" Comment etait ta journee? ( Macam mana hari awak hari ni? )" Satu senyuman lebar dihadiahkan buat Farish walaupun dia sedar akan hakikat bahawa senyumanya itu tidak akan dibalas.
Farish hanya mengangguk kecil. Dia hanya akan membuka mulut untuk menjawab yang perlu sahaja. Memandangkan dia datang ke majlis ini bukan atas kerelaan dirinya.
Seperti yang semua tahu, Farish sangat tidak sukakan tempat yang mempunyai ramai orang.
Lydia mengerut dahi kecil apabila melihat layanan selamba Farish terhadap salah seorang pemilik syarikat terbesar di Perancis itu. Bukannya Farish tidak tahu bahawa betapa pentingnya lelaki ini bagi syarikatnya nanti. " Rish, you-"
Belum sempat Lydia menghabiskan ayatnya, dia tersentak kecil tatkala Farish memandnagnya dengan pandangan maut. Pandangan yang tiba-tiba membuatkan dia berasa kecut perut sehinggakan dia tidak mampu untuk bertentangan mata dengan lelaki itu.
" Don't call me that name."
" But-"
" Alors, tu es venu? ( Jadi, kau dah datang? )"
Farish menoleh kecil untuk melihat pemilik suara tersebut sebelum dia kembali memandnag ke hadapan. Nampaknya, 'boss besar' sudah sampai. " Salutations, duc. ( Selamat sejahtera, duke. )"
Sapaan Farish dibalas dengan sengihan kecil dari Duke Eugene. Bukannya Farish tidak tahu bahawa kedatangannya ini memang tidak dialu-alukan. " Salutations... Comment aimez-vous votre vie en France? ( Macam mana kau suka kehidup kau sekarang, di Perancis?)"
" C'est bien. ( okay je ). Juste... ( cuma )" Farish meletakkan minumannya ketepi, kini, dia memandang Duke Eugene tepat ke dalam matanya. " It would be better if i can live in my OWN home."
Giginya diketap kuat, dahi Duke Eugene kini berkerut seribu. Nampaknya budak ini memang mempunyai motif tersembunyi. " Tu ne dois jamais appatenir ici! ( Kau tak akan pernah layak berada di sini ) Arrete de rever! ( Jangan mimpi lah )"
" Hehh~, why not? Lagipun... Istana ni kan milik mak aku?"
*****
Satu keluhan panjang dilepaskan sebaik saja Ryna merehatkan dirinya di atas katil empuk. Akhir, setelah perjalan yang panjang, mereka kini tiba jua di salah sebuah hotel ternama di Perancis.
" You nak rehat dulu? Lagipun hari dah malam ni." Rianna yang berada tidak jauh dari Ryna kini sibuk memunggah bagasi mereka untuk menyusun pakaian ke dalam almari. " Atau you nak makan dulu? I dengar the foods here are the best!"
" Hahaha." Tawa kecil berjaya dihasilakn oleh Ryna apabila dia melihat kelakuan Rianna. " Bagi saya rehat dulu boleh? Nanti kita pergi makan sama-sama."
" Alright! No problem."
Ryna tersenyum kecil sambil melihat kelibat Rianna menghilang memasuki bilik air. Nampaknya mood Rianna baik hari ni. Memandangkan Adam, tunangnya juga berada di sini, dan mereka berdua bakal bertemu esok.
Ahhh... Untungnya Rianna.
Dagunya ditongkat lalu Ryna melemparkan pandangannya ke luar tingkap, melihat langit malam yang dipenuhi bintang.
Mengapa langit indah ini kelihatan muram baginya?
Macam-macam yang telah terjadi sepanjang kepergian Farish selama 2 bulan. Bahkan kisah dirinya yang tidak pernah dia ketahui kita telahpun didedahkan.
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
HumorFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...