Bab 26

5.1K 418 15
                                    


    Ryna memandang helaian tiket di tangannya, lama. Mungkin sidah hampir satu jam juga dia menelaah tiket tersebut. Dia sendiri tidak tahu apa yang difikirkan.

    Apatah lagi Farish yang memerhatinya daripada tadi.

    Tiba-tiba, sat keluhan berat dilepaskan oleh Ryna. " Nah lah, awak amik balik tiket ni."

    Seolah-olah tidak mahu melayan kerenah Ryna, Farish tidak endah dengan perangai gadis itu. Ini sudah masuk lima kali dia ingin memulangkan kembali tiket ini namun cepat-cepat dia menarik kembali.

    " Tapi ni tiket VIP. Bukan senang nak dapat... Tapi..." Sekali lagi, keluhan dilepaskan.

    Farish yang dari tadi hanya mampu memerhati kini mengerling memandang gadis di hadapannya itu. Susu panas bersama madu di hirup perlahan. 

    Tiba-tiba, hatinya terasa menyesal.

    Jika dia tahu dia bakal bertemu Ryna di sini, pasti dia tidak akan datang ke kafe Pak Cik Roslan ini. Bertemu dengan gadis ini hanya membawa kejadian tak senang buat dirinya.

    Terutama sekali hatinya.

    Sangat, sangat tak baik buat hatinya.

    Malas dia hendak melayan gadis itu lagi, Farish melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Mengenangkan nasib sejak bila tempat duduk kegemarannya ini turut sama dikongsi oleh Ryna.

    Sudah lah kasih sayang Kuro dia harus berkongsi.

   Tempat kesukaan bawah pohonya pun sama.

   Air kegemarannya pun sama.

   Ini pula tempat duduk kegemarannya di kafe.

    " I'm sick of it." 

    Bahu Ryna terhinjut sedikit tatkala Farish tiba-tiba saja bersuara. Sudah lama lelaki itu mendiamkan diri namun apabila dia bersuara, tiba-tiba saja kedengarannya seolah-olah mengeluh. " A-awak kenapa?"

    Farish terkejut kecil. Cepat-cepat matanya mengeling memandang Ryna walaupun dagunya kini diletakkan ke atas meja, manakala tangannya memeluk tengkuknya. " Don't mind me."

    Ryna menahan gelaknya. Nampak sangat Farsh tidak berniat untuk bersuara namun suara hatinya berbicara lebih kuar dari mulutnya.

    Ini lah orang kata, ikut hati, mati.

    " What are you laughing at?"

    " You." Selamba Ryna menjawab sambil menunding ke arah Farish. Gelaknya yang tadi ditahan kini terus dihembur keluar. " Kelakar lah awak ni."

    " Aha  ha  ha..." Jawab Farish sambil cuba untuk gelak tak ikhlas, dengan wajah poker face miliknya. Langsung tak menjadi gelaknya itu.

    " Rish..." Kini perlahan-lalahn Ryna memanggil nama Farish. " Tak apa ke, saya amik tiket ni?"

    " Do I look like a fan?" 

    Laju Ryna menggeleng. Sekali pandang pun tahu Farish tidak akan suka dengan kumpulan ataupun band. Mungkin ada, namun semestinya buka The Noizers.

    Namun dengan memberi dia dan Lisa tiket VIP adalah satu perkara yang sangat besar. Dia tidak tahu ke beratus- Tak, mungkin beratus ribu orang yang menggila hendak mendpatkan tiket VIP konsert The Noizers ini.

    Farish yang sedar akan ketidak selesaan Ryna tu menghela nafas kecil. " It's okay, El." Ryna mengangkat kepalanya memandang Farish apabila lelaki itu berbicara. " Just enjoy yourself that night, okay?"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now