Bab 52

4.1K 396 73
                                    

   " Aku rasa aku tak boleh nak pergi dekat dengan meja tu."

    Diingatkan apa yang kawannya kata hanya propaganda semata-mata, rupa-rupanya, ianya adalah kebenaran disebalik hyperbola yang melampau.

    Banyak mata yang memandang ke meja bernombor lima yang betul-betul berada di bawah pohon rendang. Berbanding meja lain, meja itu kelihatan lebih bersinat dan bercahaya.

    Mungkin kerana adanya bidadari dan bidadaran dunia yang sangat menawan.

    Tanpa mereka sendiri sedari, Ryna dan Farish masih lagi asyik menikmati makanan mereka. Seperti yang dijangka dari kafe bertaraf tinggi. Makanannya tidak pernah mengecewakan.

    " Rish." Mata Farish mengerling memandang Ryna sambil mulutnya menguyah enak Spegetti Calbonaranya. Setia dia menunggu dan mendengar apa yang hendak dikatakan oleh gadis itu, namun apa yang dia dapat, hanyalah sebuah senyuman manis. " Nothing. Just...  Lama tak jumpa..."

    Kunyuhan mulut Farish terhenti seketika sebelum dia sambung menguyah kembali. Matanya sesekali memandang Ryna yang asyik memakan menu yang sama dengannya. Jujur, dia juga sudah lama tidak berjumpa Ryna.

    Bahkan... Mungkin dia rindu.

    " Me too."

    Ryna terdiam seketika. Dia tidak terus mendongak memandang Farish, namun dia tersenyum kecil. Dia sangat gembira.

    Gembira kerana bukan hanya dia yang merindui lelaki ini.

    " So lepas ni awak kena teman saya jalan-jalan! Orang kata dekat sini ada air krim Pakistan..."

    " Ais krim Pakistan?"

    " Yeah! Ais Krim Pakistan! Yang diorang suka sangat main-main dengan ais krim tu."

    " Idiot." Dari riaksinya saja, Farish dapat mengagak bahawa Ryna tergamam apabila dia berkata begitu. " It's Gelato. Not ais krim pakistan."

    " Di-diamlah! Manalah saya-"

    " Hai handsome~"

    Akibat terkejut, serentak Farish dan Ryna menoleh ke sisi. Seorang perempuan yang berpakaian agak seksi kini tersenyum gatal memandang Farish. Dari atas hingga ke bawah Farish dilihatnya. 

    Ryna cuba untuk menoleh, mengalihkan pandangannya. Dia sendiri terasa malu memandang perempuan berpakaian seksi begitu. Namun, ianya lain bagi Farish.

    Dia dengan muka selamba dan batunya hanya memandang terus ke arag perempuan tersebut. Ryna sendiri tidak tahu apa yang bermain di fikiran lelaki tersebut.

    " You sorang je ke? How bout I temankan you?"

    Lenggokan suara manja gadis ituu seakan-akan menimbulkan api kemarahan di dalam diri Ryna. Apa dia ni batu ke apa di sini? Tak nampak bahawa Farish sedang makan dengannya?

    " Ehem! Excuse me."

    Seolah-olah terkejut, gadis tersebut membeliakan matanya lalu tersenyum sinis memandang Ryna. " Oh, sorry. Tak perasan adik you ada sekali dengan you."

    " Saya bukan adik dia." Ryna bersuara lagi. Dia sememangnya geram denagn perempuan ini, tapi dia lagi geram dengan Farish.

    Kenapa dia sedikit pun tak bersuara?! Takkan sudah tergoda dengan perempuan murah ni?!

    " You're so sexy."

    Dengar saja pujian keluar dari mulut Farish, serta merta senyuman lebar terukir di bibir perempuan tersebut. Sudah lama dia perhatikan Farish dari tadi. Kecantikan dan keindahan wajah Farish sukar untuk dia elakkan. " Whoaa really? Thanks so mu-"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now