Bab Extra : Sebelum Bahagia

4.7K 389 13
                                    


    - Satu hari sebelum hari perkahwinan -

    " Here."

    Teragak-agak tangan Farish menyambut bungkusan yang dihulur oleh Khairul. Bahkan, dia masih lagi terkejut dengan kehadiran Khairul di sini, di UK.

    Apa yang lelaki ni buat di sini sehari sebelum hari pernikahannya?

    " Apa yang-"

    " Aku nak semua ni berakhir dengan aman." Ujar Khairul sambil tersenyum lembut. " Jujur aku cakap, tak kira apa pun yang aku buat, kau tetap nombor satu untuk dia, Far."

    " It's.... It's not my problem anymore."

    " Kau sanggup tengok gadis yang kau sayang tak bahagia dengan hidup dia?"

    " Itu tanggungjawab kau untuk bahagiakan dia, bukan aku."

    " Macam mana pula aku nak laksanakan tanggungjawab tu sedangkan kau lah kebahagian dia?"

    Sekali lagi, jantung Farish terasa ketat setiap kali topik berkaitan Ryna diterbitkan. Sudah setahun dia tidak mendengar khabar gadis itu. Sudah setahun dia cuba tidak mengambil tahu tentang gadis itu.

    Jadi mengapa hari ini, sehari sebelum pernikahan mereka, Khairul sendiri yang datang ke sini dan memberitahu tentang prihal dan keadaan Ryna?

    " A-aku... tak nak ambil tahu semua tu." Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya. Dia cuba untuk melangkah keluar dari bilik itu namun langkah terhenti apabila Adam muncul di hadapan pintu. " What are you doing here?"

    Selamba, Adam mengangkat bahu sambil mengusap Jumbol yang berada di dalam pelukannya. " Saja, makan malam. Sedap ayah kau masak."

    " Dinner in my house? Kau dah tak ada rumah ke?"

    " Thats not the problem here, mate." Selangkah demi selangkah, Adam cuba mendekati Farish. " This is your problem we are talking about right now."

    " Im sorry but aku tak ada masalah yang nak diselesaikan-"

    " So, you decided to run, again?"

    Sekali lagi, langkah terhenti. Namun kali ini bukan kerana Adam, ianya kerana bicara Khairul yang nampaknya memberi kesan yang mendalam buat Farish.

    Lari dari masalah, itulah yang dia buat sebelum ini. Perkara biasa baginya.

    Khairul mengeluh kecil. Dia tahu perkara ini bukan sesuatu yang mudah untuk dia lakukan, bahkan bukan juga perkara yang mudah untuk Farish terima.

    We are talking about Ryna here. Gadis yang selama ini dipuja dan disayangi oleh Farish dan Khairul. Sudah pasti ianya topik yang berat buat Farish memandangkan dia sudah bertekad untuk melupakan gadis itu.

   Sepenuhnya.

    Adam menghela nafas kecil. Dua tahun dia mengenali mamat poker ini, dan masa satu tahun dia berkerjasama dengan Farish dan menjadi " partner-in-crime" sudah cukup untuk merapatkan hubungan mereka. Secara tidak langsung, perasaan risau dan mengambil berat itu keluar di dalam hatinya buat Farish.

    Sampai bila Farish hendak berkelakuan begini? Memendam segala perasaannya agar yang lain bahagia.

    Mana perginya kebahagiaan buat Farish?

    " Apa yang korang nak sebenarnya?"

    " Your happinese..." Sekali lagi, bungkusan yang tadinya ditolak oleh Khairul dihulurkan lagi untuk Farish. " Ayah aku dah rampas banyak benda dari kau, aku tak nak ikut jejak dia. Kali ni... Aku nak pulangkan balik kebahagiaan kau."

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now