Bab 61

3.9K 419 43
                                    


     " Lawa gila baju tu!" Segera, Dani dan Danish berlari menuju ke arah sebuah kedai yang khursus menjual sweatshirt dan hoodies. Pakaian seperti ini benar-benar menjadi kegemaran mereka berdua.

    Termasuk Farish.

    " That sweatshirt is nice." Meninggalkan Syafiq dan Ariffin sendirian, Farish mengangkat kakinya lalu menuju ke arah pasangan kembar.

    Serentak, Ariffin dan Syafiq memandang sesama sendiri.

    Nampaknya Farish berkelakuan pelik hari ni.

    " You know what...?"

    " Ye, aku tahu. Farish pelik hari ni." Ariffin mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh Syafiq. Sejak pulang dari kafe Pak Cik Roslan semalam, kelakuan Farish semakin ganjil. Tiba-tiba seperti terlebih bergaul pula dengan mereka.

    Selalunya Farish akan duduk diam-diam di atas sofa biliknya ataupun di taman bunga dengan gitar di tanganya.

    Tapi semalam, mereka makan bersama-sama, menonton televisyen sama-sama. Malah yang plaing mengejutkan...

    Dia mendengar sahaja cerita Ariffin tentang bagaimana dia mengorat seorang gadis baru-baru ini.

    Sumpah, mereka hampir menelefon pak ustaz yang mahir berubat dari kampung Syafiq.

    Tapi yang menghairankan mereka adalah...

    Dia dan Khairul, nampaknya tidak berapa rapat semalam.

    " Finn! Fiq!"

    " Woi! Kau dari mana?!"

    Khairul tersengih kecil sambil tangannya memegang sebungkus biskut cokclat chip Famous Amous. Memandangkan Khairul telah keluar dari rumah awal pagi ini, nampaknya ini merupakan kebetulan mereka bertembung di sini.

    Dia sendiri tidak tahu bahawa mereka semua ini rancang untuk keluar berjalan.

    " Aik? Tak tahu pula korang nak keluar jalan-jalan?"

    " No lah. Kitaorang keluar ni pun sebab Farish yang ajak."

    Terangkat kening Khairul sambil jarinya menunding ke arah Farish yang kini sedang membuat pembayaran di kaunter. " Serious lah weyh?!"

    Sekali lagi, Ariffin dan Syafiq mengangguk kecil. 

    " Kau tak tahu apa yang jadi ke?" Soalan Ariffin membuatkan Khairul sedikit hairan lalu menggelengkan kepalanya. " So, nampaknya memang kita semua tak tahu punca dialah."

    " By the way, kau buat apa kat sini?"

    " Heheh... aku..."

    " Khai!"

    Syafiq tersembur minumannya ke wajah Ariffin yang turut sama membuntangkan matanya apabila melihat kelibat Ryna..

    Manakala Ryna pula terpaksa brek mengejutkan dengan menggunakan kakinya sebagai penahan.

    Masing-masing mula bertentangan mata sesama sendiri.

    Kecuali Ariffin.

    Dia kini sepertinya sedang memegang dendam kesumat terhadap Syafiq.

    " Kau buat apa dekat sini?" Soalan Syafiq hanya mampu dibalas dengan sengihan bagaikan kerang busuk oleh Ryna. Dia terlupa bahawa dia langsung tidak memberitahu seisapa tentang hubungannya dengan Khairul.

    Melainkan Diana. Ya, susah hendak menyembunyikan perkara dari gadis itu.

    " Err... Saya.."

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now