryna mengeluh kecil. Masuk kali ini, dia sendiri sudah tidak tahu berapa banyak keluhan telah keluar dari mulutnya.

    Sudah lama dia berdiri di tepi tasik ini, manatapi keindahan taman buatan manusia yang benar-benar indah. Malangnya, ianya tidak seindah harinya ini.

    Hatinya terasa tidak tenang. Rasa serba salah yang teramat sangat bersarang di hatinya. Sudahlah Lisa tidak hadir ke kelas hari ini. Rasa rindunya untk berjumpa ayahnya yang sudah hampir dua minggu tidak bersua muka turut sama semakin berlelusa.

    Sekali lagi keluhan dilepaskan.

    " Monyok je muka."

    Bahunya terhinjut sedikit namun lantas saja dia menoleh kebelakang, Ryna terdiam dan statik seketika. 

    Senyuman di wajah Ariffin membuatkan dirinya terkedu. Lama dia mendiamkan diri, seelah itu, baru dia bersuara. " Finn..."

    Tanpa diajak, Ariffin meringankan kakinya berdiri disebelah Ryna. " Cantik kan tasik ni?"

    Tanpa membalas soalan Ariffin, gadis itu hanya mampu melarikan pandangannya ke tempat lain. Rasa serba salahnya masih belum reda, malah bertambah lagi apabila Ariffin berada di sisi. " Errmm.. Finn... saya nak min-"

    " Tak apa. Finn tak kesah." Belum sempat Ryna habis berbicara, ayatnya dipotong kemas oleh Ariffin. " Lagipun... It's also my fault. Sepatutnya saya sedar yang sebenarnya awak tak selesa."

    " Ta-tapi sekarang saya tak kesah! Sebab awak-"

   " Ryn." Sekali lagi, Ariffin memotong bicara Ryna lalu tersenyum kecil memandang wajah comel gadis itu. " Tolong jangan rapat dengan saya sebab awak simpati."

    Sekali lagi, bicara dan tindakan Ariffin berjawa membuat Ryna kehilangan kata-kata. 

    Benar cakap Ariffin. Siapalah dirinya untk bersimpati dengan orang lain. Apa yang Ariffin perlukan kini bukanlah simpati, tapi sokongan moral dan teman yang setia berada di sampingnya. Itulah yang Ryba baru sedar setelah menghabiskan sebahagian masanya bersama Farish semalam.

    " Sorry... Lepas ni janji tak buat lagi dah." Seakan-akan anak kecil yang meminta maaf, Ariffin tergelak kecil melihat kecomelan Ryna. 

    " Okay, boleh. But satu syarat. Jom makan? Lapaq." Seloroh Ariffin sambil menggosok-gosok perutnya yang agak sasa.

    " Lapaq bak hang." Tambah Ryna lagi lalu mereka berdua tergelak besar. Sesekali Ryna memerhati sekeliling. Kalau-kalau 'dia' juga ada bersama mereka di sini.

    " Farish tak ada. Dia tak sihat."

    Dengar saja jawapan Ariffin, Ryna terus terdiam lalu memandang ke arah lain. " Ma-mana ada saya nak tahu pasal mamat terencat emosi tu." Katanya sambil memuncungkan bibirnya. Namun dalam diam dia mula berasa hairan dengan dirinya. ' Kenapa aku nak amik tahu pasal mamat tu?' Bentak hatinya.

*****

     Farish termenung memandang ke luar tingkap kedai. Matanya khusyuk melihat daun-duan yang gugur ditiup angin. Tanganya sesekali mengusap perlahan cawan yang berisikan susu panas bersama madu di hadapannya.

Banyak yang bermain di fikirannya kini. Lebih-lebih lagi tentang gadis yang muncul di dalam mimpinya. Jika mimpi itu berterusan menghantui dirinya, dia sudah bercadang untuk pergi berjumpa dengan pakar psikatri.

Mungkin saja otaknya tidak stabil kini.

Dari tadi berjaga sehinggalah sekarang, dia hanya mampu duduk termenung di laman belakang rumahnya sendiri yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang mekar dengan suburnya. Inilah hasilnya setelah dibaja dan disemai dengan baik oleh tangannya sendiri.

Gitar di tangan turut tidak lepas dari genggaman. Sesekali dapat kedengaran petikan halus dan bunyi dari gitar tersebut. Baginya, petikan gitar, angin nyaman dan hujan bagaikan ubat penenang untuk dirinya.

Tapi itu dulu, sebelum gadis yang bernama Ryna muncul dan buat kacau dalam hidupnya. Tidak tahu mengapa, setiap kali gadis itu muncul, hatinya pasti akan berasa sedikit gementar. Tiba-tiba menjadi resah dan gelisah. Dan apabila gadis itu tiada di hadapan mata, mulalah hatinya meronta-ronta tidak tentu pasal.

Farish menggelengkan kepalanya berulang kali. Jika otaknya berterusan bergini, boleh jadi gila dibuatnya nanti.

" All of this really give me a hard time..." Bisiknya perlahan sebelum menghirup perlahan susu panasnya.

*****

     " You look happy." Senyuman Ariffin mati tatkala suara seseorang datang menegurnya. Setelah lama dia menunggu di kedai makan tersebut, barulah orang yang dia ingin jumpa muncul di hadapan matanya. " Sorry to keep you waiting."

Ariffin sekadar menggeleng perlahan sambil tersenyum kelat. " Tak apa."

Kerusi di hadapannya ditarik perlahan. Lama mata Ariffin meneliti wajah lelaki yang berumur lingkungan 40-an itu. " Order lah minum dulu. You must be tired."

Lelaki itu hanya tersenyum kecil sambil menggeleng. " Penat saya ni boleh hilang sebaik saya saya jumpa anak bujang saya ni."

" You left me. Sekarang umur saya pun dah 24 tahun, jadi penat selama 24 tahun tu dah hilanglah?"

" Ariffin." Wajah kacak lelaki muda itu dipandang lama. Sayu saja wajah lelaki berumur 40 an itu memandang wajah anak kandungnya yang sudah lama ditinggalkannya. " Finn pun tahu sebab apa papa buat macam ni."

Ariffin hanya mampu membisukan diri. Wajahnya menunduk memandang ke bawah. Dia tahu ayahnya mempunyai sebab untuk berbuat demikian. Dia tahu ayahnya sudah berkorban banyak sebelum ini semata-mata hanya untuk memastikan keselamat dirinya.

Sekali lagi, waja lelaki yang juga ayah kandungnya itu dipandang. Lelaki inilah yang selalu memerhatikannya dari jauh. Sejak dia tadika sehinggalah ke sekolah menengah. Wajah kacak lelaki yang kini lingkngan 40-an itu masih sama seperti dahulu. Matang dan kacak.

Namun hatinya terkilan. Benar-benar terkilan apabila keluarganya sendiri tidak tahu tentang kewujudan dirinya. Dirinya bagaikan tidak mengakui tentang kewujudannya sedang dia setia menunggu keluarga kandungnya itu datang menjemputnya pulang, dan bukan dia yang datang mencari mereka. " Sekarang semuanya dah selesai kan? Kenapa tak nak ajak saya balik?"

" Bukan macam tu, Finn... Cuma papa tak pasti sama ada 'dia' masih ada ataupun tidak." Jelas lelaki itu sambil mempamerkan wajah risau. Dia tidak mahu anaknya membencinya. Lebih-lebih lagi ini merupakan kali pertama mereka brbual begini. " I love you, sebab itu papa buat macam ni."

" But at least bagitahu lah adik Finn yang dia ada abang."


Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now