Bab 46

5K 384 11
                                    


       Senyap-senyap, Dani merangkak menuju ke meja kecil dimana dia dan adiknya meletakkan telefon mereka bersama. Sejak kejadian di mana telefon mereka berdua pecah dihimpap badan mereka sendiri, mereka telah mengambil keputusan bijak untuk meletakkan telefon mereka di atas meja.

    Supaya mereka tidak perlu lagi membeli telefon baru.

    Setelah telefon berada di dalam genggamannya, Dani mengukir senyuman kecil, lega kerana adiknya masih lagi tidak terjaga dari lenanya.

    Namun jangkaannya silap apabila sebaik saja dia menyalakan skrin telefon, wajah Danish muncul di sebelahnya. 

    Hampir menjerit juga abangnya namun terima kasih atas kebijaksanaan adiknya, mulut Dani sempat ditekup agar tidak membuat sesiapa terjaga.

    Lebih-lebih lagi Farish.

    " Boleh mati kau kalau kau buat Farish terjaga."

    Dengar saja nama Farish disebut, segera Dani menggeleng laju, menandakan bahawa dia tidak akan menjerit. Atau lebih tepat lagi...

    Dia tidak mahu mati.

    " Kau pun, jangan lah tiba-tiba je sergah aku macam tu!" Pinggang Danish dicubit kecil. Geram pula melihat kelakuan adiknya yang amat suka mengejutkan dirinya. 

    " Hehe, sorry sorry." Kini, mereka masing-maisng berborak dalam nada berbisik. " Kau buat apa ni?"

    Dani tersengih kecil tanpa membalas soalan adiknya. Telefon bimbitnya sekali lagi ditatap. Kelihatan, terdapat sebuah pesanan ringkas daripada aplikasi whatsapp yang masuk ke dalam telefonnya. 

    " Awek ke yang chat kau malam-malam ni?"

    " Kau tak tau ke? Ni kan awek kita." Sejurus dengan itu, Dani lentas membuka pesanan tersebut lalu dihalankan krin telefon ke muka Danish.

    Hampir menjerit juga lelaki itu namun nasib baik saja Dnai sempat menekup mulutnya, sama seperti apa yang dibuat Danish sebentar tadi terhadap dirinya. " Kau nak mati ke?"

    " Mana kau dapat nombor 'dia' weyh?! Bukan dah tukar ke haritu?"

    Dani sekali lagi tersengih bangga sambil mencuit hidungnya dengan ibu jarinya sendiri. Itulah satu satunya tabiat Dani yang berbeza dari Danish. Dani akan mencuit hidungnya dengan ibu jari. Acah-acah je.

    " Itu tak penting! Apa yang penting, kau nak chat denagn dia tak?"

    " Mestilah nak!"

    " Okay then. Hold on. I gonna make a video call. Cakap perlahan-lahan tau." Danish mengangguk laju sambil menunggu denagn penuh debaran. Sudah sekian lama mereka menunggu saat ini, kini tibalah masanya.

    Masanya untuk mereka bersua muka kembali denagn insan tersayang. Walaupun dari sebalik skrin telefon.

    " Hai, Abang Dan! Abang Nish! "

*****

     Dari kiri ke kanan, dari depan ke belakang. Rasanya mata Prince boleh juling disebabkan oleh pergerakkan Vince yang dari tadi menganggu pemandangan matanya. Seperti ada yang tidak kena, tapi jika ditanya, tidak tentu lagi lelaki itu akan menjawab soalannya.

    " Vince okay ke?" Teguran Christ, manager kumpulan The Noizers hanya mampu dijawab denagn hinjutan bahu, menandakan Prince sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada lelaki pujaan dunia itu.

    Sesekali, telefon bimbit yang berada di atas meja yang tidak jauh dari dirinya dipandang sekilas. Sepertinya, dia semakin resah apabila dia semakin lama menatap telefonnya. 

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now