Bab 73

3.7K 381 39
                                    


    Air yang baru dibancuh kini hanya dipandang kosong. Seleranya hilang tatkala fikirannya kini menemui jalan buntu.

    Satu bulan telah berlalu sejak Ryna kembali ke Malaysia, dan dalam masa sebulan jugalah, semua perkara berlalu dengan pantas.

    Tiada lagi khabar berita mengenai Farish kedengaran. Nampaknya, lelaki itu berpegang teguh dengan keputusannya.

    Tinggal di Perancis buat selama-lamanya.

    Manakala Ryna pula....

    Ariffin sekali lagi mengeluh kecil. Kenapa semua ini harus terjadi? Tidak bolehkan mereka semua hidup dengan aman seperti dulu? Lepak dan menghabiskan masa bersama. Tanpa sebarang masalah dan gangguan.

    Sepucuk surat dihadapannya di pandang sekilas. Inilah punca yang menyebabkan hatinya sedikit pun tidak berasa tenang. Kuputusan drastik yang dilakukan oleh adiknya benar-benar memberikan kesan mendalam kepada semua.

    Terutama sekali dirinya.

    Kerana sebulan saja lagi, Ryna bakal sah bergelar isteri kepada Khairul.

    Sungguh, dia merasakan bahawa keputusan adiknya semuanya berlandaskan emosi semata-mata, perasaannya yang mengawal minda dan fikirannya.

    Bukannya dia tidak suka Khairul menjadi adik iparnya namun... 

    Dia dapat merasakan bahawa cinta yang diberikan untuk Ryna bukan ikhlas sepenuhnya, seolah-olah ada benda lain yang dia cuba lakukan. Sejak dia mengetahui cerita sebenar apa yang terjadi, dia semakin mencurigai Khairul.

    Tapi dia semamngnya ship Farish dan Ryna. Memang Hardcore Shipper lah kiranya, Farish dan Ryna ini adalah OTP  dan CANON aceceh lawak je.

    Sedang dia berfikir sendirian, telefon bimbitnya berbunyi menandakan pesanan masuk. Selalunya, Ariffin akan membiarkan seketika sebelum membaca pesanan Whatsapp yang masuk memandangkan dia tahu di pengirimnya itu sudah pastinya perempuan, akan tetapi...

    " Siapa yang whatsapp pukul 3 pagi ni doh?" 

    Dengan perasaan yang bercampur baur, Ariffin mencapai telefon bimbitnya. Air wajahnya berubah tatkala nama tersebut muncul di skrin. 

    Dia terkaku seketika. Sungguh dia tidak sangka bahawa 'dia' yang akan menghubunginya sendiri.

    Dengan sagaris senyuman di wajah, Ariffin akhirnya dapat tersenyum lega. " Aku janji, aku janji aku akan tolong kau."

*****

     " A-abang Finn, kita nak pergi mana ni?"

    Sejurus sebaik saja Ryna bercadang hendak keluar bersama Khairul, abangnya tiba-tiba muncul di depan pintu lalu mengheretnya masuk ke dalam kereta tanpa memberitahu kemana dan apa tujuannya.

    Matanya meliar memandang kiri dan kanan namun tiada gunanya. Dia buta arah, sudah tentu-tentu dia tidak tahu kemana mereka sedang menuju kini. " Kita nak pergi mana ni?!"

    " Ryn duduk diam-diam, pening lah abang tengok Ryn."

    " Ehh ingat Ryn tak pening ke tengok Abang Finn tiba-tiba jadi macam ni?! Ryn call mama! Kata Abang Finn culik Ryn!"

    " Hah call lah, call! Cakap dekat dia Abang Finn nak tinggalkan Ryn dekat tanah perkuburan."

    " What?!"

    " Here, dah sampai dah."

    Mata Ryna terbeliak besar, mulutnya bagaikan terkunci, air liur kelat ditelan. Alangkah terkejutnya bahawa Ariffin benar-benarnya bawaknya datang ke tanah perkuburan. " A-Abang Finn! Kita nak buat apa ni?!"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now