Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam dan Adra masih lagi menunggu kepulangan Rafique di ruang tamu. Dari pagi Rafique keluar sampai sekarang tak balik lagi.
Bunyi kereta di luar terus membuatkan Adra bangun. Dia tahu itu kereta Rafique. Terus dia bergerak untuk membuka pintu rumah.
Rafique yang baru sahaja ingin membuka pintu, terlebih dahulu dibuka dari dalam. Terjengul wajah Adra yang tersengih memandangnya. Rafique tidak mempamerkan sebarang riak lalu terus dia menapak masuk ke dalam rumah.
Adra cepat-cepat menutup pintu rumah. Dia cuba menyaingi langkah Rafique yang sedikit laju.
"Abang nak minum?" Soal Adra walaupun sedikit ragu-ragu.
Rafique memberhentikan langkahnya. Dia menoleh Adra di belakang. "Ikut aku ke bilik. Ada benda yang aku nak bincang dengan kau." Kata Rafique lalu terus menapak menaiki tangga.
Adra sedikit terpinga-pinga namun dituruti langkah Rafique dari belakang. Tiba-tiba dia rasa seram sejuk pula. Sampai ke bilik Rafique, Adra tidak terus masuk sampailah Rafique yang mempelawa dirinya untuk masuk. Adra duduk di sofa yang ada di bilik tidur Rafique.
Adra sangatlah awkward sekarang ni bila berdua-duaan dengan Rafique. Rafique menoleh sekejap pada Adra kemudian dia duduk di sebelah Adra. Adra yang sedikit terkejut itu sedikit berganjak menjauhi Rafique. Lelaki itu tersenyum sinis.
"Kau ingat aku nak buat apa?" Soal Rafique sinis. Adra diam sahaja tidak membalas.
"Aku nak kau dengar baik-baik apa yang aku nak bagitahu kau ni." Ujar Rafique. Adra mengangguk.
"Aku tak nak ada sesiapa pun yang tahu pasal kita dah kahwin. Bila kau nak sambung belajar nanti, aku nak kau rahsiakan status kau. Dan aku akan buat benda yang sama,"
Adra pada mulanya sedikit terkejut tapi dia cuba berlagak tenang.
"Lusa kita pindah. Duduk rumah aku je. Tak payah nak susahkan mama lagi." Terus Adra mendongak memandang Rafique dengan dahi yang berkerut.
"Kenapa nak pindah? Habis tu siapa yang nak jaga mama nanti?" Soal Adra sedikit tidak puas hati.
Rafique mengeluh kasar.
"Kau tak payah nak tunjuk yang kau tu prihatin sangat boleh tak? Kau ingat aku tak tahu ke apa yang ada dalam kepala otak kau tu?" Selar Rafique tiba-tiba sehingga membuatkan Adra terpempam.
"Apa abang cakap ni? Ara tak fahamlah," soal Adra perlahan. Apa yang Rafique fikir bukan-bukan pasal dia?
Rafique tersenyum sinis. "Aku tahulah kau yang hasut mama supaya dapat kahwin dengan aku. Kau ingat aku tak tahu ke taktik budak kampung macam kau ni? Kau ingat ea. Sampai bila-bila aku tak akan percayakan kau sebab kau datang tiba-tiba sampaikan mama aku terus rasa kasihan kat kau."
Tuduhan Rafique itu betul-betul membuatkan hati Adra terhiris. Sakitnya! Dia cuba untuk tidak menangis. Dia tidak mahu nampak lemah di depan lelaki ini.
"Ara kan anak angkat umi. Apa yang abang fikir pasal Ara sampai macam tu sekali?" Tanya Adra, masih lagi cuba mengawal nadanya. Rafique sudah pun bangun. Pandangannya tajam menikam wajah Adra.
"Anak angkat? Lagilah aku tak percaya. Entah siapa-siapa kau ni tiba-tiba mengaku anak angkat umi. Aku tahu umi tu baik, mama aku baik. Dan kau senanglah ambil kesempatan. Jahat ea kau ni!"
