Bab 16

5.2K 461 3
                                    


     Lisa memandang sekeliling sambil mencari bayangan seseorang yang sudah lama dia tunggu. Sudah hampir habis milo aisnya namun Ryna masih lagi tidak muncul-muncul. " Mana dia ni?"

    Sedang dia memerhati sekeliling, matanya menangkap satu bayangan. Bayangan yang dia amat kenali membuatnya terdiri sambil memanggil. " Ryn-na...?"

    Ariffin menoleh sambil mengangkat sebelah keningnya. Suara yang memanggil nama gadis yang dia kenali itu sedikit sebanyak dia kenali. " Yes? Lisa cari Finn ke? Or Ryna?"

    " Ehh... err... Sorry. Silap orang." Lisa tersengih kecil sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Macam mana dia boleh tersilap orang? Sedangkan jelas bahawa jantina saja sudah berbeza. Tapi tidak tahu mengapa, aura mereka, kehadiran mereka sepertinya sama. " Nampak Ryna?"

    " Ehh, Finn pun tengah cari dia. Nak ajak minum. Ingatkan dia dekat sini." Jawab Ariffin spontan sambil mengambil tempat di depan Lisa. " Korang ada kelas kan?"

    Lisa hanya mampu mengangguk kecil. jujur dia katakan, dia sendiri tidak dapat menahan hatinya dari berdegup laju apabila salah seorang daripada jejaka idaman kolej, dan juga kasanova pencinta wanita nombor satu kolej ini duduk di hadapannya. Mahu cair hatinya melihat senyuman menggoda si Ariffin ini. " I-ingatkan... Dia dengan awak."

    " Hmm... Kalau macam tu, awa-"

    " Menggatal tak habis-habis. Tak nak balik ke?"

    Hentakan bucu buku ke meja yang dibuat oleh Syafiq mengejutkan mereka berdua. Terhinjut bahu masing-masing apabila tiba-tiba sebuah buku tentang teori muzik yang tebalnya tidak terkira muncul di antara mereka berdua. " Whoaa, Fiq. Relax boleh? Terkejut aku."

    " Kata tadi nak balik sangat. Nak makan lah, nak tido-" Mulut Syafiq terdiam seketika apabila matanya menoleh memandang gadis di hadapan Ariffin. " Yo."

    Lisa hanya mengangguk kecil. Cepat-cepat dia menundukkan kepalanya setelah menjawab sapaan Syafiq.

    " Okay, okay. Kita balik. Btw, Lisa, tak tau kenapa Ryna tak datang?"

    " Tak tau. Dia tak bagitau apa-apa. Call tidak, whatsapp tidak."

    Ariffin hanya mampu mengangguk. Akur dengan jawapan Lisa wlaaupun sebenarnya dalam hati, dia benar-benar ingin tahu apa yang terjadi pada Ryna sebenarnya. " Tak apalah kalau macam tu. Kitaorang balik dulu tau. Nanti kalau jumpa Ryn, suruh dia call saya."

    Sekali lagi, jantung Lisa bagaikan hendak jatuh apabila kenyitan mata diberi oleh Ariffin. Nasib baik saja tak ada ramai orang pada ketika itu. Jika salah seorang peminatnya nampak, mahu mati dia dikerjakan mereka. " O-okay..."

    " Macam boleh mati rasanya kalau Ryna tak call kau kan? Hahahaa. Sumber snek aku denagn Farish tak adalah hari ni."

    Ujaran dan seloka Syafiq membuatkan Ariffin terasa hendak memijak saja kaki lelaki itu, kalau saja kakinya itu lebih besar dari Syafiq. Ini kaki lelaki raksasa itu pun sudah seperti kayu balak, apatah lagi jika dia pijak. Mahu patah dua kakinya seperti kuntuman ros yang patah dibelah kata-kata tajam Farish semalam.

    Melihat keakraban mereka berbicara soal Ryna membuatkan Lisa menggemgam penumbuk. Giginya diketap kuat. Perasan tidak puas hati dan sakit hati sekali lagi menular dalam dirinya. " This is why I hate that girl!" Bisiknya perlahan.

*****

    Farish menoleh ke kiri dan ke kanan. Matanya kini meliar memandang keadaan sekeliling kawasan lapang yang dipenuhi bunga itu. 

    Sesekali dia baring, sesekali dia menyandar. Sesekali kelihatan dia bermain kejar-kejar roti tuna bersama Kuro. Itulah rutinnya apabila berada di kawasan kegemarannya itu.

    Namun semuanya terasa tidak sama seperti sebelum ini. Selalunya dia ada snek untuk dimakan. Ada orang untuk dia kutuk dan perli. Ada orang yang temannya bermain bersama Kuro. 

    Namun hari ini, orang itu tiada.

    Sekali lagi Farish menghela nafas kecil. Wajahnya tetap tidak beremosi namun hatinya hanya tuhan saja yang tahu. Mungkin benar kata kawan-kawannya.

    Dia telah berubah.

    " I wonder where she is..." Ujarnya perlahan sambil mengusap kepala Kuro. Lantas itu, dia terus membaringkan dirinya. Langit yang sedikit redup itu begitu nyaman buat dirinya. Topinya dicampak ke tepi. Matanya dipejam rapat.

    Dia ingin menjadi satu dengan angin yang bertiup lembut kini.

    Lama-kelamaan, dia membuka matanya. Bau yang amat dikenali itu membuatkan jantungnya berdegup gembira dan teruja. Wajahnya yang tidak beremosi seolah-olah tersenyum kerana kelihatan amat tenang sambil mendongak memandang langit.

    Bersyukur kerana Tuhan memakbulkan permintaannya.

    Bau yang membuatnya teruja itu semakin lama semakin jelas baunya.

    Bau hujan. Rahmat sekali lagi akan mencuri ke bumi setelah dua hari tidak kelihatan.

    Dengar kadar segera, Farish mencium lembut kepala Kuro dan meletakknya kembali ke dalam kotak berhampiran pohon rendang, agar di kecil itu tidak basah ditimpa hujan. 

    " Sit here. Don't go anywhere."

    " Meow." Seolah-olah mengerti dengan pesanan tuannya itu, Kuro lantas duduk diam di dalam kotak tersebut.

    Farish membetul-betulkan bajunya agar tidak kelihatan komot. Rambtnya juga disikat dengan jari agar kelihatan terurus sedikit walaupun pada hakikatnya, dia tidak perlu menguruskan rambutnya kerana dia masih akan memakai topinya.

    Belum sempat dia hendak beredar, Kuro kembali mengeow, seolah-olah memanggilnya. " What is it?"

    Kepala kucing itu dibelai lembut. disebalik wajahnya yang tidak beremosi itu, dia berasa berat hati mahu meninggalkan kucing itu sendirian. Namun apakan daya, dia hanyalah penjaga, bukannya pemilik. 

    Suatu hari nanti, 'dia' akan pulang.

   Dengan hati yang berat, Farish menguatkan hatinya untguk meletakkan kembali Kuro ke dalam rumahnya. sekali lagi, kepala kucing tersebut dicium perlahan. " I'll come back to you, tomorrow... With her."

    Setelah mencapai topi yang tadinya dicampak, Farish seger beredar dari situ. Tidak sabar untuk menikmati hujan yang bakal membawa ketenganan buatnya.

    Sekali lagi.


    

    

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now