Bab 64

3.9K 369 20
                                    


    " Tolong... Jangan tinggalkan saya..."

    Farish segera mencelikkan matanya. Wajah dan badannya lecun dibasahi peluh walaupun penghawa dinginnya berfunsi dengan baik.  Nafasnya turun naik. Sungguh tidak teratur seakan-akan dia baru berlari marathon sejauh 20 kilo meter.

    Badannya mengigil kuat seakan-akan dia baru lepas berjumpa dengan sesuatu yang amat menakutkan. Air matanya mengalir tanpa dia sedari.

    Sungguh, dia benar-benar tidak sangka bahawa mimpi itu akan muncul lagi dalam tidurnya.

    Mimpi tentang seorang gadis yang tunangnya meninggal kerana kemalangan langgar lari.

    " The hell..." Farish melepaskan helaan nafas berat berkali-kali. Suara sayu gadis itu seolah-olah menyuruhnya untuk jangan meninggalkan dirinya bersendirian. Seolah-olah tidak mahu lagi ditinggalkan.

    Namun, siapa perempuan di dalam mimpinya ini?

    " Far?"

    Laju kepala Farish menoleh memandang Ariffin yang tiba-tiba terjaga di atas sofa. Tidak sangka pula dia telah membuat Ariffin si Sleeping Beauty itu terjaga dari lenanya.

    Sedangkan selama ini tidur Ariffin lebih mati dari semua orang yang pernah dia kenal.

    Tanpa bercakap banyak, Ariffin lantas mencapai cawan yang berada di meja berhampiran dan menuangkan air ke dalamnya. Langkah laju menuju ke arah Farish yang berada di atas katil.

    Sorry, Fiq, Nish and Dan. Aku terpaksa langkah kau.

    " Here. Minum dulu."

    Farish menggeleng kecil. Dia tidak mahukan air. Apa yang dia perlukan kini adalah...

    Seseorang yang boleh menenangkannya.

    Sekali lagi, perasaan risau mula mengulit jiwa Ariffin. Jujur dia kata, melihat Farish menangis bukan lagi perkara yang mengejutkan baginya.

    Dia tahu bahawa Farish selalu terjaga pada waktu malam sambil menangis apabila dia bermimpi buruk tentang kemalangan tragik itu. Bahkan dia selalu terjaga, namun berpura-pura untuk tidur agar lelaki itu mempunyai masa untuk menenangkan dirinya.

    " Far..."

    " Aku minta maaf..." Farish memeluk kuat lututnya sambil wajahnya disembam ke bawah. Air matanya seolah-olah tidak mahu berhenti menitis. Tidak tahu mengapa, perasaan kesal dan marah bercampur baur di dalam dirinya. " Aku minta maaf..."

    " Kenapa?"

    " Aku sakitkan hati El. AKu dah lama tahu dia adik kau, tapi aku tetap tak dapat jaga adik kandung sahabat baik aku sendiri denagn baik. Aku sakitkan hati dia. Aku lukakan perasaan dia. Aku-"

    Tanpa menunggu bicara Farish selesai, Ariffin lantas merangkul bahu lelaki itu lalu memluknya kuat. Keadaan mental Farish yang tidak stabil menyebabkan lelaki ini merapu pelbagai benda.

    Walaupun asalnya Farish adalah lelaki yang sangat pendiam, namun apabila terjadi perkara begini...

    Ariffin baru sedar betapa lemah Farish sebenarnya.

    " Aku yang patut mita maaf. Kau tak salah, Far. Kau tak salah. Kau tersepit, kau tak tahu apa yang patut kau buat."

    " Tapi.. Aku... El dia.. El..."

    Pelukan Ariffin bertambah kuat tatkala badan Farish semakin kuat menggigil. Nampaknya mimpi tadi benar-benar memberi impak yang besar buatnya. " Ryna tu adik aku. Aku pasti, lama kelamaan dia akan faham apa yang sebenarnya terjadi."

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now