DIA | 7

25.7K 1.1K 10
                                        

"Tidur ke?" Soal Hajah Ameena setelah Adila kembali semula ke ruang tamu. Adila menggeleng lalu duduk di tempatnya tadi.

"Dila suruh dia mandi lepastu rehat. Kenapa umi?" Adila memandang Hajah Ameena yang kelihatan agak gusar itu.

Hajah Ameena memandang ke arah pintu bilik yang tertutup rapat itu. Dia mendekatkan dirinya ke arah Adila.

"Umi macam rasa was-was dengan dia tu," ujar Hajah Ameena berbisik.

"Lah, kenapa pula? Umi fikir apa ni sampai sangka buruk dengan Adra?" Adila bertanya lembut.

Hajah Ameena menarik nafas kemudian hembus perlahan. "Umi bukan bersangka buruk, umi cuma---"

"Sama je umi. Umi, Dila rasa Adra tu budak baik. Kita tak bolehlah bersangka buruk dekat dia cepat sangat. Baru je kenal, kan. Kita tak tahu apa yang dah jadi dekat dia." Pujuk Adila sambil jemari Hajah Ameena diraih lalu digenggam.

Hajah Ameena masih lagi dengan rasa was-wasnya. Mungkin benar apa yang anak gadisnya katakan. Dia baru sahaja mengenali Adra tak sampai satu hari, tapi terus berfikir negatif tentang gadis itu.

"Kita bagi dia masa, okay. Dila yakin bila Adra dah selesa dengan kita, mesti dia akan bagitahu apa yang jadi dekat dia." Masih lagi Adila memujuk. Hajah Ameena mengangguk.
Setuju dengan kata-kata Adila. Perasaan negatif diusir jauh-jauh.

✨✨✨

Makan malam hari ini sedikit janggal. Selalunya, ada saja yang kecoh ketika mereka menjamu selera. Johan pun senyap saja. Langsung tak berbunyi sepatah kata. Adra menunduk. Nasi dikuis dengan hujung jari.

"Adra nak tambah apa-apa ke? Akak ambilkan." Adila cuba mengajak Adra berbual namun gadis itu sekadar menggeleng.

Adila menjeling Hajah Ameena di sebelah. "Adra, makanlah. Jangan malu-malu. Umi masak tak sedap ke?"

Pantas Adra mengangkat kepalanya lalu laju dia menggeleng. Dia memandang Hajah Ameena dan Adila silih berganti.

"T-- tak. Adra cuma dah kenyang." Jawabnya. Padahal dia lapar. Perutnya dari tadi berjoget minta diisi, namun rasa malu dan segannya masih lagi bermaharajalela.

"Lah, kenyang. Tapi Adra makan apa sampai kenyang? Setahu akak, Adra cuma makan bubur je pagi tadi."

Adra sekadar tersenyum nipis. Dia tiada jawapan untuk itu.

"Adra baru habis SPM kan?" Soal Adila sekadar berbasa-basi. Sebenarnya, dia mahu berbual dengan Adra. Dia tidak mahu gadis itu senyap saja. Tak mahu gadis itu menyimpan perasaan seorang diri.

Adra mengangguk.

"Oh, Johan lagi tua setahunlah daripada Adra." Balas Adila lalu menjeling adik lelakinya yang dari tadi diam membuat hal sendiri.

Adra sekadar tersenyum. Terlalu janggal. Dia baru sahaja sehari mengenal mereka, Adra sedar yang mereka terlalu baik sehingga tak jemu bertanya macam-macam padanya tapi Adra masih lagi sukar untuk membuka mulut.

Mereka mengemas meja makan setelah selesai makan malam. Adra turut membantu. Dia sudah biasa dengan kerja dapur sebegini.

"Esok Adra nak ikut akak tak?" Soal Adila sambil mengelap meja makan. Hajah Ameena pula duduk di kerusi apabila disuruh Adila. Johan awal-awal lagi sudah beredar.

"Pergi mana?"

Adila tersenyum. Sempat dia menjeling Hajah Ameena di sebelah. "Pergi kedai makan kami. Keluarga akak ada buka kedai makan. Kalau Adra nak tengok, ikutlah akak. At least, Adra tak bosan bila duduk rumah esok."

"Adra nak ikut. Tapi.."

"Tapi apa? Adra ada problem ke?" Soal Adila terus. Adra menggeleng lalu menunduk sebelum mengangkat wajahnya semula.