Disebabkan tidak tahan dengan setiap tuduhan yang dilemparkan Rafique, terus Adra berlari keluar dan masuk ke biliknya.
Rafique ketawa mengejek. "Pandai pula lari bila kantoi. Kau ingatlah perempuan, aku tak akan percayakan kau sampai bila-bila. Aku akan pastikan yang kau tak akan bahagia dengan aku." Ucapnya perlahan dan itu tekad Rafique.
Di bilik, Adra menangis tersedu-sedan. Dia mengelap air matanya dengan kasar. Bodoh Ara, yang kau nangis ni kenapa? Kau ni lemah sebenarnya! Konon kuat tapi hakikatnya kau lembik!
Adra menutup telinga. Bagaikan ada bisikan yang menghina dirinya sendiri. Dia menangis teresak-esak. Sakitnya hati bila dituduh sebegitu. Dia berharap yang dia akan bahagia selepas diijab kabulkan oleh lelaki yang dia sendiri sudah cinta, tapi inilah makna bahagia buat dirinya. Bahagia tapi sebenarnya derita!
'Betullah apa yang ibu cakap, aku ni bawa sial dalam hidup semua orang...' rintihnya sendirian sebelum akhirnya dia terlelap dalam esakannya sendiri.
✨✨✨
"Adra!" Teriak Puan Nora di atas katil. Dia pantas duduk apabila tersedar yang dia bermimpi. Tak pernah-pernah dia dapat mimpi sebegini apatah lagi mimpi tentang Adra.
"Mengarut!" Getus Puan Nora lalu bangkit dari katil. Dia mahu menuju ke dapur untuk menghilangkan rasa haus di tekak. Dari dalam bilik, sudah terdengar suara orang lelaki ketawa. Teragak-agak Puan Nora ingin melangkah keluar. Namun, akhirnya dia keluar juga.
Encik Fuad dan rakan-rakannya terhenti ketawa apabila melihat Puan Nora berjalan keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Seram sejuk Puan Nora apabila diperhatikan sebegitu. Pantas dia meneguk air suam lalu masuk ke dalam bilik semula. Dikunci bilik itu betul-betul.
Sudah dua bulan rumahnya dijadikan sarang perjudian oleh suaminya. Puan Nora sendiri sudah tidak tahan dengan semua itu. Hampir setiap hari, setiap malam kawan-kawan Encik Fuad datang melepak bermain judi. Dia sendiri merasakan yang dirinya semakin terancam.
Dan sudah sebulan lebih dia berhenti kerja. Akibat tidak tahan apabila duit gajinya langsung tak ditinggal untuk dirinya sendiri. Habis duit gajinya semua diambil Encik Fuad. Malah, gelang dan rantai pemberian arwah suaminya turut dirampas Encik Fuad.
Rasa menyesal betul-betul melanda dirinya ketika itu. Sampaikan dia tekad untuk berhenti kerja. Dia fikir dengan berhenti kerja, dia dapat menghentikan segala perbuatan Encik Fuad tetapi malang pula jadinya. Bila Encik Fuad tahu yang dia sudah berhenti kerja, hampir setiap hari dia dipukul teruk sampaikan seluruh muka dan badannya lebam.
Nak keluar rumah pun dihalang oleh Encik Fuad. Sampaikan Puan Nora jadi takut untuk berhadapan dengan dunia luar. Takut untuk melawan perbuatan Encik Fuad. Takut jika dia dipukul dengan lebih teruk lagi.
Mimpi tadi berulang semula dalam mindanya. Mimpinya itu menunjukkan keadaan Adra yang nampak selekeh, tidak bermaya dan menangis tidak henti-henti.
Bila terkenangkan mimpi itu, Puan Nora terus terkenangkan gadis itu. Sampai sekarang dia tidak tahu di mana gadis itu. Hidup atau mati? Kalau hidup, dia di mana? Kalau mati, kuburnya ada atau tidak? Segala persoalan bermain dalam minda Puan Nora.
Rasa bersalah terhadap arwah suaminya menikam jantungnya saat itu.
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...