Farish sudah berputus asa. Kini dia sedar akan sesuatu yang dia sangka dia sudah mahir.
Dia sedar bahawasanya...
Dia tidak akan pernah faham makhluk tuhan yang bersifat lembut yang diberi nama 'perempuan'.
Sekejap sedih, sekejap gembira. Apa sebenarnya yang bermain di fikiran gadis ini, dia sendiri tidak tahu.
Mungkin lebih baik jika dia langusng tidak ambil tahu.
Namun apa yang lagi mengejutkannya, dia tidak sangka bahawa dia bakal bertembung dengan Ryna di sini, di cafe Pak Cik Roslan, pada waktu begini.
Dan ynag paling penting sekali...
Mak ayah tahu ataupun tidak bahawa anak mereka telah hilang dari rumah?
Sekali lagi, Farish menghela nafas berat. Wajahnya kaku tanpa emosi namun jika hatinya boleh berbicara dan menggambarkan ekspresi, pasti pelbagai jenis riak wajah hatinya Ryna dapat lihat.
Farish ingin membebel lebih panjang di dalam hatinya, tetapi apabila melihat keadaan Ryna begini, secara sutomatik dia menjadi risau.
Keadaannya yang sama seperti tempoh hari.
Tidak terurus, dari segi fizikal dan mental.
Nampaknya gadis itu sudah berancang untuk tidur, namun tidurnya diganggu sesuatu dan menyebabkan dia datang ke sini, denagn keadaan dimana rambutnya yang serabai an hanya berbaju tidur.
Perlahan-lahan, Farish membuka hoodies yang dipakainya lalu secara spontan di sarungkan ke tubuh Ryna. Nampaknya gadis itu sedikit tersentak namun masih tidak mahu menoleh kebelakang.
Tanpa sebarang suara, Farish menarik kerusi di sisi Ryna. Jangan salah faham. Bukan dia yang hendak duduk di sebelah gadis itu, tetapi gadis itu yang duduk di tempatnya.
Walaupun sebenarnya tak guna pun untuk dia menafikan perasaannya sendiri.
Nampak saja kelibat Farish, pantas Pak Cik Roslan menuju ke dapur, membuat minuman kegemaran lelaki tersebut tanpa perlu mengambil pesanan.
" Rish..."
" Hmm?"
Ryna menundukkan wajahnya yang dari tadi hanya memandang ke luar tingkap. Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama dia duduk di sini. " Saya takut."
Farish mengerling sedikit memandang Ryna. Tangan gadis itu dipandang sekilas, menggigil kecil tanpa henti.
" Scared of what?" Kini dia mula berbicara secara ringkas. Dia tidak mahu Ryna terasa terbeban dengan soalan panjang lebar.
Satu lagi alasan supaya dia tidak banyak bercakap.
Ryna tidak bersuara, bahkan dia mula menangis. Setitis demi setitis air matanya jatuh membasahi pipi.
Namun Farish tidak panik. Dia sudah biasa dengan keadaan begini.
Mungkin kerana 'dia' pun seperti ini juga dulu.
Farish merapatkan kerusi ke belakang Ryna. Seolah-olah dapat membaca bahawa mungkin gadis itu malu apabila wajah nangis dilihat orang. Getah di poketnya sekali lagi dikeluarkan lalu rambut Ryna kini dibelai dan disikat dengan tanganya.
" Dulu... Aku tak suka kau."
Suasana serta merta menjadi sunyi dan suram. Tiada lagi tanggisan yang kedengaran, hanya pusingan kipas yang ada berhampiran mereka.
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
HumorFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...