Bab 44

4.7K 406 31
                                    


    " Nanti Finn hantar Ryn balik, tau?" Satu kenyitan mata dihadiahkan buat Ryna oleh Ariffin. Meremang sekejap bulu roma Ryna apabila menerima kenyitan mata tersebut.

    Seram sejuk.

    " Takut budak ni tengok kau. Pervert!" Syafiq tergelak kecil sambil bertampar tangan denagn Ryna. Sejak dari Ryna membantunya, hubungan Syafiq dan Ryna sebagai kawan bertambah erat. 

    Tapi, tak seerat Syafiq dan Lisa.

    " Biarlah aku dengan Dani hantar dia balik. Kau ni bukan boleh percaya sangat."

    " Eleh kau, kereta pun tak ada!"

    " Ehh, agak sikit. Ingat kitaorang miskin sangat ke tak ada kereta? Lain lah kau tu, mat motor."

    " Hagak kau, aku bukan mat motor jalanan biasa tau? Aku mat motor bertauliah, pakai Harley, okay?"

    Danish dan Dani hanya mampu menjilirkan lidah mereka. Betul apa yang dikatakan Syafiq. Mereka berdua memang jarang bawa kereta, sehinggakan ada yang tidak sangka bahawa mereka sebenarnya mempunyai lesen memandang dan kereta.

    Sepotong epal kini dihulurkan buat Ryna. Sedang mereka yang lain bertikam lidah, elok saja Farish dan Ryna menikmati epal yang dipotong Farish bersama. " I'll send you back home."

    Ryna mengangguk kecil dan terus menguyah epal yang dihulur. Manis epal yang dipotong Farish membuatkan hati kanak-kanak Ryna gembira.

    Gembira lagi apabila Farish melayannya baik.

   Mereka yang lain serentak terkedu sambil menronta dalam hati. Tidak puas hati apabila kemenangan 100 peratus berpihak pada Farish.

    Critical Hit!

    " Rish, awak dah okay?"

    Soalan Ryna membuatkan Farish berfikir seketika. Nasib baik dia jenis cepat tangkap. Satu anggukan kecil diberi sebagai jawapan.

    Ryna hanya tersenyum kecil lalu mencapai epal yang dipotong. " Kalau ada apa-apa, awak boleh bagitahu saya."

    " Yeah, I have something to tell you."

    " Hmm?"

    Jari telunjuk Farish dihala ke arah meja bersebelahan Ryna. Yang lain turut sama memandang ke arah yang ditunding Farish. " Your phone keep on ringing."

    Sebelum sempat yang lain menoleh memandang ke arah phone Ryna, pantas saja tangan gadis itu mencapai telefon bimbitnya. Bagaimana Farish perasan sedangkan telefonnya dalam keadaan 'silent'? Bahkan vibrate pun tidak.

    Satu senyuman kelat diukir dan perlahan-lahan, matanya melorot memandang skrin telefonnya.

    Hati Farish tiba-tiba rasa tidak sedap. Kini pandangannya beralih kepada rakan-rakannya yang kini sedang enak menjamu snek yang baru saja dibeli. " Go out."

    " Wait... Whaa?" Syafiq bagaikan terpinga-pinga, begitu juga dengan yang lain. Mereka baru saja tiba ( baru saja masuk setelah lama menonggeng mengintip di sebalik tingkap ) dan kini dihalau pula? " Apa yang ka-"

    " Go out, all of you." Tanpa dapat membalas, serta merta mereka dihalau keluar. Semua makanan turut sama dibawa keluar, kecuali Pocky.

    Pocky harus ditinggalkan bersama Farish.

    Pocky dan Farish berpisah tiada.

    " Weyh, Pocky ak-" 

    " Bam." Tanpa sempat Ariffin menghabiskan ayatnya, Farish menghempas pintu lalu dikuci dari dalam. Hampir menitis air mata jantan Ariffin apabila Pocky nya diculik oleh Farish. " Pocky aku... Dah tak ada!!!"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now