" What a nice greeting there, huh?"
Khairul tersengih kecil sambil matanya tajam merenung ke arah lelaki yang kini berada di hadapannya. Inilah lelaki yang menghendap Ryna sejak bermulanya rehat masa pertama.
Dan nampaknya lelaki ini bukannya lelaki yang sembarangan.
" You caught me."
Suaranya kedengaran lembut dan lunak. Karisma dan aura yang ada disekelilingnya terasa kuat. Personaliti cool dan bersahajanya membuatkan Khairul sukar mempercayai bahawa dialah yang penghendap sebentar tadi.
Yang yang paling penting, matanya yang biru keunguan.
" Tak sangka, Vince, jejaka pujaan dunia ni menghendap perempuan lain. Kenapa? Perempuan yang minat kau tak cukup banyak ke, sampai nak menghendap girlfriend orang?"
Pedas ayat yang dilemparkan Khairul. Jika terkena pada orang lain, sudah pasti perang bakal tercetus. Namun, ianya berbeza pada Vince.
Tenang saja dia menoleh memandang Khairul dengan pandangan yang redup. Dari gayanya, nampaknya lelaki dihadapannya ini terasa tercabar apabila dia memerhatikan Ryna sejak dari tadi.
Jika ayat pedas yang mahu lelaki ini gunakan sebagai medium untuk perbalahan mulut mereka kini, nampak Khairul telah salah memilih pesaing.
" Your girlfriend? Bahagia ke dia dengan kau?"
Zap!
Khairul mengetap kuat giginya, tersentap dengan ayat Vince sebentar tadi. " A-apa kau tahu pasal hubungan aku dengan dia?"
" Not much." Vince mula berjalan ke sana dan ke sini. Nampaknya cuaca segar pada malam ini membautkan mulut lancangnya bertambah aktif. " Cuma tahu yang orang macam kau tak akan tahu hargai Ryna."
" Heh, kau macam mana ni, kau kenal sangat ke dengan dia?"
" Dan kau pasti yang kau betul-betul kenal dia?"
Sekali lagi, Khairul seakan-akan termakan dengan bicaranya sendiri. Nampak lelaki bernama Vince ini bukanlah seseorang yang boleh di buat main.
Seolah-olah sama seperti 'dia'.
" Apa yang kau nak sebenarnya?" Kini, Khairul tidak dapat menahan amarahnya lagi. Jika seseorang berniat untuk menganggu Ryna, dia bakal halang semua itu dari berlaku.
Vince tidak terus menjawab, bahkan dia mengambil masanya dengan merenung bulan yang pada malam itu, mengambang dengan begitu cantik sekali. Seketika kemudian, dia memandang Khairul dengan ekor matanya. " Boleh bagi dia dekat aku?"
" Hah?"
Satu helaan nafas dilepaskan oleh Vince. Jam ditangannya dikerling. Nampaknya masa mencemburuinya.
Khairul yang sedar akan dirinya diabaikan bertambah geram dengan sifat Vince. Penumbuk digenggam kemas. Jika lelaki ini buat hal jugak, pasti lepas ini dia akan membuat persembahan dengan kesan penumbuk dimatanya. " Seriously... Kau nak apa sebenarnya?!"
" Ryna. Aku nak kau bagi Ryna dekat aku."
*****
Ryna mengeluh nafas panjang. Fikirannya sedikit terganggu dengan prilaku Khairul terhadapnya semalam. Lelaki itu kelihatan sangat berbeza apabila dia beria-ia mengajak Ryna pulang walaupun persembahan belum tamat.
Dengan itu, peluangnya untuk melihat persembahan lagu terbaru The Noizers terkubur begitu saja. Semua ini salah Khairul. Kalau dia tahu lelaki itu bakal betindak begitu, sepatutnya dia mengajak orang lain saja.
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
HumorFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...