Bab 34

4.8K 415 10
                                    


     Lisa mengetap kuat giginya sambil menjeling memandang Ryna yang kini terduduk di atas tanah.

    Matanya tanpa rasa bersalah, menatap Ryna yang berada di bawah sambil tersengih kecil. " Aku dah lama geram dengan kau."

    " A-apa yang saya buat-"

    " Kau jangan nak ' apa yang saya buat' sangat lah! Meluat kau tahu tak?! Sebab kau, semua tumpuan dia dekat kau!"

    Sungguh, Ryna tidak sangka pertemuan mereka di pagar utama kolej akan menimbulkan kejadian sebegini. Seperti setiap pagi, Ryna menegur Lisa. Namun tiba-tiba, gadis itu menepis tangannya dan menolaknya sehingga jatuh.

    Ryna juga merasakan pedih di kakinya, mungkin luka akibat terkena batu-batu kecil di atas tanah ini.

    " Dia tak pernah duduk dengan aku macam tu! Dia tak pernah layan aku baik macam tu! Dia tak pernah bagi aku minuman macam mana dia bagi kau! Dia tak pernah mintak snek dari aku macam mana dia mintak dari kau! Dia-"

    " Enough." Nadanya lembut dan bersahaja, namun Lisa dapat mengesan sedikit amarah dari bicara Farish yang datangnya entah dari mana. Tanpa banyak berbicara, Farish menyangkun lalu mengeluarkan sapu tanganya. Selamba, dia membalut kaki Ryna yang sedikit berdarah. " Hold on to it first."

    Ryna yang maish lagi terpinga-pinga dengan kehadiran tiba-tiba Farish hanya mampu akur. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia katakan kini. Dia amat terkesima, terutama sekali dengan perangai Lisa yang berubah secara mendadak.

    'Dia' pernah mintak snek?

    'Dia' pernah berinya minuman?

    'Dia' pernah duduk bersamanya?

    'Dia' melayan dengan baik?

    Tiba-tiba, Ryna menoleh laju memandang Farish. " Rish, Lisa suka dekat awak ke?"

    Lisa menepuk kuat dahinya sambil mengetap kuat giginya.

    Farish pula hanya seperti biasa.

    Cuma wajah dan pandangannya saja yang kosong memandang Ryna. Mengenangkan betapa lembabnya gadis di hadapannya ini. " Are you dumb?"

*****

    " Ehhh?! Syafiq?!"

    Dengar kadar segera, kepala Ryna diketuk kecil agar gadis itu berhenti dari menjerit. Perlahan-lahan, Farish kembali menghirup susu madu panasnya.

    " Serious saya tak sangka langsung dia sukakan Syafiq. Even perumpaan yang dia bagi pun lebih kepada awak, Rish. Awak yang selalu mintak snek dari saya, awak yang selalu duduk sebelah saya, tapi awak tak pernah baik dengan sa-"

    Tanpa sebarang kata, Farish lantas menundukkan badannya lalu tanganya ingin merentap kain yang ada di kaki Ryna sebelum sempat gadis itu mengelak.

    " Sorry! Tak! Tak! Saya tipu je! Awak baik!"

    Dengar saja rayuan gadis itu, Farish kembali menegakkan badannya sambil tangannya mencapai sebatang jejari coklat. Wajah gadis itu sekali lagi diperhati, nampaknya dia mengesan ketidak tenangan pada wajah Ryna. " You worry?"

    Ryna mengangguk kecil. Dia tidak menyangka bahawa Lisa akan menganggapnya pengacau dalam hubungan antara dia dan Syafiq. Bahkan dia sendiri tidak tahu menahu soal itu. " Tapi kenapa Lisa cakap yang saya ni pengacau?"

    Farish hanya sekadar mengangkat bahu. Dia tidak mahu tahu apa-apa soal Lisa yang lembab itu. Ada ke patut Syafiq dikatakan baik terhadap Ryna? Baginya, Syafiq hanya melayannya biasa.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now