Bab 38

4.5K 381 3
                                    


    " Kene belasah lagi?"

    Zaki tersengih kecil sambil mencampakkan tuala basah pada Syafiq yang kini tersandar di dinding bangunan lama sekolah. Tempat dimana dia sering dibelasah kini.

    Syafiq yang baru sedar akan kehadiran Zaki hanya mampu menghadiahkan jelingan buat lelaki itu. Sejak mereka menjadi rapat, Zaki seperti tahu-tahu saja dimana hendak mencarinya. " Mana kau tahu aku dekat sini?"

    " Satu sekolah punya gangster pilih tempat ni untuk belasah kau. Lagipun..." Zaki menghentikan bicaranya lalu menoleh memandang ke atas. " AKu boleh nampak kau dari sana.

    Tingkat aras tiga bangunan baru, tempat dimana bilik rawatan berada.

    Syafiq hampir terlupa bahawa bangunan lama sekolah dan bangunan baru bersebelahan sahaja. " Jadi kau memang selalu lepak situ?"

    " Well, kind of." Jawab Zaki sambil selamba mengangkat bahunya. Tanpa dijemput, Zaki mengambil tempat di sebelah Syafiq yang kini menahan sakit di bawah bibirnya. " Pandang sini."

    Syafiq hanya menurut. Pedih terasa apabila Zaki menyapu sesuatu pada bawah mulutnya lalu perlahan-lahan, Zaki menampalkan 'plaster'. 

    " Pandai juga kau rawat orang." Niatnya memang hanya untuk puji Zaki. Dia sedikit kagum dengan kebolehan Zaki merawat orang dengan tenang dan teratur. " Kalau kau bukak klinik, aku janji aku akan jadi pesakit tetap kau."

    " Kau patut janji untuk jaga diri kau elok-elok supaya kau tak jumpa aku, gila." Tawa kecil Zaki memecah suasana sepi. " Tapi, ada betul juga cakap kau tu."

    " Apa? Pasal aku jadi pesakit tetap kau?"

    " Bukanlah!" Bahu Syafiq ditumbuk kuat. Sekali lagi mereka berdua ketawa kecil. " Aku nak jadi doktor."

    Syafiq tersenyum kecil memandnag Zaki. Sesiapa saja yang kenal Zaki, pasti akan mengatakan bahawa lelaki ini mempunyai masa depan yang amat cerah. Memandangkan dia antara pelajar pintar di sekolah. Jika tidak mendapat tempat top 10, itu bukan Zaki namanya.

    " Aku yakin kau boleh."

    " Tapi tak semudah tu." Zaki mengeluh kecil sambil tersenyum tawar. " Bukan senang aku nak capai semua tu, dengan keadaan keluarga aku sekarang."

    Serentak denagn itu, Syafiq mengangkat sebelah keningnya. " Keluarga kau?"

    Zaki hanya mampu tersenyum. Dia sendiri tidak pernah buka cerita tentang keluarganya pada sesiapa pun. Melainkan Syafiq. Tidak tahu mengapa, dia terasa selesa berkawan dengan SYafiq. " Orang lain tak pernah tahu tapi sebenarnya... Keluarga aku bermasalah."

    " Bermasalah macam mana maksud kau?"

    " Ayah aku kaki pukul, kaki minum, kaki perempuan, kaki judi, senang cerita semua kaki ada dekat dialah."

    " Uish, kita patut kaki je dia tu. Nak aku tolong 'kakikan' dia?" Lawak Syafiq sedikit menjadi apabila Zaki terpaksa menahan tawanya. Buat penat saja dia mencipta mood suram ini, namun senang-senang saja Syafiq hancurkannya.

    " Pendek cerita, aku dengan mak aku selalu jadi mangsa. Kitaorang hanya mampu bergantung sesama sendiri. Aku ada mak aku, mak aku ada aku. Kalau salah seorang daripada kitaorang tak ada, aku tak tau nak buat apa." Dompetnya dikeluarkan lalu sekeping gambar dikeluarkan. " Ni mak aku."

    " Lawa gila weyh!"

    " Lawa kan?" Celah Zaki sambil mengangkat keningnya. " Tengok lah, anak dia ni pun hensem."

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now