Bab 60

3.8K 366 31
                                    


    Puan Sofea terdiam seketika tatkala matanya tidak lepas memandang wajah Khairul.

    Begitu juga dengan Tuan Haikal Haqimi. Nampaknya ada sesuatu pada Khairul yang membuat mereka seolah-olah terkejut, malah hampir menjerit apabila lelaki itu mengetuk pintu rumah mereka seketika yang lalu.

    Benar-benar iras 'dia'.

    " Ermm... Kamu ni..."

    " Ohh, maaf. Nama saya Khairul. Saya..." Kahirul tersenyum segan sambil menggosok kepalanya. " Saya boyfriend Ryna."

    Serentak, Puan Sofea dan Tuan Haikal berpandangan sesama sendiri. Pandai jugak anaknya memilih pasangan.

    Namun dalam mereka memuji, hati masing-masing kini diulit keresahan dan kerisauan. 

    Jika Ryna memilih lelaki ini sebagai kekasihnya, pasti dia sudah mula mengingati sesuatu.

    Nampaknya rahsia ini tidak boleh dipegang lama lagi.

    Tanpa berlengah, Puan Sofea memulakan soalan pertama. Dia harus mengetahui sejauh mana lelaki ini mengenali Ryna. " Erm, macam mana... Kahirul boleh kenal dengan anak aunty?"

    " Saya kawan rapat dengan Ariffin dan yang lain-lain. Kebetulan diorang pun rapat dengan Ryna jadi, dari situ lah saya mula kenal dia."

    " Tak pernah dengar pun pasal nama kamu sebelum ni?" KiniTuan Haikal turut ikut serta. Dia tidak akan membiarkan isteri kesayangannya saja yang melakukan tugasan soal siasat ini.

    " Saya study di UK untuk setahun jadi, kiranya saya baru balik ke sini. Lagipun..." Sekali lagi, kepala lelaki itu digosok kecil, seolah-olah menunjukkan bahawa itu merupakan tabiatnya apabila sedang mengalami sesuatu perasaan. " Lagipun... Ryn kindda hate me so much before so... Maybe sebab tu dia tak pernah cerita pasal saya?"

    " Dia benci kamu?"

    Kahirul mengangguk kecil, mengiakan saja apa yang disoalan oleh Tuan Haikal. Nampaknya aura ayah kepada Ryna ni benar-benar kuat. Dari luaran saja dia sudah dapat mengagak bahawa lelaki ini penuh dengan ketegasan dan karisma. " Sa-saya tak tahu sebab apa dia bencikan saya tapi sebelum ni, dia bercakap dengan saya pun tak nak."

    Sekali lagi, Puan Sofea menoleh memandang suaminya. Nampaknya benar apa yang dikatakan Doktor Yana sebelum ini...

    Rahsia tentan penyakit Ryna tidak dapat disorokkan lagi.

    Sedang mereka bertiga  berborak di ruang tamu, Diana yang memerhati dari balik tangga tingakat atas kini bergegas kembali ke dalam bilik. " Kak Ryn, boyfriend akak dah ada dekat bawah."

    " I don't wanna meet him."

    " But you have too!" Bantal yang dipeluk Ryna agar menutupi wajahnya itu ditarik kuat oleh Diana. Hampir dua minggu Diana tinggal bersama Ryna sudah cukup ungtuk mengeratkan hubungan mereka. Seperti adik beradik.

    " Dian..." Bantal dialihkan sedikit agar wajah Diana dapat dilihatnya. " Betul ke apa yang akak buat ni?"

    Diana menghembus nafas kecil apabila mendengar soalan itudari mulut Ryna. Bagaiman dia hendak memberikan jawapan sedangkan kini, dalam situasi ini, dia tidak tahu kesalahan sebenarnya berpunca dari siapa?

    Adakah ianya merupakan salah Khairul kerana memasuk campur urusan dan hadir ke dalam hidup Ryna?

    Mungkin juga salah Ryna kerana terburu-buru dan terlalu mengikutkan perasaan apabila membuat keputusan?

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now