Epilog : Farish & Ryna

3.8K 330 28
                                    

        " Ermm.. Rish nak makan apa-apa?"

       " No, thanks." Tanpa menoleh, selamba Farish menjawab soalan Ryna sambil tangannya menyelak helaian muka surat ditangan.

    Ryna menghembus nafas kecil sambil memuncungkan mulutnya. Buku yang dibaca Farish kini merupakan salah satu penghalang komunikasi di antara mereka. Jika buku itu tidak wujud, pasti hubungan mereka lebih rapat.

    Tak. Tipu je. Kalau buku tu tak ada, mamat terencat emosi ni ada berlambak lagi buku yang boleh dia baca, siap ada perpustakaan lagi dalam rumah ni.

    Ryna berdehem kecil. Dia tidak akan mengalah. Dia akan cuba lagi sekali. 

    " Ermm... Rish tak nak keluar hari ni? Kita dah lama tak-"

    " Today is my very first off day in this month. Boleh tak kalau nak duduk rumah je?"

    Sekali lagi, jawapan Farish mematikan bicara Ryna. 

    Tanpa membalas kembali, Ryna hanya mamu akur dan menyepikan diri sambil otaknya berfikir ligat.

    Perasaannya sahaja ataupun memang dia rasa bahawa Farish sudah semakin jauh darinya?

    Sudah hampir dua bulan mereka bernikah, namun tidak sekali pun Farish bermanja atau memanjakan Ryna. Rapat seeprti suami isteri lain apatah lagi. Kehidupan harian mereka tidak ubah seperti kehidupan bujang mereka. 

    At least untuk Farish.

    Kehidupannya tidak banyak berubah walaupun setelah bernikah.

    Pagi bekerja sehingga petang, bahkan lewat malam. Hujung minggu pula masa untuk dia berteleku di studio muzik miliknya, memandangkan namanya sebagai pemain violin dan juga kumpulan The Noizers semakin melonjak naik ke persada antarabangsa.

    Manakala Ryna pula?

    Bangun awal pagi menyiapkan sarapan walaupun jarang dijamah oleh suaminya. Setia menunggu kepulangan Farish sehingga lewat malam namun dibuat tidak endah sahaja oleh lelaki itu.

    Tipulah jika dia kata tidak pernah sekali pun terlintas di kepalanya bahawa dia meragui cinta Farish terhadapnnya. 

    Mungkinkah, Farish menikahinya atas dasar kasihan dan simpati?

    Ataupun sekadar untuk melarikan diri dari bernikah dengan bekas tunang yang diaturkan oleh ayahnya dahulu?

    Sedang dia hanyut dalam fikirannya, Farish mengintai di sebalik bukunya. Sudah agak lama isterinya terdiam situ sambil termenung, apa agaknya yang sedang dia fikirkan?

    Baru saja dia hendak membuka mulut, menegur Ryna, lantas isterinya bangun meninggalkan dia seorang diri di situ.

   Pintu belakang dibuka lalu Ryna menyorok di sebalik rimbunan bunga yang terdapat di taman belakang rumahnya. Taman yang ditanam sendiri oleh Farish ini sememangnya merupakan tempat kegemarannya untu bersantai, kebiasaannya sementara menunggu Farish pulang dari kerja.

    Namun sejak kebelakangan ini, tempat ini sudah pun menjadi tempat dia meluahkan tanggisannya yang selama ini terpendam. 

    Kesedihan yang selama ini dia pendam dari semua orang.

    " Itu tak nak, ini tak nak... Habis tu, apa yang dia nak?! Dia tak bercakap, muka batu, terencat emosi, dia expect aku boleh baca fikiran macam dia ke? Dah la... Dah lah selalu tak ada masa. Kita tak pernah pun du-duduk sambil borak-borak. Tak ada pun... keluar dating mana-mana. Even kalau buzy sekali pun... Just texts me! Call me, takkan itu pun tak boleh..." Bicaranya tersekat-sekat tatkala tanggisannya menghalang Ryna untuk berbicara dengan lancar. 

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now