Bab 72

4.2K 378 59
                                    


    Cawan yang berisi susu hangat ditangannya digenggam kuat. Helaan demi helaan dilepaskan namun rasa sakit dihatinya masih belum reda.

    Apa yang patut dia buat sekarang? Hadirnya disini adalah untuk mendengar penjelasan Farish dan bukannya tomahan lelaki itu terhadap dirinya.

    Dia inginkan jawapan yang tulus dan bukannya kritikan tajam. Dia inginkan kebenaran namun ianya terlalu sakit untuk dia terima.

    Adam yang hanya memerhati dari jauh mula berasa risau. Dirinya yang menyuruh Ryna untuk merobohkan hati batu Farish, akan tetapi, hati gadis itu pula yang remuk.

   Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. Apa yang patut dia buat? Sokongan dan semangat saja tidak cukup untuk Ryna buat masa ini. Tanpa berfikir panjang, Adam bangun dari duduknya lalu mengambil tempat di sisi Ryna.

    Rasanya... Mamat saka itu tidak akan memarahinya, bukan? Kerana ceritanya bakal terbongkar.

    " Hey."

    Sapaan Adam hanya dibalas dengan senyuman hambar. Kalau boleh, Ryna tidak mahu mendengar apa-apa lagi dari mulut sesiapa pun. " Can you... leave me for a while?"

    " Aku tahu yang aku tak patut kacau kau tapi... Aku cuma nak kau tahu yang Farish tu... Tak adlaah jahat sangat sebenarnya."

    Seperti yang dia jangka, tiada sebarang respon pun yang datang dari Ryna. Dia sudah tahu kebarangkalian untuknya diabaikan oleh Ryna adalah 100 peratus namun, tak salah kan jika dia hendak mencuba?

    " Kau tahu kan, yang mak Farish mati kene bunuh? Lepas kejadian tu, dia terus jadi macam yang sekarang ni. Muka batu, tak ada perasaan. Sampaikan satu tahap, dia dah tak tahu macam mana nak open up dengan orang lain. Dia jadi pemendam, tak banyak bercakap."

    " Tapi dia tak berhak nak cakap buruk pasal orang lain..."

    " Bukan ke tu salah satu cara untuk orang macam dia sampaikan bahawa sebenarnya, dia rasa diri dia tak penting bagi kau? Cara dia untuk ekspresikan ketidakpuasan hati dia bila kau lebih tumpukan perhatian kau pada orang lain dan bukannya dia. Kau boleh anggap yang orang macam Farish ni sebenarnya... agak paranoid sikit."

    " Itu memang sifat dia. Bukannya perasaan dia."

    " Kau ingat dia nak semua tu? Kau tahu tak... Dia ada banyak perkara yang dia pendam. Tentang dirinya, kisah silam dia... Keluarga dia. Contohnya macam hotel yang kita duduk ni." Adam memandang sekeliling hotel sambil tersenyum nipis. " Cantik kan? Kau tahu yang hotel ni, semuanya milik keluarga Farish?"

    Dalam diam, Ryna menggeleng perlahan. Sumpah, dia tidak tahu semua ini.

    " Pernah dengar hotel ataupun restoran mewah yang yang menjadi anak syarikat Dines? Semua tu milik Farish bila dia dah cakap usia matang dia nanti."

    " Dines... Bukan ke tu milik keluarga bangsawan Zachary? Yang ada keturunan diraja tu? Macam boleh jadi milik Farish pulak?"

    " Dah kenapa Farish jadi pengurus projek dalam syarikat tu kalau dia tak ada kena mengena denagn keluarga Zachary?"

    Kening Ryna terangkat kecil. Apa kene mengana semua ini dengan maslaahnya? Dan apa kene mengenak Farish dengan keluarga bangsawan ternama di Perancis ini? " I still dont get it. Maksudnya, Farish ni saudara mara dengan keluarga Zachary?"

    " Lebih lagi dari tu... Farish satu-satunya pewaris sah keluarga Zachary."

    " Tipu!" Terbeliak mata Ryna tatkala kenyataan itu keluar dari mulut Adam. Tak mungkin Farish yang berwajah batu itu sebenarnya keturunan bangsawan dan juga berdarah diraja. " Jadi maksudnya... Duke Eugene Raphael de Zachary tu..."

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now