Di luar wad Datin Mariam, Rafique dan Carl sedang duduk berbincang. Masing-masing tidak mampu mengungkapkan sebarang kata setelah mengetahui keadaan sebenar Nadine itu.
Rafique seakan sukar untuk menerima. Dia tertanya-tanya, apa benar Nadine menjadi seperti dirinya yang lama kerana dirinya? Kata-kata Cindy bermain di fikirannya.
"So, kau menyesal pernah cintakan dia?" Soal Carl sambil duduk mengadap Rafique.
"Aku... tak pernah rasa menyesal sebab pernah cintakan dia cuma aku rasa kecewa bila dia buat mama aku macam tu. Dia patutnya kena reda yang dia dengan aku memang tak ada jodoh. Tapi, aku macam tak percaya yang Nad tu sebenarnya--" seakan sukar meneruskan ayat seterusnya, pelipis dahi di picit.
Carl tersenyum nipis. Dia pun rasa benda yang sama.
"Kau pulak menyesal ke tak sebab sukakan dia?" Soal Rafique pula. Carl ketawa kecil.
"Entah... kalau kau nak tahu, even aku baru tahu yang Nadine tu bekas pesakit mental, rasa kasih aku pada dia makin tebal, entah.. aku sendiri tak tahu," tergelak Carl dengan luahan hatinya sendiri.
"Carl, kau cintakan Nad kan?"
Pandangan Carl tertunak ke arah Rafique.
"Kenapa?"
"Aku yakin yang kau mampu ubah Nad. Dia perlukan seseorang untuk bimbing dia. Dia tak ada mak ayah. Dia anak yatim and mungkin sebab tu dia jadi macam ni. Kita tak tahu pasal masa silam dia kan," ujar Rafique.
Carl sedikit terkejut dengan pernyataan Rafique. Berkerut dahinya. "Habis selama kau dengan dia, kau tak pernah tahu pasal kisah dia?"
"Dia tak nak cerita. Dia kata tak penting untuk aku tahu." Balas Rafique sambil tersenyum hambar.
Carl tertunduk dan mengeluh.
"So, macam mana hubungan kau dengan wife kau?" Soal Carl.
Dan Rafique seakan terkejut dengan soalan yang keluar dari mulut Carl. Dia menelan liur yang terasa kesat itu.
"Aku okay dengan dia. Makin baik cuma... itulah masalahnya..."
"Kenapa pulak?" Soal Carl pelik.
Rafique mengeluh berat. "Ada benda yang aku perlu berterus terang dekat dia. Cuma... aku tak tahu macam mana. Setiap kali aku nak bagitahu, mesti ada je halangan. Tapi, aku takut dia kecewa lepas apa yang aku bagitahu." Jelas Rafique panjang.
"Macam serius je? Ceritalah, bro. Aku kawan kau kan. Tu pun kalau kau masih anggap aku kawan kau," tergelak Carl begitu juga Rafique apabila mendengar ayat terakhir Carl. Sejujurnya, dia tidak ambil hati setelah apa yang berlaku antara dia dengan Carl.
"Sebelum ni aku memang tak sukakan Adra. Aku benci dia. Aku fikir dia yang hasut mama supaya aku dapat kahwin dengan dia. Tapi, lepas aku tinggal dengan dia, perlahan-lahan aku kenal dia. Sampaikan satu hari tu aku nak sangat tahu siapa dia tu sebenarnya sebab umi dengan mama sayangkan dia. Aku cuma nak tahu dia tu siapa. Well, aku tak kenal dia sepenuhnya. Tiba-tiba kena kahwin." Terang Rafique panjang lebar.
"Then?" Tanya Carl.
"Aku jumpa Adila personal. Aku tanya dia pasal Adra. Tapi Adila tak tahu sangat pasal dia. Then, kitorang jumpa Lily, kawan baik Adra. Dia ceritakan semuanya pasal Adra. Masa aku tahu pasal Adra tu aku... aku macam tak percaya. Aku tak sangka life dia macam tu," keluh Rafique.
Carl berkerut sehingga keningnya bercantum. "Kenapa dengan Adra?"
Kemudian, Rafique menceritakan segala-galanya tentang Adra dari A sehingga Z tanpa ada tinggal satu pun. Carl yang mendengar kadang-kadang terkejut dan geram juga. Rupanya, di sebalik seorang Adra yang nampak ceria itu, tersimpan seribu duka yang dipendam sendiri.
"Start dari situ, aku mula rasa kesian dengan dia. Aku kesian bila dapat tahu life dia macam tu. Aku nekad untuk berbaik dengan dia. Dan dia okay. Dia nampak suka bila aku dah tak layan dia kasar." Tersenyum Rafique teringat semula memorinya ketika dia berbaik dengan Adra dulu.
"Dia tahu tak apa sebab kau berbaik dengan dia?" Soal Carl seperti detektif pula.
Rafique menggeleng perlahan. "Dia tak tahu sebab apa aku berbaik dengan dia. Mungkin dia fikir aku berbaik dengan dia sebab aku ni suami dia and she is my wife but dia tak tahu yang aku berbaik dengan dia atas rasa simpati aku pada dia."
"Hmm... kalau aku jadi Adra, mungkin aku kecewa sangat bila dengar semua ni. Dia ada kata tak yang dia cintakan kau?"
Rafique memandang Carl sekilas. "Aku tahu dia cintakan aku walaupun dia tak pernah cakap atau luahkan kat aku."
Masing-masing terdiam sejenak. Seolah-olah melayan perasaan sendiri.
"Do you love her?"
Terus Rafique mengangkat wajahnya merenung wajah Carl yang masih mengharapkan jawapan itu. Dan kali ini, Rafique yakin dengan jawapannya yang akan diberikan kepada Carl.
"Walaupun aku berbaik dengan dia atas rasa simpati aku dekat dia, lama-lama aku mula sayangkan dia. Aku rasa tenang bila dia selalu ada dekat aku. Aku tak pernah rasa macam ni, Carl. Aku mengaku yang aku dah cintakan dia."
Tanpa mereka sedar, Adra sedang mendengar segala perbualan mereka dari sebalik dinding. Air mata yang bercucuran jatuh itu dibiarkan mengalir. Tangan ditekapkan pada mulutnya, menyembunyikan bunyi esakan daripada didengari mereka.
Entah kenapa, sedikit sebanyak pengakuan Rafique itu membuatkan hatinya seakan berkecai. Benar apa yang Rafique fikir.
Sekarang, dia benar-benar kecewa.
Kecewa yang teramat sangat.
Di saat hatiku terpijak kamu,
Terlihat cinta merapuh di depan mata,
Kau bunuh segala harapan jiwa,
Yang tertinggal hanyalah amarah cinta.Maaf kalau bosan :)
Votes and comments, TQ 🙏
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romansa🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...