Bab 54

4.1K 393 15
                                    


     - 12 Tahun Lepas -

    " Hahh~" Dani mengeluh kuat sambil menyampak jauh ranting kayu yang tadinya berjaya menarik minatnya namun tidak lama. Sekejap saja, dia sudah kembali berasa bosan. " Bosannya!!!"

    " Diamlah!" Ujar Danish sambil tangannya menguis-nguis pasir yang berada di dalam besin miliknya. " Jangan lah bising-bising. Duduk sini diam-diam, main."

    " Im too boring! This is too much for me I can't even stand it!"

    " Then, kau nak aku buat apa?"

    " Let's call Far!"

    " Dia dekat oversea."

    " Aduhhh!" Bentakan Dani semakin menjadi-jadi tatkala teringat bahawa Farish tiada di tanah air. Masa-masa macam ini pula lelaki itu tiada. " Habis tu nak buat apa ni?"

    Danish mengeluh kecil sambil mengibas-ngibas pasir di tangannya, " Aku tak tahu kau nak buat apa but for sure, please be quiet. Nanti Dian bangun."

    " Kita ajak dia main jom!"

    Danish serentak menoleh memandang abangnya yang tidak jauh dari dirinya sambil otaknya berfikir sejenak. Benarkah lelaki ini abangnya? " Aku tahu kita kembar, tapi kalau kau rasa nak umur kau pendek, dipersilakan kau sorang je yang pergi hadap Ilahi."

    Zap!

    Dani mengusap kuat dadanya. Sepertinya tadi dia terdengar panahan tembus menerusi hatinya. Tidak tahu sama ada ianya hanyalah khayalan semata-mata atau tidak tetapi sakitnya dapat dia rasai. " Sa-sampainya hati kau..."

    " Habis tu? Kau ingat ni apa? You jump, i jump? Kalau kau rasa nak tengok mama mengamuk, kau buatlah. Aku nak hidup lama lagi. Banyak lagi benda aku nak buat."

    Dani menggenggam halus tangannya. Dia geram. Dia sungguh geram kerana Danish dapat berfikir lebih matang dari dirinya. Kenapa dia harus mendapat adik kembar yang berfikiran logik seperti Danish? 

    Bukan ke sepatutnya kembar mempunyai perangai yang sama?

    " Dah lah! Aku nak masuk!" Tanpa menghiraukan Danish, Dani mengatur kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Laju kakinya menuju ke dapur. Jika dia bosan, dia harus mencari sesuatu untuk di makan. " Lalala~ Siapa yang akan masuk perut aku-"

    " Abang...."

    Sayup-sayup kedengaran suara memanggil dirinya. Wlaaupun halus, namun Dani pasti bahawa suara itu milik adik perempuannya yang paling kecil, Diana. " Dian?"

    " Abang..." Suara itu sekali lagi kedengaran. Nampkanya ianya dari bilik adiknya di tingkat atas. 

    " Dia dah terjaga ke?" Bisik Dani perlahan. Matanya kini mengerling memandang ke tingkap berhampiran. Nampaknya Danish masih lagi leka di kotak pasir miliknya. Tanpa berfikir panjang, dia lantas berlari menaiki anak tangga, menuju ke bilik adiknya yang lagi seorang.

    " Abang Dan." Sebaik saja pintu bilik dibuka, kelihatan Diana tersenyum lebar sambil duduk di atas katilnya. Nampkanya gadis kecil itu sudah pun bangun dari tidurnya. 

    " Dian dah bangun?" Gadis itu mengangguk kecil sambil mengusap matanya, menandakan baru terjaga dari lenanya. Perlahan-lahan, kepalanya adiknya digosok. " Dian lapar? Abang Dan amikkan makanan."

    Diana menggeleng kecil. " Dian nak main dengan Abang Dan."

    " Tak boleh." Kini, mata mereka tertumpu di depan pintu. Nampkanya Danish sudah sedar bahawa adik perempuannya sudah terjaga dari tidur. " Kalau Dian nak main, Abang Dan dengan Abang Nish temankan mian dalam bilik-"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now