Bab 35

4.6K 413 9
                                    


        Sepanjang dia berada di sini, Syafiq hanya mampu mengerut dahi sambil melonggar-longgarkan tali lehernya. Kot hitamnya pula sudah lama dia buka, kini dia hanya berkemeja putih saja memandangkan Syafiq memang kurang gemar dengan pakaian formal.

    Baginya, ianya agak merimaskan. 

    Dia kagum dengan Farish dan Ariffin yang mampu berpakaian begini selama berjam-jam lamanya jika berada di sesebuah majlis. Seperti yang dijangka daripada pewaris syarikat ternama. 

    Sesekali Syafiq menghela nafas kecil sambil memandang langit yang kini menggelap ditelan malam. Sungguh dia tidak sangka bahawa Farish akan buat begini, untuk dirinya.

    Kadang-kadang, apabila lelaki poker itu terlalu baik dengan dia, Syafiq pula yang terasa bahaya.

    Apabila dia mula ajuh termenung, perbualan antara dia dan Farish malam semalam terimbau kembali.

*****

- Malam sebelumnya -

     Tanpa berkata apa-apa, Farish mengeluarkan sepucuk sampul surat yang kemas tertulis namanya di atas. Walaupun nama di atas sampul tertulis nama Farish, namun sampul tersebut dihulurkan buat Syafiq.

    " Apa ni?" Teragak-agak, Syafiq mencapai sampul tersebut dari tangan Farish. Mamat poker itu tidak berkata apa-apa, malah dia bantak termenung menatap langit malam.

    Ariffin yang hanya mendiamkan diri kini memerhati lama lambang ataupun logo yang ada di tengah-tengah sampul tersebut. " Lambang tu... Itu kan dari La Floraison Grand Hotel?!"

    Dengar saja ujaran mengejutkan Ariffin, seklai lagi Syafiq memandang tepat ke arah sampul tersebut, lalu memang ke arah Farish secara bergilir. " Like... Seriously?"

    La Floraison Garnd Hotel. Dengar saja nama ini, pasti semua orang tahu. Hotel yang bercirikan rekaan istana Perancis, dengan suasananya yang dikelilingi bunga-bungaan pelbagai jenis dan dikatakan bahawa dari tempatnya, kita boleh melihat malam di mana bintang akan bersinar sepenuhnya.

    Memang pada dengan nama hotel tersebut. Floraison, dalam bahawa perancis, ianya bermaksud mekar. Cahaya bintang yang menyinari bunga yang semakin mekar. Sungguh romantis.

           " Kau sure ke, Far ? Tempat ni kan...  "

     " Just take it, before I change my mind." 

     Tanpa menunggu lama, Syafiq terus mencapai sampul tersebut. Perlahan-lahan dia buka, lalu membaca satu persatu  patah perkataan yang tertera di surat itu.  " Majlis makan malam ?  Aku nampak macam tak cukup makan ke ?"

    Ariffin menepuk kuat dahinya sambil mencebik kecil. Dia tidak tahu ke betapa susah payahnya Farish hendak mendapatkan jemputan ini buatnya? " Kau boleh tak serious sekejap?"

    " Aku memang se-"

    " Majlis makan malam tu nanti, aku nak kau settle kan semuanya."

    Serentak dengan itu, Ariffin dan Syafiq lantas terdiam. Ariffin memandang Syafiq. Syafiq memang Ariffin.

    Masing-masing mula memandang sesama sendiri. Menghantar isyarat mata mengatakan bahawa menakutkannya aura yang Farish tonjolkan kini.

    Aura yang mengatakan ' Aku jelek dengan perangai kebudak-budakan korang' walaupun wajahnya kekal tidak beremosi.

*****

    Syafiq meneguk air liur kelat. Sungguh, dia tidak mahu melihat Farish dalam keadaan begitu lagi selepas ini.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now