" What the hell..."
Khairul mengerut kuat dahinya apabila kelibat seseorang yang kini berada di depan matanya menunjukkan aksi yang agak...
Menghairankan. Ganjil. Mencurigakan.
" Macam mana ni?!" Jauh di sebuah sudut, kelihatan Ryna sedang menggengam kuat rambutnya sambil menyangkung ke satu arah bertentangan dengan Khairul. Nampaknya dia masih lagi belum sedar akan kehadiran lelaki yang amat dibencinya itu. " What should I do?!"
" Ryna, awak-"
" Apa yang patut aku buat ni?! Macam mana kalau..." Ryna terdiam seketika. Kini, kepalanya yang dari tadi memandang tanah kini diangkat. Matanya bulat memandang ke hadapan. " Macam mana kalau dia salah faham?!"
Khairul mengusap perlahan dadanya. Hatinya terasa ditusuk sembilu apabila sedar bahawa benci Ryna terhadapnya sangat tinggi sehinggakan gadis itu sanggup menafikan ketidak wujudan dirinya yang berada berhampiran dengannya. " This is so frustrating..." Bisiknya perlahan.
Niatnya hanya mahu lepak disini bersama Farish, memandangkan sejak dia kembali ke tanah air, masanya bersama Farish semakin berkurang.
Lebih-lebih lagi sejak Farish suka mula berkerja dengan 'dia'.
Tapi apa yang diharapkan, lain pula yang jadi. Dia boleh dikirakan beruntung juga sebenarnya.
Yang dicarinya Farish, namun apa yang dia jumpa ialah gadis yang disukainya.
Akan tetapi, bunyi tidak akan terhsil jika hanya bertepuk sebelah tangan.
Cinta takkan terjadi jika ianya tidak disambut oleh salah seorang.
Tambahan pula apabila yang lagi seorang itu mempunyai perasaan benci.
Sayonara, boku no aisuru hito.
Okay, abaikan.
" What are you doing?"
Serentak mendengar suara itu, Ryna dan Khairul menoleh memnadnag ke belakang. Masing-maisng mempamerkan wajah gembira dan berbunga-bunga. Inilah dia orang yang mereka tunggu selama ini!
Namun sebaik saja mata Ryna bertentangan dengan mata Khairul, segera Ryna berlari, menyorok di belakang Farish yang baru tiba dengan wajah sedia poker face nya itu. Giginya diketap kecil. Lagaknya kini persis seperti kucing yang sedang bergaduh dengan bulunya yang meremamang. " Shuhh! Jauh sana-sana!"
" Wha... Kenapa saya yang kena-"
" Rish! Dia tak nak pergi!" Kini, hujung baju Farish ditarik kecil. Wajah Ryna benar-benar kelihatan sedang marah dengan mulut muncungnya. " Halau dia!"
Mata Khairul membulat memandang Ryna, dan kini, dia beralih memandang Farish. Jelas kelihatan wajah kasihan yang dipamerkan di wajah Khairul. Seperti anak anjing yang cuma meminta simpati dengan puppy eyes miliknya.
Ryna kucing, Khairul anjing. Hah, bagus sangat lah tu.
" Far, kau takkan halau aku kan? Aku-"
" Khai."
Khairul terdiam seketika sambil memandang wajah batu Farish. Dia tahu, walaupun Farish berperwatakan dingin, namun hatinya baik dan selalu menolong kawannya. Sudah pasti Farish tidak akan menghalau-
" Shuh, go away."
" Farish!!!" Teriakkan kesengsaraan Khairul membuatkan Ryna tersenyum jahat. Puas hatinya melihat gelagat Khairul begitu.
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
HumorFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...