"Kak, umi. Adra nak minta maaf kalau Adra dah menyusahkan keluarga akak dengan umi. Adra minta maaf," ucap Adra lirih. Kolam matanya sudah bergenang. Adila sedikit terkejut. Seketika, ditarik Adra ke dalam pelukan. Hajah Ameena sekadar memandang sayu. Tiba-tiba hatinya diruntun pilu.

"Shhh, jangan nangis. Adra tak perlu minta maaf sebab Adra tak buat salah apa pun. Lagipun, Adra mana ada susahkan kitorang. Kan, umi?"

Pantas Hajah Ameena mengangguk. Dipinta Adra untuk duduk di sebelahnya sementara Adila duduk di hadapan Adra.

"Umi tahu Adra mesti ada masalah, kan? Kalau Adra rasa Adra tak boleh simpan sorang-sorang, Adra kongsilah dekat umi dengan Kak Dila. Mana tahu umi dengan Kak Dila boleh tolong Adra." Pujuk Hajah Ameena lembut. Tepi kepala Adra yang berbalut tudung itu diusap perlahan.

Adra tersentuh. Sejujurnya, dia terlalu rindukan belaian seorang ibu. Sejak kecil, dia tak pernah rasa bagaimana kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Sejak kecil, telinganya cuma dihadiahkan dengan caci maki daripada ibunya sendiri. Adra teresak-esak. Tercebik bibirnya menahan tangis.

"Adra janganlah nangis. Kalau Adra dah bersedia nak cerita masalah Adra, akak dengan umi dah ready nak dengar." Kali ini, Adila pula cuba memujuk. Adra mengelap air mata menggunakan belakang tapak tangan.

"Sebenarnya, Adra kena halau dengan ibu Adra. Ayah.. tsk-- tsk-- ayah tiri Ad-- Adra cuba buat benda t--tak baik dekat Adra." Teresak-esak dia menahan tangis.

"Ayah tiri? Er, dia buat apa dekat Adra?" Soal Adila. Hatinya memang betul-betul kasihan melihat Adra.

"Ad-- Adra tak tahu.. Masatu dia masuk bilik Adra le-- lepastu d-d--dia pegang tangan Adra. Dia cuba nak cium pipi Adra. Adra dah cuba meronta masatu," tangisnya seakan reda sedikit. Tapi Adra masih lagi menunduk.

Adila dan Puan Hajah Ameena saling berpandangan. Mereka berdua seakan dapat menangkap apa yang ayah tiri Adra cuba buat dekat dirinya.

"Okay, lepastu? Ibu Adra ada tak masatu?" Adila masih lagi ingin tahu.

"Ibu tak ada masatu tapi Adra tak tahu bila ibu balik. Apa yang Adra tahu, ibu nampak apa yang pak cik nak buat dekat Adra tapi..." esakkannya kembali berbunyi. Hajah Ameena menggosok belakang badan Adra seolah memberi semangat buat gadis itu.

"Pak cik fitnah Adra. Pak cik kata Adra yang cuba goda pak cik. Adra tak buat semua tu. Adra sayangkan ibu Adra. Ibu percaya cakap pak cik. Selama ni, ibu memang benci Adra. Ibu tuduh Adra yang bunuh abah. Adra tak buat semua tu. Abah cuma nak selamatkan Adra tapi abah tinggalkan Adra..." emosi Adra semakin tidak terkawal. Terus terhambur segala apa yang dia rasa selama ini.

Tubuh Adra dibawa ke dalam pelukan. Hajah Ameena menggosok belakang badan Adra yang terhinjut-hinjut menangis. Adila yang melihat tidak mampu menahan sebak. Dia dapat rasakan apa yang Adra alami walaupun bukan dia yang berada di tempat Adra waktu itu.

"Dah, jangan nangis. Sekarang, Adra dah ada umi, Kak Dila. Adra kena happy, tak boleh nangis-nangis macam ni. Tak comellah." Pujuk Adila dengan suaranya yang sudah berubah sedikit sengau.

"Boleh Adra tinggal dekat sini? Adra tak nak balik. Ibu benci Adra. Ibu tak suka Adra. Adra takut..."

Pantas Hajah Ameena dan Adila mengangguk. Melihat pada wajah Adra yang betul-betul mempunyai masalah itu, Hajah Ameena akhirnya percaya yang Adra itu bukan seperti yang dia fikir. Dia rasa apa yang Adra rasa. Dia juga perempuan.

Kadang, bila kita terlalu percayakan seseorang itu untuk menjaga kita, tapi akhirnya orang tu yang khianati kita, apa lagi yang mampu kita buat?

Bagi peluang kedua?

Cintai Aku. [ complete ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang