Bab 8

6.2K 529 23
                                    


Gulingan demi gulingan telah pun dibuat oleh Ryna di atas katil saiz queenya itu. Jika acara ini dipertandingkan didalam Olimpik, tidak disangkal lagi bahawa Ryna pasti dapat menyumbang pingat emas untuk Malaysia.

Akhirnya, kelas pagi yang tidak digemarinya pada hari ini dibatalkan dan tidak tahu mengapa pula dia tidak dpaat melelapakn matanya. Sesekali dia mengerling memandnag jam alamnya yang berada di atas meja.

" Baru pukul tujuh. Apa nak buat ni?" Setelah puas berfikir, dia mengambil keputusan untuk pergi berjogging. Sudah lama juga dia tidak membakar lemak yang mula diternaknya sejak memasuki kolej.

Taman tasik Titiwangsa menjadi tumpuannya pada kali ini. Tidaklah berapa jauh dari rumahnya, dan ramai juga orang yang ada disitu.

Tiba saja di taman tersebut, Ryna memulakan sesi regangan badannya. Dari atas sampailah ke bawah, selesai semuanya, dia memulakan larian.

Satu pusingan, dua pusing dan tiga pusingan. Ryna berhenti lalu menghirup nafas sebagai langkah menyejukkan badan. Setelah itu baru dia mula meneguk air. Banyak juga peluhnya yang keluar. Badannya yang selama ini lesu terasa begitu segar.

Bangku berhampiran dijadikan sebagai tempat rehatnya. Pemandangan sekeliling dipandang. Sungguh indah dan tenang, sehinggalah matanya tertumpu pada sebuah kawasan yang tidak juh darinya, dimana ramai gadis-gadis yang berkumpul disitu.

Dengan rasa ingin tahu yang semakin kkuat, Ryna mengambil keputusan untuk ikut serta di dlama kelompok tersebut.

" Awak ni hensem sangat." Puji seorang gadis.

Lelaki yang baju hitam dan berseluar jeans paras lutut itu tersenyum manis. " Saya ni tak standing awak. Kecantikan awak mengalahkan bunga-bungaan yang mekar dekat sini."

" Senyuman awak manis sangat!"

" Tapi tak semanis senyuman awak."

Dari perasaan ing in tahu kini berubah menjadi perasaan yang benar-benar meluat. Tiba-tiba saja timbul rasa menyesal di hati kerana dtaang menjenguk kelompok yang bermasalah ini.

Dengan senang hati, Ryna mengangkat kaki pergi dari situ wehinggalah dia meraskaan pergelangan bajunya ditarik perlahan orang seseorang. " Apa tarik-tarik ni?"

" Saya tahu saya kenal awak."

Ryna terkedu. Dia kenal suara ini. Suara yang sepatutnya dapat mencairkan hati sesiapa saja namun bukan dia. Seseorang yang dia telah berikrar untuk menjauhinya. " Ariffin?"

" Sorry, girls. I nak spend time dengan adik I kejap ye?"

" Alaaa, takpelah kalau macam tu. By the way, adik you comel sangat lah!"

Pujian salah seorang dari gadis yang ada itu sedikit pun tidak membunga-bungakan hati Ryna. Kini dia lebih tertumpu kepada statement yang dibuat oleh lelaki kasanova ini. " Adik?"

Baru saja dia hendak bersuara lebih, Ariffin dengan jayanya telah menariknya keluar dari kelompok tersebut. " Jom teman saya minum. Saya belanja."

*****

" Hai pak cik!"

" Ariffin! Pagi-pagi lagi dah sampai. Dari mana ni?" Pak cik pemilik kafe tersebut tersenyum apabila slaah seorang dari pelanggan setianya hadir menunjukkan diri.

" Dari taman tadi. Jogging. Tu yangd atang singgah kejap."

" Bawak siapa tu? Girlfriend?" Senyuman meleret milik pak cik itu sedikit sebanyak emnbuat Ryna menjadi tidak keruan. Merah wajahnya apabila dipanggil sebagai girlfriend lelaki ini. " Ehh, kamu Ryna kan?"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now