Bab 13

5.5K 501 20
                                    


    Ryna berguling-guling di atas tilamnya sambil memeluk bantak kesayangannya. Sekali lagi, jika ada pertandingan berguling, pasti dia telah menjadi juara dunia.

    Masa yang ditunggu hampir tiba Semuanya telah tersedia. 

    Makanan. Snek. Air minuman. Komputer riba dan rangkaian internet yang laju. Ya, WiFi yang laju akan membuatkan malam ini penuh bermakna.

    5 minit lagi sebelum ianya bermula. Ryna sudah mula meringankan jarinya menekak halus papan kekunci komputernya. Laman sesawang Youtube ditekan.

    Di kolum 'carian', Ryna menaip sesuatu yang akan terus membawa ke laman utama pemilik akaun yang dicarinya.

    The Noizers.

    Sesekali kali kedengaran Ryna menjerit kecil, seolah-olah 'fangirling' apabila kesemua video band kesukaannya itu keluar. 

   Siapa yang tidak kenal akan sekumpulan lelaki kacak ini? Walaupun wajah ditutup dengan topeng parade yang dihias indah, namun karisma mereka tetap menyerlah.

    Dengan gaya tarian dan rentak lagu yang mengasyikkan kesemua penonton, The Noizers berjaya meraih perhatian dunia sejak 3 tahun yang lepas. Kini, mereka telah diiktiraf sebagai band kegemaran dunia.

    Ryna sekali lagi menjerit kecil. Kesemua lima lelaki ini berjaya menambat hatinya.

   Prince, pemain gitar bass kumpul The Noizers merupakan pencair hati wanita teragung. Dengan kenyitan mata dan suaranya yang seksi, tiada siapa dapa terlepas dari pandangan panasnya.

   Manakala pemain drum, Danial pula menambat dengan tariannya yang bertenaga dan suaranya yang serak-serak basah. 

    Damian, pemain lead gitar tampak rancak dan tangkas apabila tariannya digandinkan dengan Darwin, seorang lagi pemain gitar yang selalu merancakkan suasana dengan petikan gitar bersahaja namun mengasyikkan mereka.

    Tetapi, mereka boleh dikatakan bukan sebab utama mengapa Ryna dan para gadis lain meminati kumpulan The Noizers ini. Terdapat satu sahaja sebab mengapa Ryna sanggup menonon kesemua konsert live mereka melalui Youtube walaupun waktu sudah jauh malam.

    Vince.

    Ketua kumpulan dan juga vokalis utama kumpul The Noizers. Bukan saja suara yang merdu dan lembut, bahkan hanya pergerakan dan lirikan matanya saja sudah mampu menumbangkan mana-mana gadis yang melihatnya. Ditambah lagi dengan matanya yang amat unik warnanya.

    Biru keungguan.

    Ryna sekali lagi terpesona. Setiap kali mata lelaki bertopeng itu bertentangan dengan kamera, Ryna dapat merasakan bahawa Vince memandang tepat ke dalam matanya. Semakin lama dia menatap, Ryna semakin hanyut di dalam lautan berwarna biru keungguan itu.

    Sesekali Ryna menekup wajahnya dengan bantal. Bahang di wajah semakin terasa. Ini baru tatap Vince di video. Jika dia menatap lelaki ini berhadapan, mahu pengsan dibuatnya.

    Ryna mengeluh kecil. " Hari ni konsert diorang dekat Singapore. Lepas ni dekat Malaysia pula..." Tangannya mengusap kecil sebuah bekas berhampiran dengannya dengan pandangan mata yang sayu. Bekas yang dipenuhi dengan pelbagai jenis ubat itu dipandang lama. " Dapat ke aku pergi?" Bisiknya perlahan sambil memejamkan matanya.

*****

    " Mor- Ryn?" Ariffin memandang hairan wajah Ryna apabila dia baru saja melangkah masuk ke dalam kafeteria. Nampaknya gadis itu masih lagi tidak sedar akan kehadirannya. " Kenapa dengan dia ni?"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now