Bab 31

4.6K 428 10
                                    


    Di sebalik dinding konkrit, Vince mengintai perlahan sambil matanya memerhati sekeliling. Wajahnya tenang, namun jantungnya hanya Tuhan saja yang tahu betapa berdebarnya apabila dirinya tiba-tiba saja menjadi sasaran peminat.

    Benda paling menakutkan baginya adalah apabila dikejar. Dia tidak akan dapat jangka apa yang akan jadi jika dirinya ditangkap salah seorang mereka. 

    Itupun kalau salah seorang.

    Bagimana mana pula dengan kini?

    Apabila seluruh stadium telah menjadikannya sebagai sasaran?

    " Aku nak balik..." 

    Serentak dengan itu, mereka berdua segera menoleh memandang sesama sendiri. 

    Sekali lagi, mata mereka bertentangan.

    Ryna tergamam. Tidak sangka pula dia akan bertembung dengan Vince disini. Dan tidak sangka pula keluhannya tadi serentak dan sama dengan jejaka idaman dunia ini. Tidak semena-mena, wajahnya lantas berubah merah. " Sa-saya.. saya!"

    " Sorry. I didn't mean any harm." Jelas Vince walaupun pada hakikatnya, dia hanya menyembunyikan kegelabahannya disebalik wajahnya yang tenang. Tidak sangka pula dia akan berjumpa denagn gadis ini sekali lagi.

    Suasana sepi melanda mereka berdua. Masing- masing tidak tahu apa yang patut diborakkan. Namun mungkin ini lebih mudah bagi Vince memandangkan dia sememangnya jenis yang pendiam.

    " A-awak bukan ada show ke dekat dalam?" Soal Ryna sebagai pembuka bicara. Namun apa yang diharapkannya tidak terjadi apabila Vince hanya mendiamkan diri dan termenung memandang langit gelap yang dipenuhi bintang.

    Hampir saja gadis itu berputus asa, namun sebaik saja Ryna hendak memutuskan untuk beredar dari situ, Vince mula bersuara. " Thank you."

    Hampir tersungkur juga Ryna dibuatnya apabila ayat itu tiba-tiba saja keluar dari mulut lelaki itu. Vince juga sudah berada di dalam posisi dimana dia sudah bersedia hendak mengangkap gadis itu jika dia terjatuh. Nasib baik saja dapat cover.

    " Ke-kenapa?"

   Selamba, lelaki yang masih lagi bertopeng separuh itu mengangkat bahu. Membiarkan Ryna terpinga-pinga sendirian pabila melihat jawapan Vince. 

    Sekali lagi, sepi menemani mereka. Nmaun sesekali, Ryna mengerling memandang Vince dengan ekor matanya. 

    Nampaknya lelaki itu amat sukakan langit. Mungkin bintang. Ataupun mungkin dia hanya bosan semata-mata. Tapi apabila lihat dari dekat, Vince semamangnya layak memegang anugerah ' Lelaki yang ingin dijadikan Teman Lelaki ' setiap tahun apabila majalah terkemuka mengangjurkan anugerah ini.

    Lihat sajalah gayanya yang bersahaja. Perwatakannya yang cool dan pendiam. Pandangannya yang tajam dan redup. Gaya dan fesyennya yang amat diminati semamngnya akan menciarkan hati siapa saja yang memandang.

    Tanpa Ryna sedari, Vince perasan bahawa dirinya diperhati. Namun pandangan gadis ini agak berbeza dengan pandangan gadis lain.

    Gaya pandangan kagumnya sama dengan gadis lain.

    Gaya pandangan terujanya sama dengan gadis lain.

    Habis tu apa yang berbeza?

    Jika gadis lain memandangnya denagn penuh nafsu dan keinginan untuk mendekatinya, ( pfftt ) Gadis ini pula lebih kepada...

    Gaya pandangan yang teruja apabila melihat sang badut memegang belon yang sudah siap sedia untuk diedarkan kepada budak-budak.

     Ya. Pendek kata, gadis ini persis seperti budak-budak.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now