Bab 67

4K 381 20
                                    


    " Tolong... Jangan tinggalkan-"

    Farish segera mencelikkan matanya dari lena. Apa yang dia lihat kini hanya siling kosong di atasnya. Badannya dibahasi peluh, nafasnya tercungap-cungap. 

    Suara di dalam mimpinya itu membuatkan hati Farish berdebar laju.

    " Kenapa sekarang?" Perlahan-lahan, Farish bangun dari baringnya. Dududk seketika sambil tangannya mengelap peluh yang mengalir. Dia cuba menarik nafas panjang agar pernafasannya kembali teratur. " Kenapa sekarang aku masih mimpikan kau?"

    Jam di dinding dikerling seketika. Pukul 3 pagi. Apa yang harus dia buat sekarang ni?

    Tanpa berfikir panjang, Farish meninggalkan katilnya lalu berlalu ke dapur. Niatnya untuk membancuh susu panas sedikit terbantut apabila kelibat seseorang kelihatan.

    Khairul.

    " Yo." Sapaan Khairul dibalas sepi oleh Farish, seperti biasa. Hanya senyuman yang dapat diukir oleh Khairul pada ketika itu. Farish memang begitu, namun pada saat ini, dia tidak tahu bahawa Farish tidak balas sapaannya kerana memang begitu perangainya...

    Ataupun marah kerana Khairul merampas Ryna darinya.

    Tanpa menghiraukan Khairul, Farish membuka pintu peti ais. Kotak susu dicapai lalu api di dapur dihidupkan. Dia hanya mahukan susu panas, bukannya hendak berborak dengan sesiapa.

    Tidak selepas dia mendapat mimpi yang begitu. Dia mahu bersendirian.

    Khairul hanya mendiamkan diri sambil memerhati gerak geri Farish dari meja yang bertemakan seperti bar. Nampaknya lelaki poker itu memang tidak mahu bercakap dengannya. " Mimpi lagi?"

    Tanpa menjawab soalan Khairul, Farish menuangkan susu yang telah dipanaskan kedalam cawan lalu mengacaunya dengan sedikit madu. Perlahan-lahan, airnya diteguk.

    Sengihan kecil terukir di bibir Khairul. Mungkin betul bahawa Fraish bermimpi lagi malam ini. " Kau marahkan aku?"

    " No." Ringkas dan padat. Itulah jenis jawapan yang suka diberi oleh Farish. Akhirnya, dia bersuara juga. 

    " Aku rampas Ryna dari kau."

    " She's not even mine."

    " Aku rosakkan hubungan kau dengan Ryna. Sekarang kau selalu nak elakkan diri dari dia."

    " It's my choice. Jangan libatkan dia dalam hal ni."

    " Heh~" Sekali lagi, satu sengihan singgah di bibir Khairul. Dia tahu bahawa Farish seorang yang kuat memendam rasa. Jadi, tak salahkan kalau dia mahu mengusik Farish sedikit. " Kalau macam tu... Kau tak kesahlah aku nak buat apa pun dengan Ryna-"

    Serentak, jari telunjuk Farish kini betul-betul dituding di wajah Khairul. Tersentak lelaki itu dibuatnya apabila tiba-tiba saja jari Farish betul-betul hampir dengan matanya.  Tertelan air liur kelat dia tatkala wajah yang Farish pamerkan kini benar-benar melemahkan lututnya.

    Farish tidak mengucapkan sebarang kata, namun dari pandangan matanya saja, Khairul sudah tahu...

    Walaupun dia sudah memiliki Ryna, namun dia tidak dapat menandingi lelaki sehebat Farish. Lelaki ini sanggup mengabaikan kebahagiaannya semata-matanya untuk Ryna.

    Dengan kata lain, perasan lelaki ini lebih suci darinya, dan juga lebih besar.

    " Slow down, mate. Aku gurau je." Cuba untuk meredakan keadaan, Khairul tergelak kecil walaupun gelaknya itu hanya dibuat-buat. Dia tidak sanggup untuk melihat Farish dalam mood serious nya. 

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now