Bab 4

7K 570 6
                                    


" Hahaha!" Dari kolej sehinggalah ke rumah, gelak tawa tiga seraangkai- Syafiq, Dani dan Danish masih lagi kedengaran. Mungkin mereka berhenti seketika semasa singgah makan sebenatr tadi, namun ianya bersambung kembali sehinggalah tiba di rumah Farish ini.

" Seriously, aku tak sangka dia berani panggil kau macam tu!" Ujar Syafiq sambil menepuk kuat bahu Farish.

Bukannya dia tidak tahu, tapi sengaja cari pasal. Dia tahu bahawa mamat poker itu hanya menunggu masa saja sebelum tangannya melayang mengenai wajah Syafiq. Namun tidak tahu mengapa, dia tidak dapat mengawal system sarafnya untuk berhenti ketawa.

" Yang paling aku tak sangka, timing dia! Timing dia masa dia tak sengaja terserempak dengan kita semua, semuanya masa dia tengah sesat!" Kini giliran Dani pula bersuara.

Danish yang berada di sisi abangnya di atas sofa turut sama tergelak mengiakan kata-kata kembarnya itu. " It's almost unbelievable, man!"

" Tapi kau tak risau ke pasal budak tu? Asyik sesat je." Kini, semua mata tertumpu pada Ariffin. Bukannya mereka tidak tahu, jika ianya berkaitan dengan perempuan, mulalah ladies man tersohor itu menunjuk belangnya. " Kalau dia sesat dekat tempat lain macam mana?"

" I don't care." Seperti biasa, ringkas, berinfomatif dan penuh makna. Apabila soalan Ariffin telah menemui jawapannya darinya, Farish terus menaiki anak tangga menuju terus ke biliknya. Mnalas hendak membuang masa bercerita tentang gadis yang langsung tiada kene mengena dengan dirinya. ' Seriously, I don't want to meet her again." Bisik hatinya.

Hilang saja kelibat Farish dari pandangan mata, mereka berempat menyambung kembali perbaualan, namun topiknya kini berubah.

" Dia tu dingin sangat." Tegur Danish sambil menghela nafas panjang. Sekali lagi tangga yang dinaiki Farish tadi dipandang kosong.

" Tapi yang aku peliknya, dingin-dingin dia tu pun satu kolej dok tergila-gila dekat dia." Tambah Syafiq pula. " Mamat dingin hati kering muka batu tu pun boleh jadi kegilaan."

" Orang hensem, kalau perangai buruk mata pun tetap hensem juga. Macam aku lah kan?" Dengar saja penjelasan Ariffin, serentak yang lain mula membuat muka. " Tak payah lah buat muka macam tu!"

Sedang mereka asyik berborak di bawah, Farish yang beredar dahulu sebelum mereka kini sudah selesai membersihkan diri. Tuala mandinya kemas dililit di pinggang. T-shirt putihnya disarung ke badan sementara tuala kecilnya pula dibuat untuk mengeringkan rambutnya yang sedikit panjang dan basah itu.

Tiba-tiba, dia teringat akan gadis yang ditemuinya tadi. Kenapa perasaannya terasa lain setiap kali berhadapan dengan gadis itu? Seakan-akan jantung berhenti berdenyut. Seolah-olah dia terlupa hendak bernafas. Walhal dia tidak pernah merasakan perasaan begini pada perempuan lain walaupun dirinya merupakan kegilaan ramai.

Lantas, satu keluhan berat dilepaskan. Digeleng-gelengkan kepalanya agar segala prasangka yang difikirnya itu hilang serta merta.Dia tidak mahu tahu apa-apa, ingat apa-apa atau ada apa-apa kene mengena gadis itu.

Setelah menyarungkan kain pelikat, tanganya kini pula mencapai sejadah dan kupiah miliknya. Lebih baik dia menyempurnakan solatnya terdahulu, moga-moga dirinya mendpaat ketenangan daripada Yang Maha Esa.

*****

Sampai saja di rumahnya, Ryna terus menghempaskan diri ke sofa empuk di ruang tamu. Hari ini sungguh memenatkan, dan juga amat memalukan baginya.

" Hai, anak mama dah balik?" Belum sempat Ryna hendak menoleh emmandang pemilik suara, satu ciuman lebut sudah singgah di pipinya. " Baru sampai?"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now