DIA | 64

45.7K 945 32
                                        

ADRA's POV.

Dada langit yang berteraburan bintang itu aku tenung dengan rasa tenang sambil menikmati angin malam yang nyaman. Senyaman hati aku.

Bahuku terangkat sedikit apabila merasakan ada tangan yang melingkar di pinggangku. Aku tersenyum sambil mengusap tangan sasa itu.

"Abang tak tidur lagi?" Soalku lembut.

"Abang tak mengantuk. Abang tengok sayang duk termenung dekat luar, tu yang abang datang sini." Ujar Rafique yang kini sudah berada di sebelahku.

"Tiba-tiba Ara teringat waktu 4 bulan lepas." Kataku sambil merenung wajah suami kesayanganku. Rafique turut tersenyum.

Ya, peristiwa itu sudah 4 bulan berlalu dan sampai sekarang aku masih tak boleh lupakan waktu itu.

Flashback.

"Apa dia, Adra?" Soal Rafique. Wajahnya nampak kusut. Aku tarik nafas dalam-dalam.

"Tolong jangan tinggalkan Ara lagi lepas ni. Tu je yang Ara minta dari abang Raf." Ucapku dalam tangis.

Dan tanpa aku sangka, tubuhku diraih ke dalam pelukan Rafique. Buat pertama kalinya aku merasakan pelukan lelaki itu. Pelukan yang sarat dengan kasih-sayang. Terus aku membalas pelukan Rafique.

"Abang janji... abang takkan tinggalkan awak..." ucap Rafique.

Perlahan aku melepaskan pelukan. Entah kenapa sukar aku nak lepaskan pelukan Rafique. Aku baru teringat bahawa Afiq masih lagi ada bersama dengan kami. Aku menoleh memandang Afiq. Dia tertunduk.

"Afiq..." seruku.

"Saya reda, Adra. Saya reda yang awak bukan milik saya. Awak bukan jodoh saya. Awak memang ditakdirkan untuk dia. Saya doakan semoga awak bahagia dengan dia." Ucap Afiq tenang. Dan aku nampak air matanya itu.

"Afiq, saya minta maaf." Hanya itu yang mampu aku ucapkan.

Afiq tersenyum nipis sebelum dia mengangguk perlahan dan berlalu dari situ. Kini, tinggal aku dan Rafique. Kami merenung antara satu sama lain.

"Abang Raf nak jumpa ibu tak?" Cepat aku alihkan mataku. Malu tiba-tiba.

"Boleh juga." Aku angguk dan kami menapak bersama-sama.

"Sayang..." panggilnya.

Haih, mahu cair aku dibuatnya. Aku tak toleh sebab aku malu sangat.

"Boleh tak lepas ni jangan panggil abang, Abang Raf. Panggil abang je ya." Tutur Rafique.

"Okay, boleh, abang." Tolehku bersama senyuman manis. Dan dia turut tersenyum.

End flashback.

"Hei, berangan pulak." Tegur Rafique bersama dengan cuitan pada hidungku. Aku ketawa kecil.

"Abang bersyukur sangat sebab abang dapat sayang balik. Tapi kan, sampai sekarang abang tak tahu kenapa sayang lari daripada abang. Abang tak berani nak tanya." Ujar Rafique sambil tersengih.

Rasanya, aku patut ceritakan sebab aku lari daripada dia.

"Ara terdengar abang berbual dengan Carl masa dekat hospital dulu. Waktu tu hati Ara hancur sangat bila tahu yang abang berbaik dengan Ara sebab abang kesian dekat Ara. Ara ingat abang dah mula cintakan Ara."

"Aik, abang dah mengaku yang abang cintakan sayang depan Carl tau. Sayang tak dengar ke?" Soal Rafique.

Aku beriak pelik. "Eh, yeke? Kenapa Ara tak dengar?"

Cintai Aku. [ complete ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang