Bab 14

5.5K 490 9
                                    


    Farish mendongak kecil memandang langit. Sinaran mentari yang menyelinap masuk disebalik celahan rimbunan daun membuatkan matanya tertutup kecil. Bunyi kicauan burung pada pagi itu menenangkan dirinya. 

    Perlahan-lahan, dia menhembuskan nafas keluar. Menikmati setiap hirupan udara segar dari bawah rimbunan pohon kegemaraannya ini bersama kucing tersayang. " What a nice day." Monolognya sendirian.

    Namun, ketenangannya itu tidak kekal lama apabila derapan tapak kaki seseorang mula kedengaran. Farish merupakan seorang manusia yang tajam serbi serbi. Tajam pendengaran, tajam penglihatan, tajam pemikiran dan juga, tajam percakapan.

    " Lost your way again, elementary school girl?"

    " Jahatnya!" Ryna mencebik kecil sambil menghentak kecil kakinya di tanah. " Fine, I'm going!"

     Baru saja kaki gadis itu hendak melangkah pergi, Farish kembali membuka mulutnya yang selama ini berat diisi kemalasan untuk bercakap. " You have snacks?"

    Dengar saja bicara lelaki itu, Ryna mula tersenyum sinis. " Plenty of them."  Langkah Ryna kembali berpaling ke arah Farish. Ke tempatnya seperti selalu, disebalik pohon, membelakangi Farish. Sesudah menyesuaikan diri, dia mengeluarkan sekotak jejari coklat yang menjadi kegemaran mamat terencat emosi itu. " Awak dah makan ke? Takkan nak terus makan snek?"

    Tanpa menjawab pertanyaan gadis itu, laju saja tanganya menadah meminta makanan. 

    Ryna hanya mempu akur sambil tersenyum. Suasana sunyi dan nyaman pada ketika itu membuatkan dirinya rasa tenang. " I bought Tuna Bread for you, Kuro."

    " Meow!" Bau saja haruman ikan tuna kegemarannya, kucing hitam berbadan kecil bertelinga kuyu itu lantas melompat dari riba Farish lalu menuju ke arah Ryna. 

    Pengkhianat comel ini berjaya membuat Ryna tergelak kecil. Nampak gayanya, wajah Farish sepertinya cemburu apabila kucingnya bermanja dengan orang lain. Wlaaupun tidak dipamerkan diwajahnya, namun Ryna seakan-akan tahu apa yang bermain di hati lelaki itu.

    " Kucing ni baka Scottish Fold kan?"

    Farish hanya mengangguk perlahan. Terkejut sedikit apabila emngtahui bahawa gadis ini juga tahu akan baka kucing. Namun kekagumannya disembunyikan.

    " Kucing ni kan mahal. Kenapa biarkan je dia main-main dekat sini? Kenapa tak bawak dia balik?"

    Soalan Ryna membuatkan Farish berfikir sejenak sambil menyuapkan sebatang jejari coklat ke dalam mulutnya. Kini dia tidak lagi bertentangan dengan Ryna, dia duduk menyebelahi gadis itu sambil bersila. " This little one will die."

    Terasa tak tertelan air liur gadis ini apabila perkataan mati keluar dari mulut Farish. Tanpa dia sedari, Kuro kini sedang dipeluk erat olehnya. " Kenapa sampai macam tu sekali."

    " Because they all there, at my home." Jelasnya lagi. " My friends, I mean."

    Kini gadis itu mengangguk kecil. Dia baru teringat akan perkara yang dikatakan oleh Ariffin tempoh hari dimana mereka berlima kini duduk sebumbung di rumah Farish. " Tapi kenapa sampai mati?"

    " You really believe that they can take good care of the cat?"

    Tiba-tiba, imaginasi Ryna berlegar liar di dalam pemikirannya. Bayangkan bagaimana pasangan kembar tersebut akan mempermainkan Kuro dengan mengacah-ngacah apabila hendak memberinya makan. 

    Bayangkan bagaimana Ariffin akan membiarkan sekumpulan gadis asing membelai Kuro ehingga kucing ini terasa rimas. Tidak pun,dia akan menenggelamkan Kuro di dalam timbunan kuntuman bunga ros yang tidak tahu dari mana datangnya.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now