Epilog : Mereka

3.3K 309 17
                                    


    " 5 minit before the stage is ready!"

    Laungan pengurus mereka membuatkan hati ahli The Noizers sekali lagi dihuni rasa gementar dan teruja. Konsert kali ini tidak akan sama seperti yang terdahulu. Tidak sama seperti mana yang dirancang seperti sebelum ini.

    Kerana kali ini, buat kali pertamanya, ahli The Noizers bakal membuat persembahan tanpa topeng rasmi signature mereka. 

    Tiada lagi identiti tersembunyi, tiada lagi misteri.

    " Sumpah nervous doh!" Serentak Dani dan Danish bicara perlahan sambil menggenggam tangan masing-masing. 

    " Ahh... Aku harap meteor jatuh dekat stage sekarang ni."

    " Kalau kau nak mati, kau mati sorang. Aku tak jumpa jodoh aku lagi ni, aku tak nak mati dulu." Seloka Ariffin selamba, membalas ujaran Safiq yang bebaur lawak dan juga gementar. " But really, this is the first time we gonna reveal our face."

    " That's why! Kau tak nervous ke? Far, kau-"

   Mata biru keungguan milik Farish yang tidak lagi disembunyikan dengan kanta lekap kini menatap kosong wajah mereka yang lain dengan wajahnya yang tidak beremosi, seperti selalu. " What?"

    " Kau tak nervous?" Soal Dani sambil tangannya ringan menggayakan rambut Farish, memandangkan dia memang dari tadi lagi tidak suka gaya yang dibuat oleh hair stylist mereka pada rambut Farish.

    Menampakan Farish seakan-akan terlalu skema.

    " Like, tak rasa nervous sikit pun? You look too chill, it scares us." Sambung Danish sambil menghulurkan gel rambut pada Dani. 

    Farish tidak segera membalas, malah tangannya segera mencapai telefon bimbit miliknya lalu membuat satu panggilan.

    " Helo, Rish?"

    " Say my name and tell me that all gonna be fine."

    " Apa maksud Rish? El tak-"

    " Please."

    Ryna yang berada di hujung talian hanya mampu akur. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana cairnya hatinya kini mendengar rayuan lembut suaminya. " Rish, all gonna be fine, okay? I believe in you."

    Lantas, Farish menghembus nafas lembut sambil tersenyum kecil. " Thanks, sayang." Panggilan dimatikan, senyuman yang jarang menghiasi bibirnya kini pudar serta merta tatkala dia kembali memandang mereka yang lain. " Nervous for what? Macam budak-budak."

    " Ada tanah kosong sebelah kubur arwah Zaki, nak aku tempah untuk kau tak?" Jujur, kadang-kadang Dani dan Danish tidak tahu sama ada Syafiq sedang melawak ataupun tidak dan jujur juga mereka katakan...

    Mereka juga rasakan benda yang sama. Perasaan dan keinginan untuk menarik dan merentap rambut mamat poker ini sehingga botak semakin membuak-buak di dalam hati mereka.

    " Siapa yang kebudak-budakan sekarang ni?" Bisik Ariffin perlahan sambil tersenyum melihat gelagat mereka berempat. Seketika kemudian, telefon bimbitnya yang berada dalam mod senyap kini bergetar kuat, tanda apa panggilan yang masuk. Tanpa melihat siapa pemanggilnya, Ariffin lantas menjawab panggilan tersebut. " Helo?"

    " Ermm... Abang Finn, g-good luck tau! I'll be watching you, okay? B-bye!"

    Tap!

    Panggilan dimatikan serta merta oleh Diana sebelum sempat Ariffin membuka mulutnya untuk berbicara. Terkebil-kebil Ariffin dibuatnya tatkala otaknya masih lagi sedang proses apa sebenarnya telah berlaku.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now