Habis saja kelas tengaharinya, Farish berteleku di luar dewan sementara menunggu kawannya yang lain diceramah oleh Sir Loke, pensyarah muziknya tentang disiplin mereka semasa di dalam kelas. Siapa yang tidak kenal dengan pensyarah lelaki Perancis yang kini sudah pun beragama Islam yang tegas lagi garang itu?
Namun bagi Farish, tomahan dan bebelan Sir Loke hanyalah 'celah giginya' sahaja. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Memandangkan dia tidak pernah mahu mendengar kata sesipa pun.
Dia bersyukur dirinya bukanlah seperti mereka. Jika tidak, mungkin akan menjadi lebih teruk apabila jejaka-jejaka kegilaan ramai ini menjadi bahan bualan kerana mempunyai maslah disiplin yang bukanlah teruk sangat.
Sambil-sambil dia menunggu di hadapan dewan kuliah, matanya termenung mendongak memandnag langit yang kian semakin gelap. " It's gonna rain soon."
Tanpa berfikir dua kali, Farish terus saja meninggalkan dewan lalu beredar keluar bersama keretanya. Meninggalkan kawan-kawan yang sepatutnya ditunggu.
" Mana Far?" Keluar saja mereka dari dewan, Dani dan Danish mula mencari-cari kelibat Farish namun tidak dijumpai. " Kata tadi nak tunggu depan ni."
Tanpa menghiraukan rungutan Dani, Ariffin tiba-tiba saja tergerak hendak mendongak memandang langit. " Dan, Nish, hari ni kau naik kereta dengan aku jelah."
" Asal?" Kening Syafiq terangkat sebelah. Pada mulanya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Ariffin, namun apabila matanya juga turut mendongak, kini segala sudah jelas. Sebuah sengihan singgah di bibirnya.
" Lah, jadi dia dah pergi dekat 'situ' lah kan?" Serentak yang lai mengangguk mengiakan soalan Dani." Heh, ada ke patut sebab ini je dia tiggalkan kita?"
Dari jauh, Ryna yang sedang berlari menuju ke arah keretanya terhenti seketika apabila ternampak para lelaki kacak yang dia jumpa tempoh hari semuanya memandnag ke atas langit. " Ada taik bintang nak jatuh ke?"
Sebaik saja dia memandnag ke atas, barulah dia sedar bahawa langit sedang menunjukkan tanda-tanda bahawa hujan lebat bakal turun membasahi bum. " Alamak! Kene cepat ni!"
Tanpa berlengah lagi, Ryna mengabaikan lelaki-lelaki kacak tersebut dan teruskan lariannya ke kereta BMW Z4 miliknya.
Hidup saja enjin keretanya, laju ia meluncur di atas Jalan raya yang kini mula menerima titisan-titisan halus air hujan. Dia harus segera pulang ke rumah kerana penglihatannya agak teruk jika berada di dalam hujan ataupun pada waktu malam.
Akan tetapi, apa yang diharapkannya tidak terjadi. Sebelum sempat separuh Jalan perjalanannya ke rumah, hujan sudah pun turun dengan selebatnya. Nak tak nak, dia terpaksa memberhentikan keretanya berhampiran dengan lot-lot kedai yang ada di situ.
Dahinya berkerut seribu. Beg tangan yang berada di sisi di capai lalu telefon bimbit berlogokan buah epal dikeluarkan. Tanganya laju menekan nombor yang ingin dipanggilnya.
" Assalamualaikum, ma. Ryn balik lewat sikit kot. Hujan lebat sangat ni. Nanti kalau dah reda Ryn balik okay? Mama jangan risau. Okay, bye."
Talian dimatikan. Matanya cuba untuk memandang-mandang sekeliling kalau-kalau ada tempat lain untuk berteduh. Dia tidak tahan jika harus terus duduk di dalam kereta sahaja. Lebih-lebih lagi dia tidak suka tempat yang sempit.
Sedang dia meneliti sekelilling, matanya dpaat menangkap sebuha papan tanda yang tertulis perkataan kafe, tidak jauh dari keretanya. Tanpa menunggu lagi, Ryna bersiap-siap untuk meredah hujan.
Keluar saja dari kereta, dia terus berlari untuk ke kafe tersebut. Nasib baik saja dekat, kalau tidak pasti lebih kuyup bajunya.
Tiba saja dihadapn kafe tersebut, bajunya yang baju diklebas-kebas sedikit. Apabila sudah selelsai, perlahan-lahan, pintu kafe ditolak. Kedengaran bunyi loceng kecil yang tergantung di pintu apabila ditolak oleh Ryna. " H-hai?"
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
HumorFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...