Bab 62

3.8K 393 35
                                    


Pintu rumahnya diketuk kuat sehinggakan Ryna yang berada di tingkat atas turut terjaga sama. Jam menunjukkan pukul 3 pagi.

    Siapa pula yang datang ni?

    Tuan Haikal segera bangun dari tidurnya, tidak membenarkan isterinya turun. Takut bahawa yang berada di diluar ialah tetamu yang tidak diundang.

    Perlahan-lahan, Tuan Haikal mengintai disebalik tingkap. Segala tanggapan buruknya serta merta hilang tatkala wajah yang amat dia kenali berada di depan pintu pagar.

    Dengan kadar segera, dia berlari mendapat pintu. Suis ditekan agar pagar utamanya dibuka lalu Tuan Haikal turut sama berlari keluar bagi mendapat Ariffin.

    Tubuh lelaki itu serta merta dipeluk erat. Ariffin tersenyum kecil lalu membalas pelukan tersebut. Jujur dia kata, dia tidak pernah berbaik dengan Tuan Haikal sejak lelaki ini mendedahkan identiti sebenarnya.

    Namun dia tidak boleh terus menerus begini. Dia sedar dia sepatutnya bersyukur.

    Kerana dia tahu, bahawa dia masih lagi mempunyai keluarga kandung yang menunggu kepulangannya apabila masanya tiba.

    Dan masanya itu adalah sekarang.

    " Finn?" Lantas, pelukan mereka terlerai apabila wajah Ryna kelihatan di belakang mereka. Gadis itu seolah-olah terpinga-pinga melihat ayahnya memeluk erat tubuh Ariffin.

    Tanpa menghiraukan kebingungan yang melanda Ryna, Ariffin sekali lagi tersenyum lalu meluru ke arah Ryna. Tanpa amaran tubuh gadis itu dipeluk erat.

   " F-Finn! Apa ni?! Lepas lah!"

    " Tak boleh lepas! Papa pun nak peluk jugak!" Badan Ryna bertambah berat apabila Tuan Haikal datang memeluk mereka sekali. Tergelak kecil Ariffin dibuatnya apabila Tuan Haikal berbuat begitu. Persis kanak-kanak.

    Tiba-tiba, Ariffin terasa belakang badannya dipeluk oleh seseorang lantas dengan itu perasaan nostalgik mula mengalir dalam dirinya.

    Inilah dia pelukan yang dia amat rindui. Pelukan yang diidam sejak dari dulu lagi. Pelukan yang dia inginkan apabila dia berasa sedih. Pelukan yang dia perlukan apabila dirinya terasa lemah dan kini...

    Dia mendapat pelukan itu sekali lagi, kini dari ibu kandungnya sendiri.

    " Finn dan balik, ma, pa. Ryn... Abang Finn dan balik."

****

    Semua mata kini tertumpu pada Ariffin yang Ryna. Sejak mereka tiba di kolej, mereka kelihatan hanya berdua tanpa bertemankan sesiapa. Nmaun tiada sesiapa yang berani menegur mereka memandangkan sejak dari tadi, sesiapa saja yang cuba menghampiri mereka akan dapat merasakan aura jahat dari Ariffin.

    Seolah-olah lelaki itu menghalau mereka yang ingin mendekati mereka berdua.

    Ryna hanya mampu akur dan mendiamkan diri, memandangkan dia juga tidak tahu kenapa, mengapa dan bagaimana Ariffin ini boleh jadi abang kandungnya.

    Namun apabila dia bertanya kepada Ariffin, lelaki itu hanya tersenyum sambil mengusap kepalanya lalu menyatakan bahawa masih terlalu awal untuknya mengetahui semua benda.

    Tapi apa yang bermain di fikiran Ryna adlaah apabila Ariffin mengatakan bahawa jika keadaan bertambah buruk sehinggakan Ryna terpaksa menderita, Ariffin sendiri yang akan membawanya pergi dari sini.

    " Ryn nak makan apa-ap? Kelas lambat lagikan?"

    Soalan Ariffin tidak mampu dia balas dengan serta merta, bahkan dia masih tidak dapat proses soalan yang ditanya oleh Ariffin dalam otaknya. Mungkin kerana terlalu banyak berfikir. " Ermm,, Finn- tak sorry... I mean.. Abang-"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now