Farish memejamkan matanya seketika sambil menghirup nafas panjang. Rambutnya yang sedikit panjang dibiarkan terbang ditiup oleh angin penghawa dingin dan kipas biliknya.
Kini dia memeluk erat gitar kesayangan. Dia tidak tahu apa dosanya sehinggakan dirinya diperlakukan sebegini rupa. Apakah selama ini, segala perbuatannya adalah salah?
Namun dia tidak boleh terus menerus begini. Dia harus berani menghadapi segalanya walaupun pada hakikatnya, dia langsung dan sedikit pun tidak kesah dengan apa yang mendatang.
Dia tidak suka berfikir lama dan panjang. Dia malas. Semua itu hanya menyusahkan dirinya dan memenatkan lagi otaknya yang genius itu.
Perlahan-lahan, dia membuka matanya yang selama ini terkenal dan menjadi idaman semua kerana renungannya yang redup dan bersahaja. Sesuai dengan wajahnya yang tidak berekpresi.
" So, aku dengar yang korang dating dekat pokok tempat kau selalu lepak itu?"
Farish mengeluh kecil. Dia sengaja memekak kan telinga dari tadi. Menganggap suara mereka seperti kicauan burung di pagi hari namun semuanya tidak mungkin boleh.
Suara kembar monyet dan buaya darat itu pun sudah seperti salakan anjing dan nyaringan gagak, inikan pula suara Syafiq. Mahu pecah tingkap bilik dibuatnya walaupun pada hakikatnya suara mereka tidaklah seteruk itu.
Suara dan vocal yang telah dididik oleh pensyarah profesional fakulti muzik mereka, masakan boleh memecahkan tingakp, kan?
" Gila ah, Far. Nasib baik je kitaorang tak dengar korang bual apa sebab jauh sangat." Ujar Dani sambil tergelak kecil.
" Kalau tak, dah boleh buat bahan gelakkan kau untuk satu bulan dah. Hahahaha!" Celah Danish lalu memberi hi-fi pada abangnya.
" Tak sangka kau lagi sweet dari aku, Far. Mesti kau belajar dari perhatikan aku ka-"
" You're full of yourself."
Terpatah dua batang bunga ros yang dipegang Ariffin tatkala Farish mula membuka bicara. Sakit juga hatinya apabila mamat poker itu mula bersuara. ' Nasib baik kawan, kalau tidak...' Rungut hatinya.
" Tapi, seriously doh, kau nampak lain bila dengan dia." Kita, bicara Syafiq sedikit sebanyak telah menarik perhatian Farish. Serta merta, wajah lelaki sasa itu dipandangannya. " You seem... Open to people lot more than you do before."
Farish hanya mendiamkan diri. Namun, otaknya kini bayak memikirkan benda.
Benarkan dia sudah berubah? Benarkan dia sudah kelihatan lebih terbuka dari yang sebelum ini? Adakah perubahan ini merupakan satu kebaikan?
Ataupun tragedi yang sama bakal berulang lagi?
Farish menggeleng kecil tatkala dia semakin hanyut dengan presepsinya sendiri. Penyakit Ryna nampaknya sedikit sebanyak sudah menular pada Farish. Hanyut dengan imaginasi sendiri.
Yang lain hanya mampu memandang sesama sendiri sambil mengangkat bahu melihat kelakuan pelik kawan mereka itu. Sungguh mereka katakan, bahawa dalam kalangan mereka, Farish paling banyak memendam.
Sifat dingin dan tidak mahu ambil berat lelaki itu sering disalah erti oleh semua orang selain mereka. Seringkali juga lelaki kacak itu dilabel sebagai sombong dan tidak bergaul orang. Pendek kata, anti sosial.
Namun pada hakikatnya, mereka salah.
Farish baik. Malah lebih baik dari mereka. Dia ambil berat akan sesuatu perkara dengan caranya sendiri. Dia sedar akan bisikan negatif yang berlegar disekelilingnya. Dia tahu kesemuanya.
