11 tahun kemudian,
Adra berjalan pulang ke rumah. Sesekali dia mengibas tudungnya akibat panas apatah lagi dia sekarang sedang berjalan di bawah terik matahari. Sampai sahaja di rumah, terus dia melangkah masuk sambil memberi salam. Dia sudah biasa dengan salamnya yang tidak berjawab.
Bilik tidurnya dituju. Usai meletakkan beg sekolah di tempatnya, tuala mandi diambil lalu dia menuju ke bilik air di dapur. Selesai sahaja mandi dan bersiap, dia kembali semula ke dapur.
Sudah biasa dengan rutinnya, pulang sahaja dari sekolah, dia mesti masak. Sebentar lagi ibunya akan pulang ke rumah. Kalau dia lambat masak, habis nanti dia dimarah teruk.
Bunyi motor di halaman rumah, dibiarkan Adra. Dia tahu siapa yang pulang. Ayah tirinya. Ibunya sudah 3 tahun berkahwin dengan Encik Fuad.
Adra sekadar masak ringkas. Ikan goreng dan sambal air asam. Sebenarnya dia malas mahu duduk di dapur lama-lama. Dia tahu yang ayah tirinya pasti akan ke dapur sebentar lagi. Bunyi derapan kaki yang berjalan memijak lantai beralaskan papan itu membuatkan Adra segera menyudahkan kerjanya.
"Kau masak apa hari ni?"
Terkejut Adra dengan suara garau daripada Encik Fuad. Lambat-lambat dia berpaling memandang Encik Fuad yang sedang merenungnya tajam.
"Ara buat ikan goreng dengan sambal air asam buat cecah." Balas Adra, menunduk. Dia mula melangkah keluar dari dapur lalu masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Pandangan tajam daripada Encik Fuad membuatkan dia rasa seram. Rasa seram sejuk.
Harapan dia sejak Encik Fuad tinggal dengan dia dan ibunya ialah dia cuma rasa selamat jika ibunya ada di rumah. Baginya, ibunya itu ialah penyelamat walaupun hakikatnya, ibunya itu terlalu bencikan dirinya. Selalu melayan dirinya kasar. Tapi, Adra percaya, di sudut hati ibunya, pasti ibunya itu sayang akan dirinya. Bukti, dia masih lagi bersekolah sehingga Tingkatan 5. Lagi sebulan sahaja dia bakal menempuhi peperiksaan besar, SPM. Selepas itu, dapatlah dia meringankan beban ibunya.
Memandangkan esok ada ujian Pra-Sedar, terus Adra mengulang kaji pelajaran. Malas mahu memikirkan masalahnya. Buat masa sekarang, dia harus fokus pada pembelajarannya.
✨✨✨
Ujian Pra-Sedar iaitu subjek Matematik yang bakal dia tempuh lagi 25 minit itu, membuatkan Adra struggle menghafal setiap formula. Padahal, semalam dia dah hafal semuanya. Entah otaknya boleh terima atau tidak hari ini.
"Adra, ajarkan aku topik bulatan ni. Dari semalam aku cuba cari jawapan, tapi tak dapatlah." Keluh Lily, rakan baiknya itu.
Adra menarik perlahan kertas soalan yang dihulurkan Lily tadi. Dia cuba menyelesaikan soalan bulatan yang ditanya Lily. Setelah mendapat jawapan, barulah Adra mengajar Lily satu persatu.
"Oh, baru aku faham. Thanks, Ara!" Saja Lily menyebut kuat nama panggilan Adra.
Adra yang terkejut itu terus memukul lengan Lily sehingga gadis itu mengaduh sakit. Tangan ke besi, Lily sendiri tak tahu!
"Kenapa cakap kuat-kuat? Malulah kalau orang dengar," Adra memandang sekeliling. Takut kalau ada yang terdengar nama panggilannya itu. Dia bukan malu cuma dia tak selesa kalau orang yang tidak rapat dengannya memanggil nama panggilannya itu.
Lily ketawa. "Alah, rilekslah. Tak ada orang dengar pun."
Adra sekadar menjeling. Nasib baiklah Lily ni kawan baiknya, kalau tidak, mahu ditarik tudung Lily itu biar serabai.
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...