Ryna mengeluh kecil tatkala orang yang dicari tiada di bawah pohon. Sudah hampir satu minggu dia tidak bertemu Farish, sejak kejadian mereka terserempak di cafe tempoh hari.
Dan selama satu minggu ini jugalah dia struggle melarikan diri dari Khairul yang selalu saja mengejarnya tanpa sebab. Selalu Farish ada untuk melindungi dirinya.
Keluhan kecil sekali lagi kedengaran apabila Ryna semakin hampir di bawah pohon besar tersebut. " Mana dia...?"
" Meow!"
Ryna segera menoleh memandang bawah. Nampaknya Kuro masih di sini bersamanya. Mungkin saja kucing ini masih belum makan. " Saya bawa roti tuna untuk awak!"
" Meow!" Seolah-olah faham dengan bicara Ryna, Kuro menggesel-geselkan kepalanya ke kaki Ryna, tanda dia mengucapkan terima kasih dan sayang pada gadis itu.
Tanpa berlengah, Ryna melabuhkan dirinya di batang pohon lalu sebungkus roti dibuka buat Kuro. Pasti kucing ini juga sudah lama tidak berjumpa Farish. " Awak tahu tak Rish pergi mana, Kuro?"
" Kucing boleh jawab soalan awak ke?" Belum sempat Khairul hendak mengukir senyuman, dirinya dibaling dengan fail milik Ryna. Nasib baik saja refleksnya tangkas dan sempat ditangkap. " Whoa, chill! What's wrong with you?"
" What's wrong with YOU?! Kenapa asyik nak dekat dengan saya?! Rimas lah!"
" Kalau Farish kenapa boleh?"
Ujaran Kahirul bagaikan mengena di hati Ryna. Geramnya semakin membuak-buka. Mengapa lelaki ini harus melibatkan Farish dalam hal ini? " Ehh, suka hati lah saya nak bagi siapa dekat dengan saya pun! Awak nak sibuk kenapa?!"
" Saya cuma nak berkawan dengan awak je! Tak boleh?"
" Tak nak!" Buat kesekian kalinya, Khairul terpaksa menekup kecil telinganya. Jeritan Ryna ini boleh tahan bisanya. " Kalau awak kacau saya lagi, saya bagitahu Ariffin!"
" Apa yang Finn boleh buat-"
" Aku boleh pastikan yang kau takkan dapat pikat mana-mana perempuan dalam kolej ni."
" Jangan!!! Perempuan dalam kolej ni semuanya cantik!!!" Raungan Kahirul membuatkan Ariffin tersenyum sinis.
" Kan? Semuanya cantik-cantik."
" Terutama sekali dia ni!"
Kini, jari Khairul ditunding ke arah Ryna dan serentak denagn itu juga, sekali lagi, fail milik Ryna melayang ke arahnya. " Finn! Tengok dia ni!"
" Adududuh." Kepalanya diusap perlahan, tak sakit, cuba rasa sedikit pedih saja. " Awak ni boleh tahan ganas jugakan?"
" Kau ni jangan lah kacau dia. Ryn tak suka kan?"
" Tapi kau boleh pulak rapat dengan dia. Farish tu lagilah, siap boleh lepak berdua lagi dengan dia." Khairul menghembus nafas berat. Mungkin kerana penat. Penat melayan kerenah Ryna yang comel ini. " Takkan aku nak rapat dengan dia tak boleh?"
Ariffin mengerling sedikit memandnag Ryna. Jauh di dalam sudut hatinya, dia dapat merasakan bahawa Ryna tidak selesa apabila berada dekat dengan Khairul. Sebab dan musababnya... Biarlah rahsia dulu. " Ryn."
Ryna menoleh memandang Ariffin dengan mata yang penuh simpati, meminta dan berharap agar Ariffin membawa Khairul pergi jauh darinya. " Finn, please?"
Bdump!
Hati Ariffin bagaikan pepatah inggeris yang berbunyi ' my heart skip a beat ' apabila rayuan Ryna kedengaran amat manja di telinganya. Nasib baik saja gadis ini Ryna, jika perempuan lain, on the spot dia terus mengajaknya kahwin.
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
HumorFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...