Sampai sahaja sekolah, Adra duduk diam di dalam kelas. Mindanya masih lagi teringat tentang semalam. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia lari jauh daripada ayah tirinya. Semalam, selepas kejadian itu, terus dia tidak keluar dari bilik langsung. Puas ibunya panggil, langsung dia tidak ambil kisah. Dia lebih rela dimaki hamun ibunya semalam.
Pagi tadi, selepas Subuh, terus dia pergi mandi. Dia tahu waktu-waktu macam tu, Encik Fuad lagi nyenyak tidur.
Sekarang, dia sudah sampai di sekolah. Masih lagi berteleku merenung mejanya yang kosong itu. Terasa seperti ada seseorang yang duduk di sebelahnya, dia angkat muka sedikit.
"Ra, kau kenapa ni? Tak sihat ke?" Soal Lily, pelik. Tadi sewaktu dia melangkah masuk ke dalam kelas, dia lihat Adra menunduk diam sahaja. Selalunya, setiap pagi kalau dia sampai sekolah, pastu waktu itu Adra sedang mengemas kelas atau duduk di kantin.
Adra menggeleng laju. Dia tak mahu cerita tentang semalam. Dia malu. Walaupun pada hakikatnya, dia perlukan seseorang untuk meluahkan apa yang dia rasa.
"Kau biar betul? Muka kau nampak pucat sangat ni." Lily sudah risau. Tak pernah-pernah Adra diam seperti sekarang.
"Tak, aku tak apa-apa. Kau jangan risau." Adra tersenyum nipis.
Lily masih tidak puas hati sebenarnya. Tapi, didiamkan sahaja. Dia tahu Adra pasti ada masalah. Dia perlu beri Adra masa untuk tenangkan diri.
"Aku nak bagitahu kau something ni." Ujar Lily. Dia memandang Adra di sebelahnya. Rasa serba salah menggunung dalam hati.
"Apa dia?" Adra cuba fokuskan diri.
Lily mengambil nafas terlebih dahulu. "Semalam mak aku bagitahu dekat aku, lepas habis je exam SPM nanti, aku kena ikut mak cik aku duduk JB. Aku tak nak, tapi mak aku paksa juga."
Entah kenapa, makin sayu hati Adra. Kenapa satu persatu orang yang dia sayang pergi tinggalkan dia? Dia cuba ukirkan senyuman.
"Tak apalah. Kau pergi jelah. Sekurang-kurangnya, kau dah ada kerja nanti. Takkan kau duduk sana tak kerja, kan?"
Lily berdecit. "Memanglah. Tapi nanti aku rindu kau. Kan kita dah janji nak cari kerja sama-sama, sambung belajar dekat kolej yang sama. Takkan kau lupa?"
"Mana ada aku lupa. Aku ingat semua tu. Tapi, cuba kau fikir. Ni lah peluang kau untuk kau hidup berdikari. Aku yakin nanti mesti kita dapat capai impian kita tu." Adra cuba memujuk. Padahal dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu.
"Kau ikut aku nak tak? Duduk dengan mak cik aku. At least, kau bolehlah bebas." Lily cuba memberi cadangan. Adra tersenyum sambil menggeleng.
"Tak payahlah, Ly. Nanti ibu aku marah aku pula."
Lily diam. Malas mahu memaksa Adra. Dia tahu Adra terlalu sayangkan ibunya walaupun ibunya melayan dia macam orang gaji.
✨✨✨
Malam itu, Adra menyibukkan diri dengan mengulang kaji pelajaran. Namun, fokusnya terganggu tatkala ketukan pada pintu biliknya berbunyi.
Adra membuka pintu biliknya dan terjengul wajah marah Puan Nora sambil bercekak pinggang.
"Kau ni kenapa, ha? Aku ketuk pintu bilik kau dari semalam, kau tak reti nak buka? Hari ni, kau lembab nak buka. Kau dah kenapa?" Marah Puan Nora.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintai Aku. [ complete ]
Romantizm🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...