Farish menguyah gula-gula strawberi di dalam mulutnya sambil tangannya bermain dengan telefon bimbit miliknya. Sesekali topi di atas kepalanya dibetulkan sedikit.
Langkahnya ingin menuju ke tempat kegemarannya. Di bawah pohon tempat dimana dia sering merehatkan dirinya.
Fizikal dan mental.
Namun dia tidak tahu berapa lama lagi mentalnya dapat bertahan apabila perkara pertama yang dia lihat apabila tiba di tempat tersebut ialah Ryna.
Makhluk- tak. Manusia yang kini secara rasminya telah bergelar penghuru hara, pembuat kacau dan pemusnah hari-harinya. Tapi tak lah seteruk seperti yang disangka.
" Hai, Rish!" Ryna tersenyum kecil sambil melambai-lambaikan tanganya ke arah Farish. Senyman di wajahnya tampak tidak bersalah. Namun di hati Farish, hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia mahu melarikan diri ketika ini.
Bukan kerana tidak suka dengan kehadiran Ryna...
Namun senyuman gadis itu tidak baik untuk dirinya.
Lebih-lebih lagi hatinya.
Sangat, sangat tak baik untuk hatinya.
Namun perasaan cepat-cepat dibendung oleh wajahnya yang tidak berekspresi. " Don't have class?"
Ryna menggeleng kecil lalu menghulurkan sebungkus roti tuna buat Farish. " Tak ada. Kelas batal. Awak pula?"
Tanpa menjawab soalan Ryna, Farish mengambil tempat di sisi gadis itu lalu membuka bungkusan rotinya. Topi yang dipakai dibuka lalu diletakkan ke bawah. Baru sekejap diletakkan, kelihatan Kuro sudahpun masuk ke dalam topi tersebut.
" Sir Loke absent." Jawab Farish selamba sambil memejamkan matanya. Rambutnya kini hampir menutup seluruh wajahnya. Sekali lagi, dia lupa hendak memotong rambut. ' I gonna cut this off soon..."
" Hmm?" Laju Ryna menoleh memandang Farish. Seolah-olah terdengar lelaki itu berbisik. Namun apabila lelaki itu dipandang, malah tidur pula Farish tanpa sebarang bunyi. " Dia ni kan...' Ryna mencebik kecil.
Namun sesekali, rambut panjang Farish dipandang. Rambutnya tidaklah terlalu panjang, cuma agak rimas juga dia lihat apabila rambutnya yang lebut dan keperangan itu menutupi wajahnya.
Tanpa sebarang amaran, Farish yang sudah hampir lena terasa kepalanya dipegang. Terasa rambutnya diusap. Apabila dia mencelikkan matanya, wajah Ryna benar-benar hampir dengan wajahnya.
Ryna terdiam seketika. Pandangan tajam Farish seolah-olah telah mengakukan badannya. Niatnya hendak menarik kembali tubuhnya ke belakang, namun badannya tidak bergerak seperti mana mindanya mahukan.
" What do you thing you're doing?"
Ryna tersentak kecil apabila Farish mula bersuara. Gelabah gadis itu mengundur ke belakang sambil menundukkan wajahnya yang kian merah. Malu. Sangat malu denagn tindakannya sebentar tadi. " So-sorryy..."
Baru saja Farish hendak membuka mulut lagi, tida dia terasa sesuatu dikepalanya. Terasa seperti bahagian depan rambutnya diikat ke belakang manakala rambutnya dibahagian bawah dibiarkan lepas. " Y-you..."
" Saya cu-cuma nak ikat rambut awak. Nampak semak. Takut awak tak selesa masa tidur nanti." Jelas Ryna sambil teragak-agak. Tersangkut-sangkut suaranya kerana menahan malu. " So-sorryy sangat! Saya pergi dulu!"
Sekali lagi, belum sempat Farish menyuarakan apa-apa, Ryna sudah melangkah pergi dari situ. Meninggalkan Farish terkapai-kapai ( sebenarnya tak pun ) sambil memandang gadis itu berlalu pergi.
Tiba-tiba, Farish menghela nafas kecil. Kuro yang berada di dalam topinya kini sudahun berposisikan kaki ke atas kepala di bawah. Nasib baik saja badannya yang kecil itu muat ke dalam topi tersebut. Kalau tidak, pastu buruk rupa kucing itu sekarang jika tidur dengan gaya itu.
" This girl always give me a hard time..." Bisiknya perlahan sambil menoleh memandang ke tempat lain.
