Satu keluhan berat dilepaskan. Matanya termenung melihat awan yang terbentang luas di atasnya. Ini merupakan tempat terakhir yang dia akan lawat.
Sebelum dia meninggalkan kolej.
Sebelum dia sah bergelar isteri orang.
Ryna tersenyum kecil sambil memejamkan matanya. Keselesaan apabila berada di bawah pohon rendang di belakang kolej ini masih lagi tidak berubah. Sungguh menenangkan.
Angin di sini masih sama seperti dulu, masih lembut menyapa pipi. Bunyi burung dan juga daun gugur menimbulkan rasa nostalgik dalam diri dan hatinya.
Sudah satu tahun berlalu, sejak Farish tiada lagi bersamanya.
Namun, segala kenangan yang mereka ada di sini tidak bakal dilupakan. Pertemuan mereka buat pertama kali, masa yang mereka habiskan di sini, saat-saat mereka bersama...
Semuanya bakal tersemat kemas dihatinya, sampai bila-bila.
Sesekali, Ryna mengerling memandang sisinya. Berharap setiap kali dia membuka matanya, Farish bakal muncul secara ajaibnya di sebelah.
Tapi itu semua hanya khayalan tidak tercapainya sahaja.
Mungkin benar kata Lisa. Dia harus lupakan semuanya.
Farish sudah tiada lagi bersamanya. Mungkin juga sudah bahagia dengan tunang yang mungkin saja sudah menjadi isterinya, si Lydia itu. Dengar cerita, dia sudah mendapat tempat dan tumpuan di seluruh dunia dengan kebolehannya mengurus dua syarikat besar sekali gus.
Dan benar kata Farish, dia sememangnya sudah melupakan muzik.
The Noizers sudah setahun menyepi sejak hilangnya ketua kumpulan itu. dan apa yang paling mengejutkan dia...
Kesemua ahli The Noizers itu rupa-rupanya pelajar-pelajar hot Jurusan Muzik Kolej Akustika ; Farish, Ariffin, Syafiq, Dani dan Danish.
Dan nama pentas yang mereka gunakan rupa-rupanya adalah nama sebenar mereka. Patutlah mereka tidak pernah bagtahu siapa nama penuh mereka.
Putera Muhd Ariffin, Prince.
Dani Darwin dan Danish Damian.
Syafiq Danial.
Dan juga...
Farish Fevrier Vince de Zachary.
Sedap nama dia. Indah, seindah tuannya juga.
" Ryn?"
Ryna menoleh kecil apabila namanya dipanggil dari belakang. Ahh, nampak sudah sampai waktunya untuk dia meninggalkan tempat ni. " It's time?"
Khairul mengangguk kecil. " Jom, majlis dah tamat dah."
Ryna mengangguk kecil. Perlahan-lahan, dia bangun dari duduknya. Memandang pohon rendang tersebut buat kali yang terkahir.
Susah baginya untuk melupakan segalanya. Setiap bicaranya, setiap tingkah lakunya, setiap perbuatannya dan juga alunan violin kali pertama dan terakhir oleh Farish, akan dia ingat sehingga mati.
Sebelum dia meninggalkan kolej ini...
Sebelum dia meninggalkan tempat kegemaran mereka...
Sebelum dia bergelar isteri sah Khairul dalam beberapa minggu...
Untuk kali yang terkahir, Ryna tersenyum sambil menitiskan air matanya...
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
HumorFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...