Bab 66

3.9K 373 12
                                    


    " So, what are we doing here actually?"

    Diana meneguk air liur kelat tatkala renungan tajam Rianna menusuk tajam ke arahnya. Dia sendiri tidak sangka bahawa dia berani mengajak salah seorang daripada pemegang saham terbesar di syarikat termuka dan juga anak kepada Tan Sri Hisham untuk bertemu dengannya.

    Lisa yang perasaan akan perubahan air muka Diana tertawa kelat. Dia sendiri kagum dengan keberanian adik kepada pasangan kembar Dani dan Danish ini namun keberaniannya itu tidak kekal lama sebaik saja renungan tajam dihadiahkan oleh Rianna.

    Sekali lagi, satu dengusan geram dilepaskan. Dia sangka bahawa dia bakal bertemu dengan Ryna disini, rupanya tidak. Dia hanya bertemu dengan seorang gadis biasa dan juga...

    Gadis OKU.

    " What do you want from me?" Sifat Rianna bukan lagi perkara biasa bagi sesiapa yang baru saja berjumpa dengannya. Semua sedia maklum bahawa puteri ini sememangnya mempunyai sifat dimana orang akan merasakan dirinya sombong dengan cara percakapannya yang sedikit pun tidak berbaur mesra.

    Malah ianya membautkan Diana terasa hendak berlari dari pergi dari situ sambil mengangkat kerusi rodanya.

    Kalau saja dia boleh lari dengan kakinya.

    " Sa-saya..." Badan Diana seolah-olah tidak dapat berhenti menggigil. Jujur, dia telah melakukan banyak kesalahan pada hari ini.

    Dia telah membuka telefon Ryna tanpa kebenaran. Dia telah menghubungi rakan-rakan Ryna tanpa izinya. Dia telah curi-curi keluar dari rumah tanpa pengetahuan semua.

    Mungkin lepas ini dia bakal dihalau sekali lagi.

    Melihat dari riaksi takut Diana, Rianna mengeluah kecil, sekali lagi. Nampaknya dia sudah terlalu berkeras dengan budak ini. " Okay sorry. I mean... I tak ada niat pun nak layan you macam tu."

    " E-ehh.. no.. Sa-saya yang salah sebab tipu akak. Bu-bukan Kak Ryn yang nak jumpa akak ta-tapi.. saya."

    " Dian..." Lisa meletakkan tangannya di atas kepala gadis itu agar dapat menenangkannya. Jujur dia katakan bahawa dia sendiri pun naik kecut perut berjumpa dengan Rianna secara depan-depan.

    Aura yang ada pada orang berkerjaya tinggi ini sememangnya kuat dan melemahkan lutut.

    Seakan-akan mendapat semangat dari Lisa, Diana mengangkat mukanya lalu memandang tepat ke wajah Rianna. Dia harus lakukan ini.

    Semua ini demi Ryna.

    " Ka-kak Rianna... Kak Ryn..."

    " Hmm?" Kening Rianna terangkat sedikit tatkala nama Ryna terbit di mulut gadis di hadapannya. " Kenapa dengan Ryna?"

    " Dia... Kak Riann tahu tak yang dia sakit?"

    " Sakit?" Kini, serentak Lisa dan Rianna membuka mulut. Ini merupakan kali pertama mereka mendengar bahawa Ryna sakit. Selama ini, Ryna kelihatan sihat dan okay saja.

    " Apa maksud Dian yang Kak Ryn sakit?"

    Melihat dari mereka berdua, nampaknya tiada siapa yang tahu tentang keadaan Ryna kini. Mungkin Ryna tidak memberitahu mereka, memandangkan dia sendiri tidak tahu tentang keadaan dirinya sendiri.

    " Kalau macam tu... Dian nak bagitahu Kak Lis dengan Kak Riann satu benda."

*****

   Farish menggengam erat telefon bimbit di tangannya. Nampaknya hari yang ditunggu-tunggu hampir tiba.

    Lagi dua hari... Dia bakal meninggalkan semua benda yang ada di sini dan mengejar apa yang dia inginkan selama ini.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now