Kuro yang kini agak-agak mamai denagn tidurnya dapat mengerling seketika memandang tuannya. Mulutnya dijilat-jilat apabila ternampak telinga tuannya yang kini kelihatan merah. Merah seperti udang yang dimasak.
Dalam kesepian sekeliling, Kuro kembali lena. Dibuai mimi udang goreng yang sebenarnya adalah wajah segan tuannya. " Meow."
*****
" Mana Vince?" Serentak Darwin, Damian dan Danial mengangkat bahu menjawab soalan Prince. Nampak gayanya, ketua kumpulannya itu menghilang lagi. " Dah lah malam ni show."
" Relax~, I bet he will come back before the show start." Kata Damian bersahaja. Pemain lead gitar ini semamngnya sering dengan perangai easy goingnya. Happy go lucky hingga ke sudah. Bagaikan tiada benda yang dia risaukan.
" Nial, teman aku jap." Ujaran Darwin membuatkan Danial menegakkan badannya. Pemukul drum ditangan digenggam erat. Jika Darwin yang menganjaknya teman, sudah tentu hanya ada satu sebab sahaja.
" Praktis dengan aku jap." Danial tersenyum girang. Sememangnya dia suka bermain dengan iringan gitar Darwin dan Damian yang bersahaja. Namun selalunya hanya Darwin saja yang rajin berlatih walaupun pada hakikatnya, Damian merupakan pemain gitar utama.
Prince yang melihat kelakuan mereka menghela nafas panjang. " Korang memang tak risaukan pasal Vince ke?"
" Nak risau buat apa?" Soal Damian kembali.
" Dia tahu lah balik nanti." Jawab Darwin pula.
" Lagipun, dia kan ketua kita. You should have some faith on him." Tambah Danial lagi. Walaupun mereka kehilatan terlebih santai, namun pada hakikatnya mereka memegang rasa percaya yang kuat terhadap ketua mereka. Jadi apa saja yang Vince buat, mereka akan iyakan saja.
Prince hanya mampu tersenyum kecil. Dia hampir lupa bahawa mereka hanya akan mendengar kata-kata Vince. " Okay then. Aslkan dia tak lupa yang dia 'hadiah utama' untuk pengnjung VIP kita nanti."
" Bam! "
Bunyi hentakan pintu yang didengari mereka membuatkan mereka serentak terhinjut bahu kerana terkejut. Hampir terjatuh juga telefon bimbit yang sedang dimain oleh Damian. " Dah kena-"
" Vince, asal muka kau merah?" Serentak denagn ujaran Prince, masing-masing kini menoleh memandang Vince, ketua kumpulan mereka yang muncul entah dari mana. Tiba-tiba saja timbul di hadapan pintu namun wajahnya kini kelihatan sedikit merah. " Don't tell me that you're sick..."
" No... Aku okay." Jawab Vince lembt dan perlahan. Dia menarik nafas panjang lalu melabuhkan drinya ke atas kerusi yang sudah disedia khas buat dirinya.
Darwin yang memerhati mula berasa sedikit hairan. " What's wrong with him today? Macam lain je." Serentak Damian dan Danial mengangkat bahu.
" Vince..." Namanya dipanggil lalu Prince menghulurkan cawan agar Vince dapat membasahkan tekaknya. " You sure you okay?"
Vince hanya sekadar mengangguk kecil. Sememangnya ketua kumpulan yang digilai ramai ini tidak banyak bercakap. Namun personaliti inilah yang membuatkan dirinya digilai ramai. Lebih-lebih lagi...
Mata biru keungguannya yang sangat jarang ditemui.
" Ke sebab dia lapar?"
" Ataupun sebab dia bosan sangat?"
" Aku rasa sebab dia kurang kasih sayang."
" Damian, Darwin, Danial, malam ni korang takkan buat show." Selamba Vince bersuara sambil meneguk air yang diberi oleh Prince
" No! Sorryy!" Serentak denagn itu, Prince tergelak kecil. Tak sangka mereka bertiga masih berani lagi bermain-main bersama Vince.
Sekali lagi, nafas kecilnya dihela. Badannya disandarkan sepenuhnya di kerusi. Sedang dia duduk diam memikirkan sesuatu, tiba-tiba wajahnya kembali merah. " Janganlah macam ni...' Ujarnya perlahan sebelum terlelap dek tiupan aircond yang mendinginkan kepalanya yang kini kusut.
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
MizahFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...