Akan tetapi, sedaya upaya dia cuma untuk tidak ambil peduli. Sedaya upaya membina sebuah dinding yang menjarakan dirinya dengan mereka yang lain.
Dia tidak mahu mengambil berat lagi. Dia tidak mahu amil kesah lagi.
Dia tidak mahu berperasaan lagi.
Kerana semua itu pernah sekali gus menariknya ke jurang kegelapan.
Kegelapan yang masih menghantui dirinya, sehingga ke hari ini.
" I'm going out." Lama mereka mendiamkan diri, akhirnya Farish mula bersuara. Gitarnya diletakkan ketepi lantas dia melangkah keluar dari biliknya.
Ariffin yang dari tadi hanya memerhati kini diulit kerisauan. " Harap semuanya akan berakhir..." Bisiknya perlahan sambil mengulit kembali kutuman ros yang kini terpatah dua itu.
*****
" Jangan lupa kenangan kita."
Ryna tersentak lantas bangun dari lenanya. Nafasnya turun naik, tidak teratur. Badannya dibasahi peluh yang banyak tidak terkata. Matanya terbeliak memandang sekeliling biliknya.
Suara yang dimimpinya itu, dimana dia pernah mendengar suara itu?
Dia kenal akan pemilik suara itu tetapi pada masa yang sama, dia tidak kenal.
Suaranya yang lembut memanggil-manggil dirinya. Siapa?
Tidak tahan akan kegelisahan dan degupan jantungnya yang semakin laju, Ryna tidak-tiba meraung menangis.
Dengan langkah segera, Puan Sofea meluru masuk ke dalam bilik anak daranya setelah mendengar tanggisan yang jelas kedengaran dari miliknya yang berhampiran.
" Ya Allah! Ryn, sayang kenapa ni?!" Puan Sofea yang terkenal dengan kelembutan hatinya turut menangis sama apabila melihat keadaan akannya begitu.
Pelukan wanita itu dieratkan lagi agar dia dapat menenangkan anaknya namun semua tidak berhasil. Tangisan Ryna semakin kuat, sehinggakan sampai ke satu tahap, Ryna tiba-tiba rebah dipangkuan mamanya. " Ya Allah, Ryna!"
" Fea!" Panggilan dan suara suaminya yang kini meluru masuk ke dalam bilik menimbulkan sedikit kelegaan dihatinya. Namun, panik mereka masih tidak hilang dengan Ryna yang kini tidak menyedarkan diri. " Ya Allah, Ryn kenapa ni sayang? Fea, kenapa ni?"
" Fea tak tahu abang. Fea dengar dia menjerit, lepas tu dia pengsan. Abang, kita nak buat apa ni?!"
Tanpa berlengah lagi, Tuan Haikal mengengdong Ryna lalu dibaringnya ke atas katil. Tlefon bimbitnya segera dikeluarkan lalu menelefon seseorang. " Doktor, tolong datang. Ryna... Dia... Kembali tak stabil."
Mati saja talian, Tuan Haikal lantas terduduk di atas lantai, berhampiran katil. Matanya masih lagi memandang anak kesayangannya dengan pandangan khuatir dan risau.
Puan Sofea yang kini turut bimbang mula memeluk erat suaminya. " Abang... Sampai bila anak kita nak macam ni?"
" Kita tak ada pilihan, Fea. Abang masih tak tahu mana 'dia' sekarang."
" Sampai bila?! Sampai bila, abang?! Sampai bila kita nak rahsiakan segalanya? Sampai bila lagi Ryna nak menderita macam ni?!" Kini suara Puan Sofea mula bergetar, tanda air matanya bakal mengalir. " Dia dah cukup menderita dah..."
Sekali lagi, Tuan Haikal menghela nafas berat sambil memeluk bahu isterinya. Cuba untuk menenangan wanita kesayangannya itu. " Sampai semuanya selesai. Abang tahu, anak kita kuat. Abang janji, I'll do anything to end all of this."
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
HumorFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...