Ryna memandang ke kiri dan ke kanan. Perasaan takutnya semakin menjadi-jadi. Bukannya takut dengan hantu, namun takut dengan siapa sebenarnya dia bakal berjumpa.
Tiada seorang manusia pun di sekeliling kawasan perkuburan tersebut. Tidak tahu pula lah dengan orang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
" Serious lah aku kene jumpa orang dekat sini?"
Mengikut pesanan abangnya tadi, dia hanya perlu mengikut jalan ini untuk bertemu dengan orang tersebut. Namun, berapa jauh lagi harus dia berjalan? Bukit dihadapannya kelihatan makin lama makin jauh.
Pandangannya semakin kabur. Mungkin kerana cuaca yang semakin panas yang membahangkan dirinya, memandangkan Ryna jenis yang tidak tahan panas.
" Lama lagi ke nak sampai?" Hampir dia berputus asa, Ryna menghentikan langkahnya sambil menarik nafas panjang. Namun sebelum dia berputus asa sepenuhnya, satu bunyi yang amat dia kenali kedengaran.
" Meow."
" Ku-Kuro...?" Perlahan-lahan, Ryna meneguk air liurnya. Kini dia tahu, dengan siapa yang dia bakal berjumpa.
Jika dia berjumpa dengan Kuro...
Pasti Ryna akan berjumpa dengan 'dia'.
" Ini ke yang Abang Finn kata nak tolong?" Kini, tangannya menggengam penumbuk kecil. Rasa geram membuak-buak di dalam dirinya. Sudah berulang kali dia katakan bahawa lelaki itu tidak akan wujud lagi dalam hidupnya. " Aku nak balik-"
" Kau betul-betul dah bencikan aku?"
Ryna tersentak seketika. Suara ini, dia kenal.
Amat dia kenali.
Badan Ryna seakan-akan menggigil. Matanya ditahan muatiara jernih tidak mengalir. Hati cuba menidakkan apa yang dia dengar, namun semuanya tidak berjaya.
Kenapa perlu sekarang? Kenapa perlu pada sata dia sudah membuat keputusan untuk melupakan segala, dia kembali ke dalam kehidupannya?
Kenapa dia selalu muncul tatkala fikirannya cuba untuk melupakan segala-galanya?
Perlahan-lahan, Ryna menoleh kebelakang.
Mata mereka saling bertentangan. Masing-masing mendiamkan diri Ryna mula membuka suara. " Farish..."
*****
Pemandangan indah pada petang itu menenangkan jiwa Farish. Tin minuman di tangannya digenggam erat, masih belum dibuka. Nampaknya, sudah lama dia tidak merasakan perasaan yang tenang seperti ini.
Perasaan tenang apabila berada berhampiran dengan gadis yang dia cintai sepenuh jiwanya.
" A-awak nak apa dari saya?"
Farish mencelikkan matanya tatkala gadis di belakangnya mula bersuara. Dan pada ketika itu, dia mula sedar. Situasi dia dan Ryna kini tidak sama seperti dulu.
Mereka bukan sedang menghabiskan masa di bawha pohon rendang, berdiam diri dan menikmati suasana nyaman bersama.
Namun mereka kini sedang berperang jiwa dan emosi. Bahkan mungkin ini kali terakhir mereka bertemu.
" I'm sorry, if i scared you. I mean... Aku ajak kau datang sini, tanah perkuburan."
"Memang pun. Tapi... Saya ingat..."
" Yang aku tak akan balik Malaysia lagi? Yeah, this maybe the last time I'm here." Satu henbusan nafas berat dilepaskan, sudah lama berdiri kini Farish mengambil keputusan untuk duduk di bangku berhampiran. " Come here, have a sit."
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
HumorFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...